UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

21 April 2016

MENU MAKAN MALAM ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


Menu makan malam kami sekeluarga Asam Pedas Ikan Pari


Selesai sahaja membuat kerja-kerja rumah … Tiba lah masa untuk menyediakan hidangan menu makan tengahari dan malam.. . kebiasaan memang masak lauk lebih.

Menu hari ini adalah resepi dari air tangan emak saya iaitu ASAM PEDAS TUMIS tidak kisah apa jenis ikannya… Emak kalau memasak ASAM PEDAS TUMIS sampai tidak ingat orang belakang… ASAM PEDAS TUMIS adalah makanan kegemaran saya sebelum berkahwin… setiap kali masuk dapur bersama dengan emak saya mesti menolongnya sampai dapat belajar ilmu memasak tersebut.


Hari ini saya ingin berkongsi resepi ASAM PEDAS TUMIS emak untuk pembaca blog:

Ikan : pilih salah satu sahaja


1. Ikan pari
2. Ikan tenggiri
3. Ikan kembung
4. Ikan cencaru ( a.k.a ikan jaket )


Bahan – bahan untuk menumis menaikkan aroma bila memasak:


1. 1 senduk minyak masak
2. ½ sudu camca biji halba
3. 2 biji bawang putih ( diketuk )


Bahan –bahan untuk dikisar

1. 50 gm cili kering ( direbus dan dibuang biji cilinya)
2. 10 biji bawang merah kecil
3. 2 cm halia
4. 1 cm kunyit hidup
5. ½ inci belacan



Sayur-sayuran :

1. Kacang bendih
2. Tomato
3. Terung
4. 3 helai daun limau purut / daun kesum / bunga kantan ( pilih salah satu)
5. Segenggam asam jawa
6. 500 ml air


Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih dan biji halba sehingga naik bau aromanya.

2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisarkan tadi sehingga naik bau aromany.


3. Masukkan ikan pilihan anda dan biarkan beberapa minit.


4. Masukkan 500ml air ke dalam asam jawa dan tuangkan ke dalam bahan ditumis tadi. Biarkan seketika sehingga mendidih.

5. Setelah mendidih masuk kan sayur-sayuran daun limau purut @ daun kesum @ bunga kantan.

6. Masukkan garam sebagai perisa makanan.

7. Boleh dihidangkan untuk seisi keluarga

**** hari ini lain pula rasa ASAM PEDAS TUMIS SEBAB SUDAH LAMA TIDAK MEMASAKNYA …SEDAPNYA..






**** SEKIAN. TERIMA KASIH .


**** SELAMAT MENCUBA.






SUNGGUH BESAR GANJARAN ISTERI UNTUK SUAMI DAN ANAK-ANAK

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Ganjaran Isteri Memasak untuk SUAMI dan ANAK-ANAK


SEGMEN TONTON UK20 FREE GIFT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/04/segmen-tonton-uk20-free-gift.html

  Uk20 adalah Animasi pendek yang bercorak komedi untuk hiburan semata-mata.Uk20 kali ini mempersembahkan 'free gift".Sinopsis :Ucing telah di beri Free Gift berupa iphone dari Orang yang tidak di kenali,adakah betul itu iphone .? dan apakah balan Free Gift Ucing kepada Orang tersebut.? Anda akan menonton Animasi Free Gift setelah tamat Segmen ini.

 Dengan itu Saya minta Anda Support untuk Animasi ini.Syarat-syarat adalah mudah :

1) Follow Blog Ucing Kadayan,Google + atau Facebook Ucing.
2) Buat Tajuk Post "Segmen Tonton Uk20 Free Gift"
3) Copy semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.Tag Rakan Akan Anda.
4) Tinggalkan Url post Anda di ke dalam ruangan Komen Disini.
5) Tamat Segmen 29-4-2016.Kepada Blogger yang ikut Segmen ini akan di Senaraikan dalam Video Animasi Uk20 Free Gift Sebagai Supporters.

Maaf ye saya tag awak


http://lokmanamirul.blogspot.my


MENANGI WANG CASH DARI BLOGGER UTARA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Saya tidak menyangka dan tidak menduga pemilihan pemenang secara RANDOM saya tercalon dalam 4 pemenang giveaway Blogger utara itu.


Terima kasih berbanyak atas giveaway tempohari yang dianjurkan oleh Blogger Utara.

Di kesempatan ini juga , saya ucapkan TAHNIAH buat pemenang yang lain.







TIP IBU AYAH TERHADAP ANAK

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


Senyuman tersebut tidak pernah lekang di bibirnya...
" Darwish , Ummi rindu kan senyuman itu setiap Saat..."


TIPS IBU AYAH

Anak lelaki sifatnya apabila bangun pagi, HANYA BOLEH BERFIKIR SATU PERKARA PADA SATU MASA, manakala anak perempuan auto-pilot terus berfikir untuk mandi, solat, bersiap ke sekolah dan sebagainya. 

.

Satu "PANTANG" jika anak lelaki dimarahi pada waktu pagi, kerana ia akan mengganggu proses pembelajaran anak itu di sekolah nanti, kecuali jika ada tempat untuk anak itu melepaskan kecamukan dalam fikirannya, seperti "punching bag". 

.

Disebabkan oleh tingginya paras hormon testosteron dalam diri kanak-kanak lelaki. Otak kanak-kanak lelaki pada usia 2 tahun, hanya otak kanan yg matang, jadi secara semulajadi mereka belum pandai bercakap tetapi visuospatial sangat baik. Contohnya, suka lihat benda bergerak, mereka tidak boleh duduk diam, jika objek tidak bergerak, dia yang akan gerakkan objek tersebut. Jangan marah ketap-ketap bibir kalau mereka tak boleh duduk diam sopan santun. Itu fitrah itu fakta  >__<



Kanak-kanak perempuan pula sudah matang kedua-dua bahagian otak pada usia 2 tahun, dan oleh kerana itu mereka cepat bercakap dan fasih berkomunikasi. Menurut kajian, kematangan seorang kanak- kanak lelaki berusia 6 tahun adalah sama dengan kematangan kanak-kanak perempuan 4 tahun. Subhanallah !



Jadi janganlah membanding-banding anak lelaki kita dengan anak perempuan yang sebaya. Jangan bandingkan anak lelaki kita dengan anak perempuan kita. Don't judge, don't compare! Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tidaklah sama lelaki dan perempuan. Rujuklah Ali Imran ayat 36.

Semoga ia memberikan manfaat buat anda.

Sekian.
Terima kasih.

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign