UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

31 Disember 2015

DOA 12 PINTU

Assalammualaikum
Salam sejahtera ...

Alhamdulilah..
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu..
Semoga anda sentiasa dilindungi dan diberkati Allah swt walau dimana sahaja and berada...

DOA 12 PINTU...



AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIIN...


SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT BUAT ANDA..

SEKIAN.
TERIMA KASIH

CIRI IBU BAPA MEMBENTUK ANAK-ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

Assalammualaikum 
Salam sejahtera...

Alhamdulilah..
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt walau dimana sahaja anda berada...


Semua ibu ayah akan doakan anak-anak mereka jadi anak yang soleh dan solehah dalam doa harian selepas solat.

Pendek kata ia memang impian semua yang bergelar ibu ayah. Tapi sejauh mana usaha ibu ayah sendiri untuk mendapat anak-anak yang soleh dan solehah?

Adakah cukup dengan menghantar mereka ke sekolah tahfiz? Tipulah kalau cakap ibu ayah tak nak mendapat syafaat daripada anak-anak yang bergelar tahfiz/tahfizah. Tapi apa tindakan kita?

Menurut pendakwah terkenal, Ustazah Norhafizah Musa, perkara yang paling sukar untuk didik anak jadi soleh dan solehah atau mewujudkan keluarga baiti jannti adalah keupayaan
ibu ayah untuk menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak. Ia adalah perkara paling sukar!

Tentu kita sudah puas menasihat dan berbuih mulut bercakap menyuruh anak berbuat kebaikan. Berpesan kepada anak supaya mereka membesar menjadi anak yang soleh dan solehah
tapi sebenarnya kesan yang paling besar apabila anak melihat terjemahan dan penghayatan apa yang kita cakap dan pesan itu pada diri ibu ayah sendiri.

Teladan daripada ibu ayah adalah perkara paling besar dalam mendidik anak-anak.




Nabi pernah bersabda yang bermaksud : Allah mengasihi dan merahmati ibu ayah yang membantu anaknya, menunjukkan anaknya bagaimana cara berbakti kepada ibu ayahnya.

Oleh itu marilah kita berubah menjadi ibu ayah yang mempunyai ciri-ciri berikut jika mahukan anak-anak soleh dan solehah.


1. Didik anak dengan lembut hati.

Anak-anak akan belajar daripada ibu ayah supaya tidak menjadi orang yang keras hati.


2. Jadilah ibu ayah yang pemaaf dan tawaduk.

Anak-anak akan hormat dan menghargai ibu ayah yang boleh merendah diri mengakui kesilapan dalam mendidik mereka.


3. Menjadi contoh terbaik.

Anak-anak hendak melihat terjemahan keindahan agama pada diri ibu ayah. Janganlah kita menyuruh anak-anak solat dan membaca al-Quran tetapi ibu ayah sendiri tidak membuat perkara tersebut.  Anak-anak hendak tengok ibu ayah juga cinta kepada al-Quran terlebih dahulu. Jika tiada teladan baik daripada ibu ayah itu adalah kesukaran dalam pendidikan tersebut.

4. Perbaiki kasih sayang kepada anak-anak.

Jangan abaikan perasaan anak-anak. Anak-anak adalah amanah dari Allah maka curahkan kasih sayang sepenuhnya kepada mereka.


5. Perbaiki hati kita.

Sentiasa berusaha menjadi ibu ayah yang mempunyai hati yang bersih dan ikhlas untuk mendidik anak ke jalan Allah SWT.


6. Perbaiki cara pendidikan kita.

Cara pendidikan kita terhadap anak-anak juga perlulah mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah saw.


7. Perbaiki solat.

Jika mahu anak rajin bersolat, ibu ayah terlebih dahulu perlu memperbaiki kualiti solat.

Allah SWT memberi jaminan kalau kita bersungguh-sungguh di jalan Allah dan serahkan kepada Allah untuk mengurus dan mengubah anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah, maka Insha Allah Dia akan memperkenankan doa kita.

KHASIAT BUAH PERIA KATAK

Assalammualaikum...
Salam sejahtera ...

Alhamdulilah ...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt walau dimana sahaja anda berada...

Ada sesetengah orang tidak suka akan kepahitan buah peria... Rasa pahitnya sehingga tertahan... Tapi buah peria katak ini sebenarnya banyak khasiat jika anda mengetahuinya...


Kenali Khasiat Buah Peria Katak:




✔ Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
✔ Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
✔ Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
✔ Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
✔ Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
✔ Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
✔ Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
✔ Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
✔ Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
✔ Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
✔ Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.

Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.

Semoga ia memberikan manfaat buat anda...


Sekian.
Terima kasih.

30 Disember 2015

TIP SENTIASA DISAYANGI DAN DICINTAI SUAMI

Assalammualaikum
Salam sejahtera....

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt... Walau dimana sahaja anda berada...

KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Sebagai isteri, tentu sahaja kita mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai oleh suami. Cinta dan kasih sayang perlu dibajai sentiasa agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Sudah tentu ia memerlukan usaha dan inisiatif daripada pihak isteri sendiri.
Isteri perlu bijak menarik perhatian suami supaya diri terus menjadi fokus utama biarpun suami sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Gunakan tip berikut sebagai senjata ampuh anda bergelar isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumah tangga.

1.Sentiasa nampak cantik di mata suami sepanjang masa
Isteri mesti rajin bersiap dan berhias untuk suami. Jangan bila hendak keluar rumah sahaja bersiap cantik tetapi di rumah selekeh dan kusam. Alasan sebab sibuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Bila isteri cantik sepanjang masa, suami rasa seronok ada di rumah. Bahkan salah satu ciri isteri yang baik adalah yang menyenangkan suami ketika dipandang. Ia termasuk hal menjaga kebersihan badan, menyikat rambut, memakai wangian, memakai pakaian yang menarik dan lain-lain lagi.

2. Pandai bergurau senda dengan suami
Suami mesti bahagia kalau ada isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan selalu tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.

3. Sentiasa utamakan suami & menghormati pandangannya
Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan walaupun dalam hati tak bersetuju dengan pandangannya.

4. Jangan lupa minta izin
Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.

5. Bersikap sederhana
Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa jua perkara. Jangan keterlaluan meminta itu dan ini kepada suami apatah lagi jika melebihi kemampuan suami.

6. Memanjakan suami
Suami amat suka dimanjakan oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.

7. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan
Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.

8. Hormat hak peribadi suami
Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya.

9. Jangan bandingkan suami anda dengan lelaki lain
Lelaki paling rasa tercabar kalau isterinya suka membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ya!

10. Sentiasa menjaga maruah suami
Tidak kira di mana anda berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.

11. Menyokong suami
Tidak kira di waktu susah atau senangnya isteri mesti memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.

12. Mencintai suami sepenuh hati
Hanya suami yang sentiasa bertakhta di hati anda. Curahkan sepenuh cinta kepada suami kerana Allah supaya kasih sayang anda berdua sampai ke syurga.

Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua... 

Sekian.
Terima kasih..

26 Disember 2015

TERIMA KASIH MAKSU YANNA DAN MAKSU YANTI

Assalammualaikum
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda dilindungi dan diberkati ALLAH swt ...walau dimana sahaja anda berada...

Kisah petang semalam... Maksu Yanna dan maksu Yanti ( maksu kembar )
Datang bawa hadiah istimewa buat abang Darwish... Sempena tidak lama lagi hendak masuk TADIKA PASTI minggu depan....




Sampai tidak mahu ditanggalkan masa tidurnya malam tadi ... Hanya ditanggalkan waktu mandi sahaja ... Selepas itu... Dipakai semula...

Aduhai Darwish...


Terima kasih maksu Yanna dan maksu Yanti berikan hadiah ...


Sekian.
Terima kasih...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign