UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

20 Disember 2015

KHASIAT SURAH AL FATIHAH

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...
Alhamdulilah...
Semoga anda semua sentiasa sihat-sihat selalu....
Pada hari ini... Saya share sikit khasiat Surah AL FATIHAH....

SURAH AL FATIHAH DAN TERJEMAAHNYA



Semoga ia memberikan manfaat buat anda .

Sekian.

Terima kasih


17 Disember 2015

DOA PEMBUKA APA-APA YANG TERTUTUP

Assalammualaikum
Dan salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sihat-sihat selalu..
Semoga dilindungi dan diberkati oleh ALLAH swt dengan RahmatNya dan RahimNya walaupun dimana sahaja anda berada...



DOA PEMBUKA APA-APA YANG TERTUTUP

*) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah.
 *) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat.
 *) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup.
 *) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup.
 *) Hati yang tertutup utk berkahwin.






Surah al Fath
 [1]
 Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
 [2]
 Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
 [3]
 Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
 [4]
 (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
 [5]
 (Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);


SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT UNTUK ANDA

SEKIAN.
TERIMA KASIH....






DOA MURAH REZEKI


Assalammualaikum 
Salam sejahtera..

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu..
Semoga dilindungi dan diberkati oleh Allah swt dengan RAHMATNYA DAN RAHIMNYA di mana sahaja anda berada...

Doa Murah REZEKI

( DOA NABI ISA MOHON REZEKI )


Terjemaah dari

SURAH AL MAIDAH : AYAT 114
BERMAKSUD :

YA ALLAH , TUHAN KAMI! TURUNKANLAH KEPADA KAMI SATU HIDANGAN DARI LANGIT UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI SATU PERAYAAN UNTUK KAMI YANG WUJUD PADA KETIKA INI DAN UNTUK ORANG YANG DATANG KEMUDIAN , SEBAGAI TANDA MUKJIZAT DARIPADA-MU YANG MENUNJUKKAN KEBESARAN DAN KEKUASAAN SERTA KURNIAKAN REZEKI BUAT KAMI , KERANA ENGKAU SEBAIK-BAIK PEMBERI REZEKI....

AAAMIINN YA RABBAL ALAMIN

SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT BUAT ANDA 

DOA tersebut diamalkan selepas solar fardhu dan solat sunat  Ad-Dhuha.

SEKIAN.
TERIMA KASIH.





PENGHULU ISTIGHFAR


Assalammualaikum
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat belaka.
Semoga Anda diRAHMATI ALLAH swt...

Penghulu ISTIGHFAR:


Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan aku akan setia atas perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui semua dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa kecuali Engkau.

Fadilatnya:

Dari Syaddad bin Aus, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa membaca -zikir ini- di waktu pagi -dengan menghayatinya-, lalu dia mati sebelum waktu petang, maka dia termasuk ahli syurga. Barangsiapa membacanya di waktu petang -dengan menghayatinya- lalu dia meninggal sebelum pagi, maka dia termasuk ahli syurga”. (HR Bukhari)



Foto ehsan Jubah Muslimah

Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

Sekian.
Terima kasih.

BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT,TIDURLAH DENGAN TENANG

Assalammualaikum...
Dan salam sejahtera...

Alhamdulilah ..
Semoga anda semua sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga dilindungi dan diberkati oleh Allah swt dengan RAHMATNYA DAN RAHIMNYA.... Dimana sahaja anda berada...

***  " Mudah-mudahan  ALLAH SWT menyembuhkan segala rasa yang sakit ...
Sesungguhnya Dia Maha Pemurah kepada makhlukNya dan pasti akan memberikan kurniaNYA. " ***


Kepada setiap orang yang tidur tenang dalam REDHA ALLAH dan takdirNya dengan berbantalkan angin keras, bila-bila masa senjata dapat menyerangnya dan panah pun dapat menusuknya. Namun , dia tidak mengenal kesedihan dan matanya tidak pernah menitiskan air Mata. Ditujukan kepada setiap orang yang kehilangan anak-anak , kekasih, orang tua dan teman-teman. Ditujukan kepada setiap orang mukmin yang sedang mendapat ujian. Dan juga ditujukan kepada setiap orang yang mendapat cubaan. Semoga Allah mengagungkan dan melipatgandakan pahala, meninggikan darjat, serta menghilangkan segala kesedihan yang dihadapi.

Firman ALLAH SWT :


" Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. "  ( Surah Al -BAQARAH : AYAT 45 )

ALI R.A pernah berkata yang bermaksud :

" Kedudukan SABAR dalam IMAN sama halnya dengan kedudukan kepala dalam tubuh."


Mama berbahagialah dengan pahala akhirat di dalam syurga FIRDAUS dan tempat yang berada dekat di sisi TUHAN YANG MAHA ESA di SYURGA 'ADN dan di tempat yang sang at disenangi , sebagai ganjaran atas apa yang engkau perbuatkan. Selamat buat anda kerana telah memiliki IMAN dan KESABARAN serta percaya kepada pahala ALLAH swt. Kelak andalah orang beroleh kebahagiaan dan keberuntungan.

ALLAH SWT BERFIRMAN:




( SURAH AL BAQARAH : AYAT 155 )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT UNTUK ANDA.







ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign