12 April 2016
MANDI AIR SUAM DI KALA AIRNYA SEJUK MACAM AIS BATU
![]() |
| Credited by Pelukis Rakyat Shidie Art |
Sudah 28 tahun keadaan seperti itu. Selepas sahaja bangun dari tidur , mesti emak sudah memasak air panas untuk kami berempat yang ingin pergi ke sekolah. Emak bangun seawal dalam pukul 4 pagi untuk menyediakan dan menyiapkan keperluan kami semua termasuk sarapan pagi dan makanan untuk di bawa ke sekolah.
Saya terimbau perbualan pada malam itu, umur saya ketika itu 7tahun :
" Emak, Boleh tidak sediakan air panas untuk mandi keesokkan pagi. Kerana air waktu pagi sangat sejuk."
Emak menjawab, " Baiklah... Kamu semua pergilah masuk tidur. Sudah lewat ini."
Saya mengucapkan terima kasih kepada Emak, " Terima kasih, mak."
Itu lah Emak setiap hari... Tapi apabila di anjak umur saya 8 tahun , saya paksakan diri sendiri tidak mahu lagi mandi air suam. Biarlah saya uruskan sendiri. Kasihan emak terpaksa masak air panas untuk mandi. Emak pun diam sahaja.
Terima kasih EMAK...
SEGMEN JOM SINGGAH #JMBELOG
DOA PENGIKAT KASIH.
Semoga ikatan akad nikah sentiasa berkekal bahagia hingga ke Jannah di samping KELUARGA tercinta







