Assalammualaikum wbt...
Alhamdulilah..
Hari demi hari anak-anak semakin membesar dan selalu aktif sangat...
Kekadang mereka memahami apa yang kita cakapkan.. Kekadang tidak... Kerana mereka terlalu dimanjakan dan mengikut segala kemahuan mereka. Anda semua juga mengalaminya ketika membeli belah atau ke tempat yang selalu dikunjungi...
Di sini ada beberapa langkah-langkah yang dapat diatasi jika mereka bertindak keterlaluan. Antaranya:
1. ALIHKAN PERHATIAN - Cuba alihkan perhatian anak-anak dengan aktiviti yang lain , seperti
" Mari kita lihat apa yang ada di sana ( sambil membawanya ke tempat lain ) "
Atau
" Mari kita mewarna bersama-sama."
2. AJAR ANAK BERSOPAN
Anak seharusnya diajar untuk meminta dengan cara yang betul dan sopan , ibu bapa perlu nenghormati permintaan itu ( jika selamat )
Contoh :
" Cuba adik minta mainan tersebut dengan cara baik, nanti ibu akan mendapatkannya untuk adik."
3. BIJAK MENANGANI SITUASI
Sekiranya anak anda mula menunjukkan tanda-tanda marah , anda mungkin boleh mengalihkan perhatiannya dengan menggunakan teknik gurauan. Cuba bergurau dengan anak untuk mengalihkan perhatiannya.
Contoh:
Menggeletek mereka dan bergurau bersama mereka. Ini akan menyebabkan perasaan marah mereka bertukar menjadi gembira ( ketawa )
4. AJARI ANAK BERINTERAKSI DENGAN BETUL:
Selain itu, ajari anak-anak anda untuk berinteraksi dengan rakan sebaya atau adik beradiknya tentang bagaimana untuk meluahkan perasaan dengan kata-kata yang sopan , dan mengenal pasti perasaan orang lain tanpa memukul dan menjerit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...