UMMI ADRIANA: TIP ELAK SERANGAN PEPIJAT

FAIZABUNYAMIN TABUNG

8 Ogos 2016

TIP ELAK SERANGAN PEPIJAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...



Imej dari MR GOOGLE


PEPIJAT merupakan serangga yang aktif pada waktu malam untuk mencari makan ketika kita tidur. Pada waktu siang , pepijat akan menyorok di celah rekahan , rak buku, celah katil dan lain-lain tempat yang mudah untuknya mendapatkan akses kepada manusia bagi menghisap darah. 

Walaupun kerap ditemui berhampiran tempat kita tidur atau duduk, pepijat sebenarnya merupakan serangga yang bergerak pantas dan mampu melakukan perjalanan jauh untuk mencari makan. 

Dengan menggunakan paruh tajam seperti nyamuk , pepijat menggigit dan menyuntik air liur yang mengandungi antikoagulan bagi menghalang pembekuan darah.



Imej dari MR GOOGLE


Air liur juga bertindak sebagai agen bius yang menghalang kita merasa sakit ketika pepijat menghisap darah. Kita akan mula merasakannya setelah pepijat  meninggalkan dan berhenti menghisap darah kita.

Anak pepijat ( nimfa ) mengambil masa tiga minit untuk menghisap darah , manakala pepijat dewasa pula mengambil masa 10 minit hingga 15 minit. Selepas kenyang , haiwan itu akan merangkak Semula menuju ke tempat persembunyian mereka.

.com kongsikan tip bagi mengelak pepijat menyerang tempat tidur kita. SINI dan SINI 




Imej dari MR GOOGLE
KITARAN HIDUP PEPIJAT



TIP ELAK SERANGAN PEPIJAT


1. Cuci dengan bersih keseluruhan rumah anda.

2. Basuh tilam  , cadar , selimut , serta katil anda dengan menggunakan air panas.

3. Vakum semua karpet dan tempat rekahan yang ada dengan mesin vakum berkuasa tinggi.

4. Balut tilam anda dengan menggunakan cadar tahan pepijat atau ' bedbug proof cover '.


Sekian.
Terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign