UMMI ADRIANA: MENU MAKAN MALAM ASAM PEDAS IKAN PARI

FAIZABUNYAMIN TABUNG

21 April 2016

MENU MAKAN MALAM ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


Menu makan malam kami sekeluarga Asam Pedas Ikan Pari


Selesai sahaja membuat kerja-kerja rumah … Tiba lah masa untuk menyediakan hidangan menu makan tengahari dan malam.. . kebiasaan memang masak lauk lebih.

Menu hari ini adalah resepi dari air tangan emak saya iaitu ASAM PEDAS TUMIS tidak kisah apa jenis ikannya… Emak kalau memasak ASAM PEDAS TUMIS sampai tidak ingat orang belakang… ASAM PEDAS TUMIS adalah makanan kegemaran saya sebelum berkahwin… setiap kali masuk dapur bersama dengan emak saya mesti menolongnya sampai dapat belajar ilmu memasak tersebut.


Hari ini saya ingin berkongsi resepi ASAM PEDAS TUMIS emak untuk pembaca blog:

Ikan : pilih salah satu sahaja


1. Ikan pari
2. Ikan tenggiri
3. Ikan kembung
4. Ikan cencaru ( a.k.a ikan jaket )


Bahan – bahan untuk menumis menaikkan aroma bila memasak:


1. 1 senduk minyak masak
2. ½ sudu camca biji halba
3. 2 biji bawang putih ( diketuk )


Bahan –bahan untuk dikisar

1. 50 gm cili kering ( direbus dan dibuang biji cilinya)
2. 10 biji bawang merah kecil
3. 2 cm halia
4. 1 cm kunyit hidup
5. ½ inci belacan



Sayur-sayuran :

1. Kacang bendih
2. Tomato
3. Terung
4. 3 helai daun limau purut / daun kesum / bunga kantan ( pilih salah satu)
5. Segenggam asam jawa
6. 500 ml air


Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih dan biji halba sehingga naik bau aromanya.

2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisarkan tadi sehingga naik bau aromany.


3. Masukkan ikan pilihan anda dan biarkan beberapa minit.


4. Masukkan 500ml air ke dalam asam jawa dan tuangkan ke dalam bahan ditumis tadi. Biarkan seketika sehingga mendidih.

5. Setelah mendidih masuk kan sayur-sayuran daun limau purut @ daun kesum @ bunga kantan.

6. Masukkan garam sebagai perisa makanan.

7. Boleh dihidangkan untuk seisi keluarga

**** hari ini lain pula rasa ASAM PEDAS TUMIS SEBAB SUDAH LAMA TIDAK MEMASAKNYA …SEDAPNYA..






**** SEKIAN. TERIMA KASIH .


**** SELAMAT MENCUBA.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign