UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

5 Julai 2015

SELAMAT HARI LAHIR

Assalammualaikum wbt...

Alhamdulilah...
 Masih lagi dikurniakan USIA yang panjang dan sentiasa selalu ... Terima kasih YA ALLAH... BERIKAN NAFAS BUAT KU UNTUK TERUS HIDUP BERSAMA-SAMA KELUARGA TERSAYANG...

SELAMAT HARI LAHIR PADA 03 JULAI SETIAP TAHUN MASIHI ... KALI INI HARI LAHIRKU JATUH PADA HARI 15 RAMADHAN 1436H JUMAAT...

SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI SELALU DAN BERBAHAGIA SELALU...
Terima kasih juga buat IBU Ku Kasnah Tohid ... Menghamilkan melahirkan menyusukan membesarkan sehingga saya membesar dengan baik dan berkeluarga sendiri...
Sayang IBU Ku selalu dan kasihkan ayahku Yaacob Jamil... Terima kasih sekali lagi...


Salam NUZUL AL QURAN

Assalammualaikaum...

Alhamdulilah... Semuanya sihat-sihat belaka...


Semalam... Sudah memasuki 17 RAMADHAN 1436H bersamaan 04 Julai 2015 Sabtu...
Maaflah terleka sangat sepanjang hari semalam... Tidak sempat untuk mengingati Hari Yang Paling Bermakna iaitu Hari Nuzul Al Quran jatuh tarikhnya pada 17 Ramadhan setiap tahun Hijiriah.... Kalender Islam...







1 Julai 2015

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ANAK-ANAK KETERLALUAN SIKAPNYA

Assalammualaikum wbt...
Alhamdulilah..

Hari demi hari anak-anak semakin membesar dan selalu aktif sangat...
Kekadang mereka memahami apa yang kita cakapkan.. Kekadang tidak... Kerana mereka terlalu dimanjakan dan mengikut segala kemahuan mereka. Anda  semua juga mengalaminya ketika membeli belah atau ke tempat yang selalu dikunjungi...


Di sini ada beberapa langkah-langkah yang dapat diatasi jika mereka bertindak keterlaluan. Antaranya:

1. ALIHKAN PERHATIAN - Cuba alihkan perhatian anak-anak dengan aktiviti yang lain , seperti

" Mari kita lihat apa yang ada di sana ( sambil membawanya ke tempat lain ) "
Atau
" Mari kita mewarna bersama-sama."

2. AJAR ANAK BERSOPAN
Anak seharusnya diajar untuk meminta dengan cara yang betul dan sopan , ibu bapa perlu nenghormati permintaan itu ( jika selamat )
Contoh :

" Cuba adik minta mainan tersebut dengan cara baik, nanti ibu akan mendapatkannya untuk adik."

3. BIJAK MENANGANI SITUASI
Sekiranya anak anda mula menunjukkan tanda-tanda marah , anda mungkin boleh mengalihkan perhatiannya dengan menggunakan teknik gurauan. Cuba bergurau dengan anak untuk mengalihkan perhatiannya.
Contoh:

Menggeletek mereka dan bergurau bersama mereka. Ini akan menyebabkan perasaan marah mereka bertukar menjadi gembira ( ketawa )

4. AJARI ANAK BERINTERAKSI DENGAN BETUL:
Selain itu, ajari anak-anak anda untuk berinteraksi dengan rakan sebaya atau adik beradiknya tentang bagaimana untuk meluahkan perasaan dengan kata-kata yang sopan , dan mengenal pasti perasaan orang lain tanpa memukul dan menjerit.


30 Jun 2015

ANDAI AJAL DALAM TIDUR

Assalammualaikum dan salam sejahtera
ANDAI AJAL DALAM TIDUR...
Duhai suami fahamilah isteri
Duhai isteri fahamilah suami
EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim, ‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar " ( 3x )
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedaqah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insyaAllah. ..
Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.
Sekian terima kasih....

25 Jun 2015

SAHUR SIHAT UNTUK ANAK-ANAK

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulilah.... Semuanya sihat-sihat belaka....Bertemu lagi kita dalam ruangan blog ini...

Hari ini kita sudah menjalani ibadah puasa untuk hari ke lapan (8)....

Bagaimana anak-anak kita menjalani ibadat puasa kali ini? Umurnya mereka masih lingkungan kurang daripada 10 tahun mungkin sesuatu yang sukar. Adakah mereka sentiasa sentiasa...?
Walaupun mereka masih sesi persekolahan untuk RAMADHAN AL MUBARAK ...tentu mereka letih dan penat ....

Bagaimanapun, mereka mesti berlatih daripada sekarang kerana ketika  usia mencapai 12 tahub a tau baligh , mereka sepatutnya sudah sudah berpuasa penuh.

Berpuasa pada asas menahan lapar dan dahaga.

Badan memerlukan memerlukan air yang mencukupi Dan mereka mesti mengekalkan jumlah air yang sewajarkan untuk bertahan sehingga waktu berbuka.

Mereka boleh menggunakan pengetahuan yang dipelajari dalam mata pelajaran SAINS untuk mengekalkan air dalam tubuh.

Air yang diminum mungkin tidak kekal lama di dalam bad an kerana proses perkumuhan.

Mereka masih boleh mendapat air yang kenal lebih lama di dalam badan dengan memakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang mempunyai kandungan air yang banyak.

Makanan ini jug a banyak serat dan kasya dengan potassium yang sangat baik untuk orang yang berpuasa.

Buah-buahan dan sayur-sayuran ini sepatutnya dimakan ketika bersahur.

Antaranya ialah tembikai belimbing pisang betik mangga dan kismis atau jus prun dan oren.

Sayur-sayuran seperti timun tomato dan brokoli juga mempunyai banyak air.




Semoga Ia memberikan manfaat untuk anda sekalian....
Sekian terima kasih

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign