Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.
Ganjaran Isteri Memasak untuk SUAMI dan ANAK-ANAK
Memaparkan catatan dengan label KEKELUARGAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEKELUARGAAN. Papar semua catatan
21 April 2016
20 April 2016
MAKSU YANNANYA JADI TOBOT
Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.
Kisah Anak buah2an saya yang terlebih cerdik sikapnya... Umurnya muda setahun dari abang darwishnya... 4 tahun umur si Rayyan Mikhail.
Kisah ayen & tobot
"Maksuuuuu, tukarkanlah tobot jadi kereta..."
Okayy, maksu cuba tau..?
Lepas 10 minit...
Maksuuuu, cepat la tukar tobot jadi kereta...
Alaaa ayen, maksu tak pandai laaaa.
*masih mencuba selesaikan puzzle tobot.
Maksuuuu, tengok ni tobot bertukar , *ayen berlakonnn
- tangan masuk macam ni.
- kaki simpan
- bongkokkan badan.
- berguling....
Oohhh kkkk.. tapi maksu tak pandai jugak nak main tobot ni...
Lepas 10 minit lagi, ayen diam2 tukar tobot jadi kereta.
"Laaaaa, ayen pandai buat tapi ayen suruh maksu jugak..." - nangis
Ngadu ngan mummy, cakap ayen buli maksu.
😂😂😂😂😂
16 April 2016
MENONTON BERSAMA FAMILI
Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.
Hari ini , saya sekeluarga mengisi waktu bersama-sama dengan menonton 'WAYANG' di dalam rumah sahaja.. Movie kegemaran cik Suami sejak zaman muda-muda lagi. Jadi saya pun sudah menyiapkan minum petang nanti. Buat minum petang kuih keria dan nescafe sebentar nanti.
Jom kita tonton bersama.
Hari ini , saya sekeluarga mengisi waktu bersama-sama dengan menonton 'WAYANG' di dalam rumah sahaja.. Movie kegemaran cik Suami sejak zaman muda-muda lagi. Jadi saya pun sudah menyiapkan minum petang nanti. Buat minum petang kuih keria dan nescafe sebentar nanti.
Star Wars |
Guide Astro Best |
Jom kita tonton bersama.
12 April 2016
MANDI AIR SUAM DI KALA AIRNYA SEJUK MACAM AIS BATU
Credited by Pelukis Rakyat Shidie Art |
Sudah 28 tahun keadaan seperti itu. Selepas sahaja bangun dari tidur , mesti emak sudah memasak air panas untuk kami berempat yang ingin pergi ke sekolah. Emak bangun seawal dalam pukul 4 pagi untuk menyediakan dan menyiapkan keperluan kami semua termasuk sarapan pagi dan makanan untuk di bawa ke sekolah.
Saya terimbau perbualan pada malam itu, umur saya ketika itu 7tahun :
" Emak, Boleh tidak sediakan air panas untuk mandi keesokkan pagi. Kerana air waktu pagi sangat sejuk."
Emak menjawab, " Baiklah... Kamu semua pergilah masuk tidur. Sudah lewat ini."
Saya mengucapkan terima kasih kepada Emak, " Terima kasih, mak."
Itu lah Emak setiap hari... Tapi apabila di anjak umur saya 8 tahun , saya paksakan diri sendiri tidak mahu lagi mandi air suam. Biarlah saya uruskan sendiri. Kasihan emak terpaksa masak air panas untuk mandi. Emak pun diam sahaja.
Terima kasih EMAK...
9 April 2016
SAYANG EMAK SAYANG AYAH JUA
5 April 2016
SAYANGI IBU ANDA SELALU
Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga semuanya sihat-sihat selalu.
SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN
2 April 2016
COMELNYA OWL SAYA UMMI
Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah...
Pagi tadi, selepas sarapan pergi bawa abang Darwish dan adik Alya ke Giant. Membeli barang-barang keperluan harian.
" Ummi, owl."
" Mana ?"
" itu Ummi.."
Adik alya mahukan owl tersebut..
Geram tengok ... Lembut dan gebu... Langsung beli dua sekali. Kalau beli satu risau berebut mereka berdua. |
Terima Ummi.. Abi.... Malam ini Boleh lah tidur bersama-sama owl ye... |
1 April 2016
WELCOME APRIL 2016
Welcome April...
Nampak comel sangat image tersebut. Sudah Empat bulan bagi tahun 2016. Pejam celik pejam celik pejam celik. Semuanya sedang membesar dengan sihatnya. Harap semuanya sihat-sihat hendaknya.
Dalam bulan ke Empat ini.. Banyak benar aktiviti yang perlu dilaksanakan. Ada yang menyambut tahun kelahiran, anniversari, majlis akad nikah, aqiqah dan macam-macam lagi event yang akan diadakan.
Dalam beberapa hari lagi , ulang tahun kelahiran my lovely husband .. Saya selalu terfikir apa yang ingin dihadiahkan buatnya, kuinginkan dia nampak gembira. Yang saya tahu adalah kudoakan kesejahteraan, kebahagiaan , kesihatannya sentiasa baik selalu.
Tetapi tidak mengapa saya akan usahakan sesuatu yang terbaik untuknya.
Wait and see .....
31 Mac 2016
WELCOME HOME BABY GIRL
Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.
Anak buah ke -7 keturunan buat Tok Ya dan Embah Senah |
Hari ini, saya terima SMS wasap dari adik ipar lelaki:
Adik perempuan saya selamat melahirkan anak perempuannya secara pembedahan pada sebelah pagi. Saya pun lupa tanya pukul berapa bersalinnya. Tapi tidak mengapa semuanya selamat dan sihat kedua-duanya...
Saya tidak sabar tunggunya balik ke rumah emak. Hendak mencium wangian dari SYURGA ALLAH...
" Baby girl , maklong tidak sabar tunggu baby girl balik rumah embah Senah... Nak cium baby girl nanti. Maklong tunggu tau.."
**** TAHNIAH BUAT ADIKKU ADIBAH YAACOB DAN AZAHAR JAMLUS.
25 Mac 2016
EMAK SAYA
Tajuk : Mak
Satu hari nanti ALLaH akan ambil mak kita balik..
Waktu tu kita kena terima..
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..
Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..
Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..
Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok..
Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..
Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..
Cakap dalam hati...
"Ni la orang yg lahirkan aku..
Yg besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..
Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...
Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..
Mak... Aku sayang mak..
Camne kalau lepas ni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??"
Ambil peluang terakhir ni..
Usap rambut mak... mcm mak usap rambut kita..
Cium pipi mak..mcm mak cium pipi kita..
Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dpt tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..
Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka mak..
Nanti mayat mak sakit..
Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?
Anak-anak lelaki pulak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..
Masuk rumah..
Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..
Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..
Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..
Cakap dalam hati..
"Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku..
Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..
Pada mak, aku tetap anak dia..
Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan tahi aku..
Mak dukung aku..
mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..
Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..
Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?
Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"
Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau tak boleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri kat belakang imam..
Dulu mak selalu suruh kita solat..
Hari ni kita buat solat jenazah utk mak..
Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..
Takkan mayat dia kita tak nak pikul?
Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Sekarang kita nak hantar mak pegi jauh..
Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu..
Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat..
Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut...
jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak..
Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak...
Bukan org lain..
Cakap dlm hati..
"Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.."
Dengar betul2 talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa utk mak..
"Ya ALLaH.. aku redha Kau ambil mak aku..
Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku..
Dia sayang aku,
Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak..
Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."
Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh JAGA adik beradik..
Jangan gaduh2..
Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..
Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain..
Sesiapa nak share, silakan share..
Cerita ini copy and paste....
*** teringatkan mak ketika ini walaupun mak masih sihat walafiat .....( peringatan untuk diri saya juga.... )
Satu hari nanti ALLaH akan ambil mak kita balik..
Waktu tu kita kena terima..
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..
Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..
Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..
Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok..
Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..
Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..
Cakap dalam hati...
"Ni la orang yg lahirkan aku..
Yg besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..
Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...
Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..
Mak... Aku sayang mak..
Camne kalau lepas ni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??"
Ambil peluang terakhir ni..
Usap rambut mak... mcm mak usap rambut kita..
Cium pipi mak..mcm mak cium pipi kita..
Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dpt tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..
Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka mak..
Nanti mayat mak sakit..
Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?
Anak-anak lelaki pulak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..
Masuk rumah..
Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..
Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..
Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..
Cakap dalam hati..
"Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku..
Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..
Pada mak, aku tetap anak dia..
Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan tahi aku..
Mak dukung aku..
mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..
Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..
Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?
Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"
Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau tak boleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri kat belakang imam..
Dulu mak selalu suruh kita solat..
Hari ni kita buat solat jenazah utk mak..
Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..
Takkan mayat dia kita tak nak pikul?
Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Sekarang kita nak hantar mak pegi jauh..
Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu..
Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat..
Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut...
jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak..
Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak...
Bukan org lain..
Cakap dlm hati..
"Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.."
Dengar betul2 talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa utk mak..
"Ya ALLaH.. aku redha Kau ambil mak aku..
Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku..
Dia sayang aku,
Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak..
Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."
Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh JAGA adik beradik..
Jangan gaduh2..
Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..
Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain..
Sesiapa nak share, silakan share..
Cerita ini copy and paste....
*** teringatkan mak ketika ini walaupun mak masih sihat walafiat .....( peringatan untuk diri saya juga.... )
12 Mac 2016
SENYUMAN KEDUA IBU BAPA TANDA KEBAHAGIAAN
Assalammualaikum...
Salam sejahtera...
Alhamdulilah... Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Selagi mereka berdua masih bernafas... Ziarahilah mereka... Mereka tentu rasa gembira apabila anak-anak balik menjenguk mereka.... Pastinya mereka akan menyediakan pelbagai hidangan yang menjadi kegemaran anak-anak.... Mereka akan tersenyum manis... Hilang rasa rindu tersebut terhadap anak-anak...
Kasih sayang tidak boleh dibeli dengan Wang... Mereka bukannya MATA DUITAN atau MATA KEBENDAAN YANG MEWAH...
Mereka perlukan KASIH SAYANG YANG SEJATI....
11 Mac 2016
AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS
Assalammualaikum
Alhamdulilah...
Semoga ikatan kekeluargaan masih utuh dan padu lagi mantap....
Walaupun abang, kakak, adik-adik sudah Ada memiliki tanggungjawab masing-masing... Terhadap keluarga sendiri...
Tapi.... Rindu dihati hanya Allah swt yang mengetahuinya...
Anggaplah keluarga belah Suami juga seperti keluarga sendiri....
Air dicincang tidak akan putus , wahai adik-adikku... Hanya kalian sahaja yang Ada di dalam hati ini...
I LOVE YOU ALL.... MUAAHHH ....
Sekian.
Terima kasih...
27 Februari 2016
HAPPY ANNIVERSARY FAIZA
Assalammualaikum...
Salam sejahtera...
Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Hari ini , terimbau masa silam....
Teringat majlis pernikahan kami masa itu di surau al falah pulau sebang...
Aku terima nikahnya..... |
Tepat jam 5petang 20.02.2009 Hari jumaat selepas solat Asar, kami sudah jadi suami isteri yang sah berwalikan Bapa sebelah perempuan, Pak Akob....
Bergambar di atas pelamin anganku... |
My lovely husband |
Alhamdulilah sudah hampir SEMBILAN tahun usia kami ...
USIA perkenalan bukan masa yang singkat untuk mengenalinya...
Bertahun lamanya untuk mengenali hati budinya...
Sayang kamu sselalu |
Kini dia sudah ditakdirkan untuk bersama-sama...
Detik pertemuan itu sungguh Indah yang telah ditulis kan sejak azali lagi....
Namanya sungguh senonim buat Ku...
Seperti nama Ku... Ada sahaja yang terselit ejaannya.... FAIZA @ fiza @ faiz.... Nama itu adalah nama panggilan dari keluarga mentuaku
Terima kasih Ya Allah .... Aku adalah salah satu tulang RUSUKNYA yang begitu bengkok untuk diluruskan ... Aku belajar satu demi satu .... Sedikit demi sedikit... Aku ditakdirkan untuk DIA ...
Setelah sekian lama aku tetap ada bersama Dia... kau tercipta untukku...
Walaupun Hari demi Hari , bulan demi bulan , tahun demi tahun ... Pelbagai dugaan yang harus kami hadapi dengan Hati yang tabah dan kuat untuk itu... Allah bagi dugaan tersebut supaya kami ingat pada Nya.... Ingat akan tanggungjawab kami untuk dilalui bersama...
Tetapi ada hikmat disebaliknya... Allah maha mengetahui segala-galanya... Dia sudah tertulis dalam buku catatanNya...
HANYA ENGKAU SAHAJA YANG MEMAHAMI HATI KAMI BERDUA..... TUNJUKKANLAH JALAN YANG BENAR ITU... KAMI HARGAINYA , YA ALLAH...
Happy Anniversary 20.02.2009- 20.02.2016 ( 7 years )
Nice first meeting 27.02.2007-27.02.2016 (9years)
Lagu sinomin dengan Ku :
( banyak kenangan tu...hihiji)
Kenangan Terindah - Samson's ( 2007 )
Potret - Akim ( 2015 )
Jagakan Dia Untukku - dato Siti Nurhaliza ( 2015 )
12 Februari 2016
HAPPY FAMILY DI RUMAH NENEK ATAU ATOK
Assalammualaikum...
Salam sejahtera...
Alhamdulilah...
Semoga anda semua sentiasa sihat-sihat selalu...
Hari ini, saya rasa rindu hendak berkumpul ramai-ramai di dalam satu rumah yang besar sangat...
Anda semua tentu terimbau masa lampau kan? Terkenang zaman kanak-kanak hingga sekarang ... Tapi tidak tahu lah anda semua masih tidur ramai-ramai bersama adik-beradik yang lain...
Nak-nak apabila masa cuti sekolah... Cuti perayaan seperti Raya Aidilfitri atau Raya Haji.... Ataupun majlis keraian seperti kenduri kahwin, kenduri cukur jambul dan berondoi ....Tentu anda semua balik ke kampung halaman NENEK DAN ATOK kan??.. Mereka lagi lah suka dan gembira apabila anak menantu cucu balik ke kampung...
Keadaan tidur reramai di Kampung NENEK ATAU ATOK (IMAGE DARI FACEBOOK..) |
itu sahaja yang dapat saya coretkan tentang image itu... Seronok kan???
Semoga ia memberikan kenangan yang paling indah dalam kehidupan berkeluarga... Mengeratkan lagi silaturrahim antara kita...
Sekian.
Terima kasih.
6 Februari 2016
MERAIH KAN HARI KELAHIRAN ALYA
Assalammualaikum...
Alamdulilah...
Semalam 05.02.2016 JUMAAT, tepat pukul 09:58 am lahir lahir lah seorang puteri dan ulang tahun kelahiran Ke-3 tahun buat ALYA ADRIANA
Hari ini, abinya membawa Alya Adriana makan kegemaran ayam gorengnya... Punyalah alya suka... Tempat kesukaan abinya juga KFC BATU BERENDAM , MELAKA.
" SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 3 TAHUN BUAT ALYA ADRIANA...
SEMOGA JADI ANAK YANG BAIK DAN SOLEHAH SELALU...
UMMI , ABI DAN ABANG DARWISH SAYANGKAN ALYA ADRIANA"
Lagi 13 Hari pula, birthday Abg Darwish juga... 19.02.2016...
3 Februari 2016
CUMA SECEBIS DOA DARI AYAHANDA BUAT ANAKANDANYA SEMUANYA
Assalammualaikum..
Salam sejahtera...
Alhamdulilah..
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu
Hari ini , saya terbaca satu text dari group wechat Ayahanda meluahkan rasa rindu yang cukup mendalam... Cuma text tersebut mendoakan kami semua dengan kasih sayang dari mereka berada
Hanya kami yang akan sentiasa mendoakan mereka sentiasa sihat-sihat selalu dan dipanjangkan USIA dan dimurahkan rezeki untuk mereka berdua ....
Ya ALLAH, PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN IBU BAPA KAMI...
HILANGKANLAH SEGALA KERESAHAN MEREKA BERIKAN KHABAR BERITA YANG GEMBIRA..
KAMI JUGA MERINDUI MEREKA...
Dari Enam orang ANAKANDANYA
LIMA ORANG CUCUNDANYA...
AMIIIN YA RABBAL ALLAMIN...
SEKIAN.
TERIMA KASIH...
28 Januari 2016
DOA UNTUK ANAK AGAR TERHINDAR DARI PERBUATAN ZINA
Assalammualaikum ...
Alhamdulilah...
Jom kita bacakan DOA ini untuk anak-anak kita...
Cara:
Ayah meletakkan tapak tangannya di dada anak lelakinya , manakala ibu meletakkan tapak tangannya di dada anak perempuannya
Kemudian baca lah DOA ini dengan hati tulus
Cara:
Ayah meletakkan tapak tangan di dada anak lelakinya, mana IBU meletakkan tangannya didada anak perempuannya.
Baca lah doa ini dengan hati tulus.
Sumber:
Jurnul Sakeenah
Sekian.
Terima kasih.