UMMI ADRIANA: FADHILLAH MENCIUM ANAK,ISTERI DAN SUAMI

FAIZABUNYAMIN TABUNG

8 Januari 2016

FADHILLAH MENCIUM ANAK,ISTERI DAN SUAMI

Assalammualaikum

Salam sejahtera....

Alhamdulilah...

Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt walau dimana sahaja anda berada...

Ingin mendapat PAHALA setiap hari...???




Semua itu ada disekeliling kita... Terutama sekali di dalam rumah tangga...

Kasih sayang itu Ada di dalam keluarga kita ... Antaranya anak, isteri dan suami...

CIUM itu adalah salah satu daripada sikap yang positif melahirkan kasih sayang yang sentiasa Ada... Ia adalah perbuatannya SPONTAN Tanpa PAKSAAN...

FADILLAH MENCIUM ANAK ISTERI DAN SUAMI:


Image ehsan Dari MR GOOGLE

Memberikan ciuman adalah satu IBADAH... Selepas itu dapat ganjaran lagi itu... 


APAKAH HUKUM MEMBERIKAN CIUMAN?


Hukum mencium kerana untuk mendapat redha Allah serta niat yang baik kerananya samada mencium kepala, kedua belah tangan, kaki, kedua lutut dan selainnya adalah HARUS. Dalam hal ini, imam Nawawi telah mengarang satu bahagian khas tentang perbincangan ini. Begitu juga ulama lain seperti al-Hafiz ibn al-Muqri, al-Hafiz ibn al-A’rabi, al-Hafiz Abu al-Fadl al-Ghumari dan beberapa ulama ahli ilmu lain yang menjelaskan hakikat keharusan bercium berdasarkan dalil dari Sunnah nabi yang Sahih lagi Thabit daripada baginda. 


Dalil;


i. Daripada Zaari’ berkata:

“Sewaktu kami tiba di Madinah, kami berlumba-lumba (bersegera) dari perjalanan kami lantas kami mencium tangan nabi s.a.w.”

- Hadith dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dan Abu Daud (5225).


ii. Daripada Ka’ab bin Malik r.a:

“Sesungguhnya sewaktu beliau ditimpa keuzuran, nabi s.a.w tiba maka beliau terus mengambil tangan baginda s.a.w kemudian menciumnya.”

– Dikeluarkan oleh imam At-Tabarani di dalam kitabnya Mu’jam al-Kabir (19/95, no. 186).


iii. Daripada Abdullah bin Umar r.a berkata: “Kami telah menghampiri kepada nabi s.a.w, kemudian terus mencium tangannya”. – Dikeluarkan oleh imam Abu Daud (5223).




Mencium tangan kedua ibubapa dan anak-anak:


i. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa nabi s.a.w menCIUM perut saidina Hasan bin Ali r.a (cucu nabi s.a.w). Begitu juga thabit dari hadith bahawa baginda s.a.w menCIUM saidina Hussien r.a. Baginda juga menCIUM puterinya saidatina Fatimah r.a, menjadi keaiban bagi siapa yang tidak melakukan sedemikian rupa.


ii. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa saidina Abu Bakar r.a menCIUM anaknya saidatina A’isyah r.a ketika beliau mendapati bahawa anaknya itu demam. Ciuman bukan khusus untuk anak-anak lelaki sahaja. (Hadith no. 5222).


iii. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa apabila saidatina Fatimah r.a mendapati nabi s.a.w masuk bertemunya, beliau akan berdiri dan mengambil tangan baginda s.a.w dan terus menCIUMnya. (Hadith no. 5217)


Menurut riwayat imam Tirmizi bahawa apabila saidatina Fatimah r.a masuk bertemu Rasulullah s.a.w, baginda s.a.w terus berdiri dan mengambil tangan puterinya dan menciumnya serta duduk bersamanya di dalam satu majlis. (Hadith no. 3872). Bayangkan, nabi s.a.w mencium tangan puterinya.


Yakni CIUMAN anak pada kedua belah tangan ibubapa adalah kerana pengiktirafan mereka terhadap kemuliaan darjat ibubapa dan ciuman ibubapa kepada anak-anak pula adalah hak kasih sayang mereka oleh ibubapa.


Pengajaran yang boleh diambil berdasarkan hadith yang dinyatakan adalah bertukar-tukar CIUMAN antara ibubapa dan anak-anak adalah merupakan sunnah nabi s.a.w yang mulia. Setiap tindakan bijaksana yang wajib dilakukan oleh ahli keluarga adalah lebihan cinta, kasih sayang dan kemesraan terhadap keluarga.


Dalam satu hadith yang dinyatakan, bahawa seorang lelaki bercerita di dalam satu majlis nabi s.a.w, bahawa beliau tidak menCIUM anak-anaknya. Lalu baginda s.a.w bersabda:

“Apa yang dapat saya nyatakan bahawa Allah s.w.t telah melenyapkan rahmat daripada hati kamu”


. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari no. 5998).


Begitu juga tentang kisah saidina umar r.a mengasingkan seorang lelaki dari sebuah negeri kerana mengingkari CIUMAN saidina Umar r.a terhadap anaknya. Kisah yang begitu mashyur.



SEKIAN.

TERIMA KASIH





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign