UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

12 April 2016

MANDI AIR SUAM DI KALA AIRNYA SEJUK MACAM AIS BATU



Credited by Pelukis Rakyat Shidie Art

Sudah 28 tahun keadaan seperti itu. Selepas sahaja bangun dari tidur , mesti emak sudah memasak air panas untuk kami berempat yang ingin pergi ke sekolah. Emak bangun seawal  dalam pukul 4 pagi untuk menyediakan dan menyiapkan keperluan kami semua termasuk sarapan pagi dan makanan untuk di bawa ke sekolah.

Saya terimbau perbualan pada malam itu, umur saya ketika itu 7tahun :

" Emak, Boleh tidak sediakan air panas untuk mandi keesokkan pagi. Kerana air waktu pagi sangat sejuk."

Emak menjawab, " Baiklah... Kamu semua pergilah masuk tidur. Sudah lewat ini."

Saya mengucapkan terima kasih kepada Emak, " Terima kasih, mak." 

Itu lah Emak setiap hari... Tapi apabila di anjak umur saya 8 tahun , saya paksakan diri sendiri tidak mahu lagi mandi air suam. Biarlah saya uruskan sendiri. Kasihan emak terpaksa masak air panas untuk mandi. Emak pun diam sahaja.


Terima kasih EMAK...

SEGMEN JOM SINGGAH #JMBELOG

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


 Klik banner untuk join
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tutup penyertaan 30 April 2016.  Harap dapat tambah kenalan dan follower baru nanti.


DOA PENGIKAT KASIH.

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

DOA PENGIKAT KASIH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Ya Allah , berikanlah keberkatan melalui isteriku dan berikanlah keberkatan kepada mereka melalui diriku.

Ya Allah , satukanlah kami dengan kebaikan pisahkan kami jika perpisahan itu memberikan kebaikan pada kami semua.


Aamiinn Ya Rabbal Alamiin...

Semoga ikatan akad nikah sentiasa berkekal bahagia hingga ke Jannah di samping KELUARGA tercinta

11 April 2016

RAJINNYA SAYA KAN?

Memang tidak boleh dinafikan. Hihihi.

*** pstt... Malas nak kupas image tersebut. Almaklum sahajalah hanya anda semua tahu dan memahami perkara tersebut.

HARI KETIGA GANTI PUASA RAMADHAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Hari ini Hari ketiga masih ada  bakinya empat hari lagi untuk mengqada puasa Ramadhan 1436h .. Masih belum terlambat qadakan puasa tersebut. Saya buat selang sehari dalam minggu lepas. Lagipun saya baru ' bercerai' susu badan dengan si Alya.. Puas pujuk alya untuk itu... Baru Kali ini saya boleh ganti semua puasa tersebut. Alhamdulilah. Semoga dipermudahkan segala urusan.



Niat Ganti Puasa Ramadhan.

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign