UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

13 Januari 2016

DOA UNTUKNYA SENTIASA AMAN DAN BAHAGIA SELALU

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...

Mari kita sama-sama membaca DOA tersebut sama ada suami atau isteri

Dimulai:

Al Fatihah



Semoga ia memberikan manfaat buat anda

Sekian. 
Terima kasih...

12 Januari 2016

TIP BERKASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Assalammualaikum...


Antara tip atau petua sentiasa hubungan suami isteri aman dan bahagia.... Saya kongsi bersama Dari pengalaman orang-orang tua yang terdahulu....






1. Sentiasa kemas dan bersih.

2. Tunjuk wajah ceria dan manis walau isteri penat.

3. Elak sikap moody masam muka bila bersama suami.

4. Diam dengar suami bercakap, jangan menyampuk percakapannya.

5. Dengar respon dan layan perbualan suami walau topik isteri tidak minati.

6. Bercakap dengan nada yang lembut bukan dengan marah atau menengking.

7. Pabila suami marah hendaklah berdiam, jangan suka menjawab.

8. Jangan cepat merajuk pabila diusik suami.

9. Bergurau sendalah dengan suami tapi jangan melampau.

10.Jangan lengah dan cepatlah bertindak apabila suami berhajat sesuatu.

11.Dahulukan kehendak suami dari anak-anak.

12. Minta izin suami sebelum keluar rumah dan maklumkan dimana anda pergi supaya suami tidak risau.

13. Minta izin suami sebelum menggunakan harta suami bukannya selepas guna.

14. Jangan biar rumah selerak walau anda sesibuk mana pun.

15. Masak hidangan kegemaran suami.

16. Sediakan air minum suami tanpa tunggu diminta.

17. Sediakan apa yang dirasa barang keperluan suami dan jangan kecil hati jika tidak digunakan.

18. Jahit butang atau pakaian suami yang terkoyak segera, memberi petanda anda pandai mengurus suami.




19. Potong kuku suami apabila panjang pada hari isnin, khamis atau jumaat.

20. cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar rumah sebagai tanda cinta dan hormatinya.

21. Elakkan perbuatan yang menyusahkan suami seperti gaduh dengan jiran atau menambah hutang tanpa berbincang.

22. Hargai pemberian suami walau murah dan kecil, jangan tolak.

23. Jangan berat mulut menyatakan sayang pada suami, biar suami tahu anda mencintainya.

24. Penuhi dan layan keperluan batin suami, jangan tolak walau isteri penat atau membiar suami lama menunggu sehingga tertidur.

25. Saat suami masuk tidur segera ikutinya, Jangan biar suami tidur sendiri.

26. Minta maaf dengan ikhlas pada suami setiap hari walaupun isteri rasakan tidak perbuat kesalahan.

27. Jaga kehormatan diri dan jaga harta benda suami semasa ketiadaan suami.



P/S Isteri ikut petua di atas Aman rumahtangga. Insyaallah.


*** terima kasih juga buat mak dan ayah yang sentiasa memberikan nasihat yang baik untuk Ku sepanjang alam perkahwinan ini ....

SEMOGA CEPAT SEMBUH SEJAK MASUK KELAS PASTI

Assalammualaikum ...
Salam sejahtera...
Alhamdulilah..
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Minggu orentasi kelas PASTI seminggu yang lepas bersama-sama rakan-rakannya dan para gurunya..... Ahmad Darwish Bunyamin sudah mengalami alam PRA sekolah di PASTI AS SOBIREEN.... Dia amat teruja apabila bermain-main bersama rakan-rakan barunya... Sampaikan Ummi dan abi dilupakan sekejap... Siap lambai tangan apabila menaiki kereta kancil milik Atok Din nya dan rakan-rakan menjemputnya..
Bermula Lah pula sesi jangkitan VIRUS DEMAM SELSEMA pada sabtu lepas ... Semalam dan hari ini AHMAD DARWISH BUNYAMIN tidak menghadirkan dirinya ke PASTI ASSOBIREEN... kerana demam selsema dan batuk... 
AHMAD DARWISH BUNYAMIN BUAT  PERTAMA KALINYA MEMASUKI ALAM PERSEKOLAHAN DAN BERALIH SERVIS PENJAGAAN UMMINYA DAN ABINYA KEPADA PARA GURUNYA... semoga Bunyamin sentiasa sabar dan belajar apa yang gurunya ajarkan buat bunyamin....


Hari pertama

Hari kedua ( hari ini tengah hendak sihat dari demam )


SEMOGA CEPAT SEMBUH AHMAD DARWISH BUNYAMIN ...
RAKAN-RAKAN DAN PARA GURU MU MENANTI KEHADIRAN MU...


Umi dan abi sentiasa ada di dalam hati ...

10 PERKARA YANG MENDATANGKAN CINTA ALLAH swt

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...

10 PERKARA YANG MENDATANGKAN CINTA ALLAH swt:


Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua...

Sekian 
Terima kasih.

9 Januari 2016

ADAKAH ANDA DIKATEGORI DALAM ANAK SULUNG???

Assalammualaikum...

Semoga anda dalam sentiasa sihat-sihat selalu...

Adakah anda tergolong  dalam kategori ANAK SULUNG???

Sumber Dari DOKTOR USTAZ FADILLAH KAMSIAH

Aduhai... Hampir semua terkena sedikit dalam diri saya....

Huhuh...

Sekian.
Terima kasih.




ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign