UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

7 Julai 2015

HARI HARI TERAKHIR BULAN RAMADHAN 1436H

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tips Untuk 10 malam terakhir ramadhan.. semoga ia berguna kepada kita semua....

1. Tak kira betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10 terakhir kenalah kita buat yang terbaik..

2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr.. malam 10terakhir akan adanya malam Lailatulqadar

3. Pilih tempat yangg terbaik untuk beribadat samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dengan bantal sebab takut terlena.

4. Tutup handphone, laptop, ipad dan sebagainya

5. Kalau bersendirian, baca alquran dengan kuat supaya telinga dan hati akan bersama - sama membaca. Kalau ramai, baca seadanya

6. Perbanyakkan dan lamakan sujud supaya lebih berdoa... menangislah kpd Allah swt supaya mendapat berkah dunia dan akhirat

7. Perbanyakkan doa... mintalah yg baik2 untuk kehidupan kita yang akan datang.. mintalah apa yang anda mahu dan jangan malu-malu kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya... mintalah secara specific seperti hendak pergi Haji, Anak yang soleh,....

8. Perbanyakkan solat taubat untuk memohon keampunan daripadanya diatas segala kelalaian dan kesilapan yang kita telah lakukan.. bertaubat tidak mahu buat lagi perkara-perkara mungkar tersebut.

9. Baca dan hafal doa utk bertemu dengan Lailatulqadar...

"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'affu'anni"....

Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku...

10. Mohon kepada Allah swt untuk memberi kamu malam Lailatulqadar dan menerima segala ibadat kamu....

Jika anda rasakan ia tips yg bagus, amalkanlah ia dan sharelah ia...

5 Julai 2015

SELAMAT HARI LAHIR

Assalammualaikum wbt...

Alhamdulilah...
 Masih lagi dikurniakan USIA yang panjang dan sentiasa selalu ... Terima kasih YA ALLAH... BERIKAN NAFAS BUAT KU UNTUK TERUS HIDUP BERSAMA-SAMA KELUARGA TERSAYANG...

SELAMAT HARI LAHIR PADA 03 JULAI SETIAP TAHUN MASIHI ... KALI INI HARI LAHIRKU JATUH PADA HARI 15 RAMADHAN 1436H JUMAAT...

SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI SELALU DAN BERBAHAGIA SELALU...
Terima kasih juga buat IBU Ku Kasnah Tohid ... Menghamilkan melahirkan menyusukan membesarkan sehingga saya membesar dengan baik dan berkeluarga sendiri...
Sayang IBU Ku selalu dan kasihkan ayahku Yaacob Jamil... Terima kasih sekali lagi...


Salam NUZUL AL QURAN

Assalammualaikaum...

Alhamdulilah... Semuanya sihat-sihat belaka...


Semalam... Sudah memasuki 17 RAMADHAN 1436H bersamaan 04 Julai 2015 Sabtu...
Maaflah terleka sangat sepanjang hari semalam... Tidak sempat untuk mengingati Hari Yang Paling Bermakna iaitu Hari Nuzul Al Quran jatuh tarikhnya pada 17 Ramadhan setiap tahun Hijiriah.... Kalender Islam...







1 Julai 2015

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ANAK-ANAK KETERLALUAN SIKAPNYA

Assalammualaikum wbt...
Alhamdulilah..

Hari demi hari anak-anak semakin membesar dan selalu aktif sangat...
Kekadang mereka memahami apa yang kita cakapkan.. Kekadang tidak... Kerana mereka terlalu dimanjakan dan mengikut segala kemahuan mereka. Anda  semua juga mengalaminya ketika membeli belah atau ke tempat yang selalu dikunjungi...


Di sini ada beberapa langkah-langkah yang dapat diatasi jika mereka bertindak keterlaluan. Antaranya:

1. ALIHKAN PERHATIAN - Cuba alihkan perhatian anak-anak dengan aktiviti yang lain , seperti

" Mari kita lihat apa yang ada di sana ( sambil membawanya ke tempat lain ) "
Atau
" Mari kita mewarna bersama-sama."

2. AJAR ANAK BERSOPAN
Anak seharusnya diajar untuk meminta dengan cara yang betul dan sopan , ibu bapa perlu nenghormati permintaan itu ( jika selamat )
Contoh :

" Cuba adik minta mainan tersebut dengan cara baik, nanti ibu akan mendapatkannya untuk adik."

3. BIJAK MENANGANI SITUASI
Sekiranya anak anda mula menunjukkan tanda-tanda marah , anda mungkin boleh mengalihkan perhatiannya dengan menggunakan teknik gurauan. Cuba bergurau dengan anak untuk mengalihkan perhatiannya.
Contoh:

Menggeletek mereka dan bergurau bersama mereka. Ini akan menyebabkan perasaan marah mereka bertukar menjadi gembira ( ketawa )

4. AJARI ANAK BERINTERAKSI DENGAN BETUL:
Selain itu, ajari anak-anak anda untuk berinteraksi dengan rakan sebaya atau adik beradiknya tentang bagaimana untuk meluahkan perasaan dengan kata-kata yang sopan , dan mengenal pasti perasaan orang lain tanpa memukul dan menjerit.


30 Jun 2015

ANDAI AJAL DALAM TIDUR

Assalammualaikum dan salam sejahtera
ANDAI AJAL DALAM TIDUR...
Duhai suami fahamilah isteri
Duhai isteri fahamilah suami
EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim, ‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar " ( 3x )
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedaqah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insyaAllah. ..
Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.
Sekian terima kasih....

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign