UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

9 Oktober 2017

REVIEW KOMPAS UMAT AKHIR ZAMAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Tajuk Buku : 
KOMPAS UMAT AKHIR ZAMAN membina Akhlak Berasaskan Akidah Hari Pembalasan

Penulis :
UMAR MUHAMMAD NOOR



TENTANG UMAR MUHAMMAD NOOR :

Dilahirkan di Bekasi , Indonesia.
Tarikh lahir : 5 Oktober 1977 
Menetap di Singapura.
Beliau mendapat Pendidikan awal di Sekolah Dasar Negeri Bekasi , seterusnya melanjutkan pelajaran ke Madrasah Tsanawiyah Annada al-Islami dan Madrasah Aliyah Annida al-Islami Bekasi.
Seterusnya , beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat BA dalam Fakulti Usuluddin di Universiti Islam Negeri ( UIN ) SYARIF HIDAYATULLAH, JAKARTA dalam bidang TAFSIR HADIS. Beliau juga mendapat kelulusan MASTER dari FAKULTI USULUDDIN ISLAM OMM DURMAN., SUDAN dalam jurusan al-Sunah was ' Ulum Hadis. 
Sekarang , beliau merupakan salah seorang kolumnis majalah Solusi dan kini berkhidmat KETUA EDITOR MAJALAH AL-USTAZ terbitan TELAGA BIRU SDN. BHD.



muka surat : 8

IKUTI SUNNAH




salah satu daripada muka surat 9

CINTA RASUL






BUKU INI SANGAT BAIK UNTUK MUHASABAH DIRI ATAU BAHAN TAZKIRAH UNTUK MASYARAKAT. HARAPAN PENULIS ( UMAR MUHAMMAD NOOR ) , PERBAHASAN-PERBAHASAN YANG TERCANTUM DALAM BUKU INI BOLEH MENJADI KOMPAS PENUNJUK ARAH BAGI PERJALANAN UMAT AKHIR ZAMAN MENUJU ALLAH SWT.

katanya lagi , 

" KEIMANAN KEPADA AKHIRAT DAN HARI PEMBALASAN HANYA MELAHIRKAN PERKATAAN DAN TINGKAHLAKU YANG SELARI DENGAN AKHLAK YANG MULIA." 

( UMAR MUHAMMAD NOOR , KOLUMNIS MAJALAH SOLUSI & KETUA EDITOR MAJALAH AL-USTAZ TERBITAN TELAGA BIRU SDN.BHD.)





29 September 2017

Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Dah lama x join giveaway ni..

 KLIK BANNER

Klik Banner untuk join Giveaway.
Good luck
Salam perkenalan dari Fiza...


Sekian.
Terima kAsih




28 September 2017

LUKISANNYA MEMBERIKAN SERIBU SATU RAHSIA DISEBALIKNYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Ya Allah , semakan hari semakin bertambah usia ni... Apabila melihat Abam n Adik macam semalam fiza melahirkan mereka berdua ni.. Sakitnya masih terasa lagi... Abam dan Adik semakin membesar dan sihat selalu.
.


Hasil tangan daripada Abam Darwish Rumah bernombor 5 tetap ada di dalam lukisannya.


Abam berkata , 
" Ummi, abi... Ini Lah rumah idaman kita ... Rumah yang abi belikan itu sudah menjadi milik kita semua untuk kita berteduh , berlindung daripada hujan dan panas ye. Rumah ini juga tempat kita berkasih sayang selalu. Kita hidup dengan aman dan bahagia ye , Ummi .. Abi... Darwish suka sangat dengan rumah No 5 ini... Terima Kasih Ummi, abi..."







Umminya dan abinya cuma diam sahaja apabila Abam Darwish meluahkan perasaannya melalui basil melukisnya itu.

Hati umminya sungguh terharu apabila melihat lukisan tersebut. Abinya pun begitu.

Kami semua amat sayang menyayangi antara satu sama lain.

.
Ummi
Abi
Abam
Adik
.

Sekian. Terima kasih.



2 Ogos 2017

SEMAKAN STATUS PENEMPATAN MURID TAHUN SATU 2018/2019

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Makluman  sikit.. 

Sekadar makluman 

Sesiapa yang ada anak bakal melangkah ke tahun 1 2018, dah boleh buat semakan keputusan permohonan  secara online dan pengesahan penempatan .. Ikut je step yang diberi .. 

2. Daftar masuk
3. Pilih tahun 1 (pendaftaran/penyemakan )
4. Nanti keluar nama sekolah yang ditempatkan..Jangan lupa buat pengesahan penempatan 

Diharap membantu ;)

p/s : Semakan keputusan permohonan ke Tahun Satu ambilan 2018 akan dibuka mulai 16 Julai 2017 bagi negeri Selangor,Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang. Manakala negeri - negeri lain pada 1 Ogos 2017


Sekian. Terima Kasih









7 Julai 2017

CARA CARA MENGGUNAKAN DAUN BIDARA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Cara-cara menggunakan DAUN bidara dari rumah untuk mandian


APAKAH KHASIAT BIDARA?

  • Kegunaannya untuk membantu gangguan emosi , susah tidor , gangguan makhluk halus, jin, saka dan sihir. (bedasarkan hadis)
  • Menghilangkan stress, panik dan anxiety (berdebar-debar)
  • Sering bermimpi buruk
  • Rawatan theraphy relaxing utk mereka yang sering stress, penat dan banyak masalah
  • Memperbaharui semangat
  • Mencergaskan badan dan menghilangkan keletihan
  • Merawat lemah semangat
  • Anak kecil baby yg sering menangis malam
  • Untuk mandi hadas / mandi wajib
  • Untuk mereka yang sering berjalan (travelling)
  • Membuang negative energy (sering gemuruh, negative, takut
  • Menyejuk dan mengurang panas badan



1. Ambil sekurang-kurangnya 21 helai DAUN bidara untuk kegunaan 3 hari iaitu setiap hari menggunakan 7 helai. Lakukan pada waktu antara asar dan maghrib.

2. Ambil 7helai DAUN bidara , kemudian tumbuk dengan lesung batu sehingga separuh hancur.

3. Campurkan DAUN yang separuh hancur itu dengan air yang Telah didoakan dengan ayat kursi dan 3 Qul.

4. Minum sedikit air tadi ( 3 teguk ) kemudian selebihnya dibuat bilasan mandian.

5. Lakukan kaedah ini selama 3 hari berturut-turut.

Semoga ia memberikan manfaat buat anda sekalian.

Sekian.
Terima kasih. 






ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign