UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

17 April 2016

HADIAH ISTIMEWA DARI ALLAH SWT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


16 April 2016

SENTIASA INGIN YANG TEBAIK UNTUK DIRIKU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

DOA KAN YANG TERBAIK UNTUK DIRI SENDIRI.

MENONTON BERSAMA FAMILI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Hari ini , saya sekeluarga mengisi waktu bersama-sama dengan menonton 'WAYANG' di dalam rumah sahaja.. Movie kegemaran cik Suami sejak zaman muda-muda lagi. Jadi saya pun sudah menyiapkan minum petang nanti. Buat minum petang kuih keria dan nescafe sebentar nanti.


Star Wars 

Guide Astro Best 

Jom kita tonton bersama.



ANAK - ANAK SUKA BUBUR NASI AYAM DI KALA DEMAM SELSEMA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Hari ini, menu untuk makan tengahari bubur nasi ayam. Sebabnya memasak menu tersebut , anak-anak tengah demam selsema. Anak-anak tiada selera makan. Bubur nasi ayam ini kegemaran anak-anak terutama sekali si Alya. Alya suka sangat bubur tersebut.

Resepi Bubur Nasi Ayam

Bahan:

Beras - 1 cawan
Air ( lebih air pun tidak mengapa )
Isi ayam.
Hirisan halia
Perasa garam

Hiasan
Daun sup
Bawang goreng

Cara :

Cuci beras hingga bersih. Masukkan air dan
Hirisan isi ayam dan halia.
Tanak semua sekali.

Setelah nasi menjadi lembut , masukkanlah perasa garam secukup rasa. Kemudian masukkanlah daun sup dan bawang goreng. Boleh Lah hidang bubur nasi ayam.


Selamat mencuba.

Cik Suami pun suka makan bubur nasi ayam juga..





15 April 2016

PUASA SUNAT REJAB DAN FADHILATNYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Credit by Mr Google / Rusydee

Menurut sebuah hadis RASULLAH saw yang bermaksud :


" sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab , maka Allah swt menyeru kepadanya , " Telah wajib hakmu atas - Ku, mintalah olehmu kepadaku. Demi ketinggian dan kebesaran-Ku , tidak akan Aku tolak hajatmu, Engkau adalah jiranKu di bawah 'Arasy - Ku. Engkau kekasih-Ku dari pada semua makhluk -Ku. Engkau mulia disisi-Ku. Berbahagialah kamu, tiada hijab di antara Aku dan Engkau."

Antara fadhilatnya :

1. Berpuasa sunat Rejab 20 Hari , diampunkan dosa-dosanya.

2. Berpuasa sunat Rejab 19 Hari , dibinanya sebuah Mahligai di Syurga.

3. Berpuasa sunat Rejab 16 Hari, akan dapat melihat Allah swt di dalam Syurga.

4. Berpuasa sunat Rejab 15 Hari, diberikan pahala seperti berpuasa seratus tahun ( menurut Sayidina Ali ).

5. Berpuasa sunat Rejab 14 Hari, diberikan pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun ( Sayidina Ali )

6. Berpuasa sunat Rejab 13 Hari , diberikan pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun ( Sayidina Ali )

7. Berpuasa sunat Rejab 10 Hari, akan diberikan pahala dua sayap untuk terbang seperti kilat di atas titian Silatul Mustaqim pada hari Qiamat.

8. Berpuasa sunat Rejab 9 Hari, akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk ke Syurga.

9. Berpuasa sunat Rejab 8 Hari, akan dibukakan lapan pintu Syurga pada Hari Qiamat.

10. Berpuasa sunat Rejab 7 Hari, akan ditutupkan tujuh pintu Neraka pada Hari Qiamat.

11. Berpuasa sunat Rejab 6 Hari, akan di ke luar kan dari kubur pada Hari Qiamat dengan muka bercahaya.

12. Berpuasa sunat Rejab 5 hari , akan diamankan dari pada azan kubur

13. Berpuasa sunat Rejab 4 Hari, akan dijauhkan  bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada Hari Qiamat.

14. Berpuasa sunat Rejab 3 Hari, akan dibinakan benteng yang menghalang ke Neraka pada Hari Qiamat.

15. Berpuasa sunat Rejab 2 Hari, akan dipergandakan pahala ibadatnya.

16. Berpuasa sunat Rejab sehari, diberikan pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberikan minum air Syurga dan diberikan pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Jika puasa sehari itu ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan ditambah seperti 1000 Kali ibadat haji dan umrah.

17. Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab ( Hari Israk dan Mi'raj ) diberikan pahala seperti puasa enam puluh bulan. Jika disertai dengan ibadat bersedekah , diberikan pahala seperti berpuasa seribu tahun.

Pada keseluruhannya, mereka yang berpuasa sunat Rejab , akan diampunkan semua dosanya yang lalu,  dipeliharakan Allah swt imannya bagi usianya dan terlepas dari dahaga pada Hari Qiamat.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda .

Sekian.
Terima kasih.









ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign