UMMI ADRIANA: HARI HARI TERAKHIR BULAN RAMADHAN 1436H

FAIZABUNYAMIN TABUNG

7 Julai 2015

HARI HARI TERAKHIR BULAN RAMADHAN 1436H

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tips Untuk 10 malam terakhir ramadhan.. semoga ia berguna kepada kita semua....

1. Tak kira betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10 terakhir kenalah kita buat yang terbaik..

2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr.. malam 10terakhir akan adanya malam Lailatulqadar

3. Pilih tempat yangg terbaik untuk beribadat samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dengan bantal sebab takut terlena.

4. Tutup handphone, laptop, ipad dan sebagainya

5. Kalau bersendirian, baca alquran dengan kuat supaya telinga dan hati akan bersama - sama membaca. Kalau ramai, baca seadanya

6. Perbanyakkan dan lamakan sujud supaya lebih berdoa... menangislah kpd Allah swt supaya mendapat berkah dunia dan akhirat

7. Perbanyakkan doa... mintalah yg baik2 untuk kehidupan kita yang akan datang.. mintalah apa yang anda mahu dan jangan malu-malu kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya... mintalah secara specific seperti hendak pergi Haji, Anak yang soleh,....

8. Perbanyakkan solat taubat untuk memohon keampunan daripadanya diatas segala kelalaian dan kesilapan yang kita telah lakukan.. bertaubat tidak mahu buat lagi perkara-perkara mungkar tersebut.

9. Baca dan hafal doa utk bertemu dengan Lailatulqadar...

"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'affu'anni"....

Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku...

10. Mohon kepada Allah swt untuk memberi kamu malam Lailatulqadar dan menerima segala ibadat kamu....

Jika anda rasakan ia tips yg bagus, amalkanlah ia dan sharelah ia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign