UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

5 April 2016

7 sifat mulia dalam rumah tangga


Assalammualaikum ...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...



7 sifat mulia dalam rumah tangga

1. Jujur

Sama ada anda suami atau isteri, jujur terhadap pasangan sangat penting. Elakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap pasangan. Buang jauh-jauh sifat negatif itu dari diri. Apabila hati sudah bersih, anda pasti akan lebih sayang dan cinta padanya.

2. Bertanggung jawab

Kedua-dua belah pihak mesti tahu tanggung jawab masing-masing setelah diijabkabulkan. Sekiranya suami dan isteri menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya, pasti tidak akan berlaku pertelingkahan. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggung jawabnya memastikan seluruh ahli keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan yang diredai Allah. Bagi isteri dan anak-anak pula, mereka bertanggungjawab mengikuti segala tunjuk ajar dan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.

3. Berwawasan

Semua pasangan suami isteri haruslah berbincang untuk menetapkan matlamat atau arah tuju keluarga. Matlamatnya haruslah sama agar perjalanan hidup lebih terarah. Dalam pada itu, masing-masing perlu sedar tujuan asal kita diwujudkan dalam dunia ini dan tahu kepada siapa kita akan kembali kelak. Barulah hidup lebih diberkati dan diredai.

4. Disiplin

Untuk memastikan matlamat tercapai, suami isteri malah seisi keluarga haruslah berdisiplin. Melakukan setiap yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang. Ketahuilah bahawa disiplin teras kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.

5. Bekerjasama

Apa yang penting kerja sama. Sesuatu pekerjaan jika dilakukan bersama-sama, mesti akan jadi lebih mudah. Berat sama dipikul, ringan sama dijunjung.

6. Adil

Tidak kira suami ataupun isteri, anda mestilah sentiasa bersikap adil dengan semua orang agar rumah tangga aman dan damai sepanjang masa. Walau bagaimanapun, anda perlulah memahami tentang konsep adil itu sendiri melaksanakannya.

7. Prihatin

Rajin-rajinlah mengambil tahu apa yang berlaku di dalam keluarga anda. Selalu bertanya apa yang telah dilakukan mereka setiap hari. Jika ada yang tidak kena, perbetulkan segera. Hal ini penting bagi mengelakkan ahli keluarga anda tersasar jauh dari landasan sepatutnya yang telah ditetapkan oleh anda.




Kewajipan suami

Suami ialah ketua keluarga. Oleh itu, suami mestilah menjaga keluarga sebaiknya. Seorang suami mestilah mengawal, membimbing, mencari nafkah, menjaga keselamatan seisi keluarga, dan banyak lagi.Selain menyediakan segala kelengkapan material untuk keluarga, suami juga perlu memastikan jiwa setiap ahli keluarga diisi dengan didikan agama secukupnya. Ketahuilah bahawa didikan agama sangat penting. Oleh itu, sekiranya suami tidak mampu mengajar sendiri, maka carilah orang yang berkelayakan untuk mengajar isteri, anak-anak dan diri sendiri.Dalam hal mendidik ahli keluarga, suami perlulah menggunakan konsep menjadi contoh terbaik, belas kasihan dan berakhlak mulia.


Kewajipan isteri

Setiap isteri perlu taat pada suaminya. Segala tindakan tidak boleh membelakangkan suaminya.Isteri juga perlu menjaga kehormatan diri dan nama baik suami ketika keluar rumah.Isteri mestilah sentiasa kemas dan kelihatan menarik di hadapan suaminya dan mampu membahagiakan suami zahir dan batin.






11 amalan mulia dalam keluarga

Sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.Sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesilapan.Saling tolong-menolong antara satu sama lain.Bersikap jujur dengan sesiapa sahaja.Saling sayang-menyayangi.Boleh bertolak ansur.Bertanggungjawab dan amanah.Elakkan diri daripada sifat-sifat negatif.Sekiranya ada masalah, berbincanglah bersama ahli keluarga.Mesti bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan. Sentiasa senyum.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua...


Sekian.

Terima kasih....



DOA MOHON KEAMPUNAN DAN KESAYANGAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat sihat-sihat selalu.

DOA MOHON KEAMPUNAN DAN KESAYANGAN.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

wahai Tuhan kami, kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami. Dan sesungguhnya Engkaulah jua si baik pemberi Rahmat.

Aamiinn Ya Rabbal Alamin

4 April 2016

DOA MOHON KESEMBUHAN DARI PENYAKIT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

DOA MOHON KESEMBUHAN DARI PENYAKIT.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

" Tuhan sesungguhnya aku ditimpa penyakit , sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala ( yang lain ) yang  mengasihani."

Aamiin Ya Rabbal Alamin.

3 April 2016

MINI GIVEAWAY BY NIENA ANNISA'

ASSALAMUALAIKUM


*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :






Shawl chiffon x 2 pemenang


GOOD LUCK PADA SIAPA YANG JOIN GIVEAWAY INI....

2 April 2016

COMELNYA OWL SAYA UMMI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah...

Pagi tadi, selepas sarapan pergi bawa abang Darwish dan adik Alya ke Giant. Membeli barang-barang keperluan harian.

" Ummi, owl." 

" Mana ?"

" itu Ummi.."

Adik alya mahukan owl tersebut.. 

Geram tengok ... Lembut dan gebu... Langsung beli dua sekali. Kalau beli satu risau berebut mereka berdua.


Terima Ummi.. Abi.... Malam ini Boleh lah tidur bersama-sama owl ye...


ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign