UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

14 September 2015

MENETAPKAN PADA YANG SATU SAHAJA.

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulilah .... semuanya sihat-sihat belaka...

Cara yang paling praktikal bagi meluruskan hati dan menghindari cinta terlarang adalah dengan mengawal pandangan mata.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :

" KATAKAN ( WAHAI MUHAMMAD ) KEPADA ORANG LELAKI YANG BERIMAN, HENDAKLAH MEREKA MENAHAN PANDANGANNYA DAN MENAHAN KEMALUANNYA. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH LEBIH SUCI BAGI MEREKA , SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG MEREKA PERBUAT. ( 30 ) KATAKANLAH KEPADA WANITA YANG BERIMAN , HENDAKLAH MEREKA MENAHAN PANDANGANNYA DAN MEMELIHARA KEMALUANNYA. DAN JANGANLAH MEREKA MENAMPAKKAN PERHIASAANNYA, KECUALI YANG ZAHIR DARIPADANYA........ ( 31 )
( SURAH AN-NUR 24 : AYAT 30 -31 )

RASULLAH SAW juga ada bersabda yang bermaksud :

" WAHAI ALI, JANGAN ENGKAU SUSULI PANDANGAN DENGAN PANDANGAN LAGI, KERANA PANDANGAN YANG PERTAMA MENJADI BAHAGIANMU. PANDANGAN YANG KEDUA BUKAN LAGI BAHAGIANNYA ( MALAHAN IA MENJADI DOSA KE ATASMU." ( RIWAYAT AT - TIRMIZI DAN ABU DAUD )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

12 September 2015

SEPULUH ( 10 ) KUNCI UNTUK MENCAPAI DAN MERAIH KEBAHAGIAAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera ....

Alhamdulilah.... semuanya sihat-sihat belaka...

Berkongsi SEPULUH (10) KUNCI UNTUK MENCAPAI DAN MERAIH KEBAHAGIAAN.

1. Melakukan pekerjaaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi , maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang.

2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan , iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, dan membiasakan sukan seperti olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.

3. Harus memiliki tujuan dalam hidup , kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.

4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit , dengan hati yang lapang.

5. Hayati hidup yang sedang dijalani; jangan menyesali perkara yang sudah berlalu; dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.

7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.

8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman , berjiwa periang dan berteman dengan orang optimis.

9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumannya kebahagiaan darinya.

10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

11 September 2015

RUMAH ADALAH TEMPAT YANG AMAN DAN TENTERAM SEPERTI DI DALAM SYURGA IDAMAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulilah... semuanya sihat-sihat belaka...

JADIKANLAH RUMAH BAGAIKAN SYURGA YANG PENUH DENGAN KEDAMAIAN DAN KASIH SAYANG

Rumah tidak kisah apa jua rupanya. Rumah yang senang diduduki dan selesa untuk setiap keluarga tercinta. Rumah juga membuahkan segala macam rasa gembira aman, suka , duka bersama suami isteri dan anak-anak. Rumah juga diibaratkan SYURGA YANG INDAH seandainya adanya bertolak ansur dan kasih sayang. Berhimpunan lah semua yang dikasihi tanpa adanya perselisihan. Sesungguhnya , rumah adalah RAHSIA KEBAHAGIAN.

ALLAH SWT BERFIRMAN:

" DAN HENDAKLAH KAMU TETAP DIAM DI RUMAH KAMU SERTA JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN DIRI SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH ORANG JAHILIAH ZAMAN DAHULU....... " ( SURAH AL AHZAB : AYAT 33 )

MAKSUD TERJEMAAH TERSEBUT:

" ENGKAU AKAN DAPATKAN KEBAHAGIAAN DI DALAM RUMAHMU. JAGALAH KEMULIAANMU , KETENTERAMAN, KETENANGAN, DAN KESANTUNANMU DARI PEROSAK. SESUNGGUHNYA WANITA MURAHAN ADALAH MEREKA YANG SERING KELUAR UNTUK KE PASAR TANPA ADA KEPENTINGAN. MEREKA BERTUJUAN AGAR TIDAK KETINGGALAN ZAMAN DAN MENGIKUTI KEADAAN MASA YANG TERKINI ( TREND ). MEREKA MEMASUKI PUSAT -PUSAT PERBELANJAAN SERTA MENCARI SEGALA SESUATU YANG BARU DAN ANEH YANG SAMA SEKALI TIDAK ADA HUBUNGANNYA DENGAN MASALAH AGAMA , TIDAK SEIRING DENGAN RISALAH DAKWAH DAN TIDAK BERHUBUNGAN DENGAN PENGETAHUAN , ILMU DAN KEBUDAYAAN. DIA HANYA BERFOYA-FOYA DAN BERGAYA HIDUP BERLEBIHAN DAN YANG DIPERHATIKANNYA HANYALAH MAKANAN DAN PAKAIAN. MAKA , BERHATI-HATI LAH KETIKA MENINGGGALKAN RUMAH SEBAB IA MERUPAKAN TEMPAT TINGGAL YANG MENYENANGKAN TEMPAT YANG PENUH KEAMANAN DAN KETENANGAN. MAKA JADIKANLAH RUMAH ANDA SEBAGAI TEMPAT MENYEMAI CINTA DAN TITIK- TOLAK DALAM DALAM MEMBERIKAN ANUGERAH SEDEKAH DAN KEBERKATAN.

" KATAKALAH : DIALAH ALLAH YANG MAHA PEMURAH. KAMI BERIMAN KEPADANYA DAN MENGIKUTI PEMBERI PERTUNJUK ( NABI SAW ) DARI YATHRIB ( MADINAH )

Sekian.
Terima kasih.

TIP - TIP MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM DAN UKHWAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah ...semua dalam keadaan sihat-sihat belaka.

Setiap pergaulan diantara sesama insan atau manusia adalah ikatan silaturrahim yang erat lagi utuh .. kita semua mempunyai etika yang baik dalam perhubungan silaturrahim yang erat lagi teguh... dalam adab pergaualan ini juga ada batasannya antara wanita lelaki sama ada muhrim mahupun bukan muhrim. Ini semua diambil berat juga supaya kita sentiasa tahu semua itu. terutama sekali golongan wanita solehah yang dicintai oleh ISLAM perlu memberi perhatian serius kepada langkah - langkah yang dapat menyuburkan ikatan ukhwah dan silaturrahim. Antaranya adalah:

1. Mengasihi saudara se-Islam semata-mata kerana Allah swt.

2. Mengucapkan salam apabila bertemu.

3. Sentiasa menziarahi terutama ketika sakit.

4. Sentiasa saling mendoakan.

5. Menolong ketika kesempitan.

6. Memenuhi jemputan .

7. Memberikan ucapan tahniah dan takziah.

8. Saling memberi hadiah.

9. Tidak memutuskan ikatan silaturrahim dan saling bertolak ansur dan memberi dan menerima maaf.

10. Bermanis muka semasa bertemu.

11. Sentiasa jujur dan ikhlas menginginkan kebaikan sesama saudara se-Islam.

Persahabatan yang baik memerlukan perhatian daripada kita untuk mengawalnya daripada dirosakkan oleh anasir-anasir negatif , seperti sabda RASULLAH SAW yang bermaksud;

" JANGANLAH KAMU SALING MEMUTUSKAN HUBUNGAN , JANGANLAH KAMU SALING BERPALING TADAH, JANGANLAH KAMU SALING MEMBENCI, JANGANLAH KAMU BERHASAD DENGKI. DAN JADILAH KAMU HAMBA-HAMBA ALLAH SWT YANG BERSAUDARA. DAN TIDAKLAH HALAL BAGI SEORANG MUSLIM BERPALING DARIPADA SAUDARANYA LEBIH DARI TIGA HARI." ( RIWAYAT AL BUKHARI DAN MUSLIM )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

3 September 2015

NIAT YANG IKHLAS

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulilah.... Semuanya sihat-sihat belaka

NIAT YANG IKHLAS:

RASULLAH SAW bersabda:

" SESUNGGUHNYA NILAI PERBUATAN ITU BERGANTUNG DENGAN NIATNYA , DAN SESUNGGUHNYA BAGI SETIAP ORANG , BUAH ATAU GANJARAN SESUAI BAGAIMANA NIATNYA. BARANG SIAPA HIJRAHNYA KERANA MENURUTI PERINTAH ALLAH DAN RASUL-NYA NESCAYA HIJRAH DITERIMA OLEH ALLAH DAN RASUL-NYA ( DAN DIBERI PAHALA ) , DAN BARANG SIAPA HIJRAHNYA KERANA KEUNTUNGAN DUNIA YANG DIKEJARNYA ATAU KERANA PEREMPUAN YANG AKAN DIKAHWININYA, MAKA HIJRAHNYA SAMPAI KEPADA YANG DINIATNYA ITU." ( HR. BUKHARI MUSLIM ) ,

" SESUNGGUHNYA ALLAH MENCATAT KEBAIKAN DAN KEJAHATAN, KEMUDIAN MENJELASKAN KEDUANYA. MAKA SIAPA YANG BERNIAT UNTUK BERBUAT KEBAIKAN , KEMUDIAN TIDAK DIKERJAKANNYA , ALLAH SWT MENCATAT UNTUKNYA SATU KEBAIKAN ( PAHALA ) , DAN MUNGKIN DITAMBAHKAN SEHINGGA TUJUH PULUH KALI LIPAT GANDA ATAU LEBIH DARI ITU. DAN APABILA SESEORANG BERNIAT AKAN BERBUAT KEJAHATAN KEMUDIAN TIDAL DIKERJAKANNYA MAKA ALLAH SWT MENCATAT BAGINYA SATU KEBAIKAN ( PAHALA ). DAN JIKA NIAT JAHAT ITU DILAKSANAKAN MAKA DITULISKAN BAGINYA SATU KEJAHATAN." ( HR. BUKHARI DAN MUSLIM )

SEKIAN .

TERIMA KASIH.

SHARING IS CARING.

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign