UMMI ADRIANA: ALLAH YANG MAHA PEMURAH ( AR RAUF

FAIZABUNYAMIN TABUNG

9 Januari 2017

ALLAH YANG MAHA PEMURAH ( AR RAUF

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



" Dan kalau bukan kerana kurniaan Allah dan RahmatNya kepadamu ( nescaya kamu akan ditimpa azab yang besar ). sesungguhnya , Allha Maha Penyantun , lagi Maha Penyayang. "

( Surah al-Nur , 24:20 )

Allah swt mempunyai nama Ar Rauf sertinya , hanya Dia yang Maha Lemah Lembut terhadap hamba-hambanya yang beriman. Dia -Lah yang menjaga pendengaran , penglihatan , pergerakkan dan diam mereka dalam bertauhid dan taat kepada-Nya. ini lah kesempurnaan kasih sayang terhadap orang-orang yang benar.

selain itu, Ar Rauf juga mengandungi maksud Maha Lemah Lembut terhadap orang-orang yang derhaka kepada-NYa. Dia akan membukakan kesempatan bagi mereka untuk bertaubat selama mana nyawa belum terlepas daripada kerongkongnya atau sebelum terbitnya matahari daripada sebelah barat.

seorang muslim yang mengesakan Allah dengan nama ini , hatinya penuh dengan belas kasihan terhadap sesama muslim secara umum dan khusus. Namun belas kasihan ini ditempatkan pada tempatnyua kerana dia merupakan salah satu akhlak terpuji serta sifat yang agung walaupun kadang kala bersikap keras dan tegas itu bermanfaat pada sebahagian keadaan, ( seperti yang dilakukan dalam hukum had , serta memerangi orang-orang yang berbuat kerosakan dan aniayayang mana pada masa itu nasihat dan berlemah lembut tidak berlaku dan tidak bermanfaat bagi mereka. )
( Dr. Mahmud Abdurrazak Al - Ridwani , Ad-Du'au bi'l Asmai'l Husna , 2005 M:104 )

petikan Doa Asmaul Husna yang bermaksud : ( iaitu doa Ibnu Mas'ud )

" Maha Suci Engkau yang tiada Tuhan selain Engkau , ampunilah dosa-dosa ku m permudahkan urusan-urusan ku , kerana sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mengampuni dosa daripada hamba yang Engkau kehendaki, Engkaulah Maha Pengampun dan Maha Pemurah. Wahai Zat yang Maha Pengampun ampunilah aku, Wahai Zat yang menerima taubat berikanlah taubat untukku , Wahai Zat yang Maha Pemurah kasihilah aku , Wahai Zat yang Maha Pemberi Maaf, berikanlah kemaafan kepadaku , Wahai Zat yang Maha Pemurah , kasihanilah aku. " 
( Al-Mujamul Kabir , Juz 10:57 ).


Semoga Asmaul husna Ar Rauf memberikan manfaat buat anda semua.

Sekian.
Terima kasih.

RUJUKAN :

AL HARAMAIN TAFSIR AYAT-AYAT PILIHAN , KARYA BESTARI SDN. BHD.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign