Credited by Pelukis Rakyat Shidie Art |
Sudah 28 tahun keadaan seperti itu. Selepas sahaja bangun dari tidur , mesti emak sudah memasak air panas untuk kami berempat yang ingin pergi ke sekolah. Emak bangun seawal dalam pukul 4 pagi untuk menyediakan dan menyiapkan keperluan kami semua termasuk sarapan pagi dan makanan untuk di bawa ke sekolah.
Saya terimbau perbualan pada malam itu, umur saya ketika itu 7tahun :
" Emak, Boleh tidak sediakan air panas untuk mandi keesokkan pagi. Kerana air waktu pagi sangat sejuk."
Emak menjawab, " Baiklah... Kamu semua pergilah masuk tidur. Sudah lewat ini."
Saya mengucapkan terima kasih kepada Emak, " Terima kasih, mak."
Itu lah Emak setiap hari... Tapi apabila di anjak umur saya 8 tahun , saya paksakan diri sendiri tidak mahu lagi mandi air suam. Biarlah saya uruskan sendiri. Kasihan emak terpaksa masak air panas untuk mandi. Emak pun diam sahaja.
Terima kasih EMAK...