UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

22 April 2016

SALAM JUMAAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.




Bismillahirahmanirohim
Ya Allah
Sihatkan tubuh badan kami
Lapangkan fikiran kami
Kuatkan daya ingatan kami
Ampunkan lah dosa kami
Dosa ibu bapa kami
Dosa ahli keluarga kami
Rakan-rakan kami
Dan seluruh umat islam
Ya ALLAH
Cukupkanlah keperluan kehidupan kami
Cukupkanlah makan dan pakai kami
Cukupkanlah keperluan dan kehendak kami
Jadikan kami kaya yang menunaikan zakat
Jadikan kami kaya yang sentiasa bersyukur
Jadikan kami kaya dan kekayaan kami ini dikoongsikan bersama yang lain...
Ya ALLAH
Selamatkan kehidupan kami
Dari kesesatan dunia
Selamatkan kami dari kecelakaan, bencana, dan hasutan syaitan
Selamatkan perjalanan kami
Menuju ke jannah
Ya ALLAH
Berkatikan dan rahmatilah kehidupan kami
Kehidupan kedua ibu bapa kami
Kehidupan ahli keluarga kami
Dan seluruh umat islam
Agar kami bersatu
Berusaha
Bertawakal dan
Sentiasa mengingati segala larangan mu
Agar kami tidak sesat di dunia ini

-Aamiin Ya Rabbal Aalamiin -

KHUTBAH JUMAAT PADA HARI INI:

🌱Intisari khutbah Jumaat JDT 22/04/2016:-
Tajuk: Kelebihan Sedekah.

1) Seluruh isi bumi dan langit adalah milik Allah...harta dan kekayaan adalah amanah Allah yg pd bila2 masa akn diambil semula oleh Allah.

2) kita akn dipersoal ttng apa yg telah kita lakukan thdp amanah Allah...milik yg kekal ialah apa yg dikorbankn di dunia utk bekalan akhirat.

3) Firman Allah surah Al-baqarah/261 bermaksud "bandingan (derma) orng2 yg membelanjakn hartanya pd jalan Allah ialah spt sebiji benih yg tumbuh menerbitkn 7 tangkai; tiap2 tangkai itu pula mengandungi 100 biji..."

4) Firman Allah surah Al-muzammil/20 bermaksud "...apa jua kebaikn yg kamu kerjakn sbg bekalan utk diri kamu, tentulah kamu akn mendapat balasannya pd sisi Allah sebagai balasan yg sebaik2nya..."

5) Islam amat menggalakn agar kita menginfaqkn harta or bersedekah di jalan Allah kerana :-
5.1- Infaq dan sedekah merupakn bukti keimanan sseorng kpd janji2 Allah.

5.2- sedekah dapat memadamkn dosa, sebagaimana air dapat memadamkn a

21 April 2016

MENU MAKAN MALAM ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


Menu makan malam kami sekeluarga Asam Pedas Ikan Pari


Selesai sahaja membuat kerja-kerja rumah … Tiba lah masa untuk menyediakan hidangan menu makan tengahari dan malam.. . kebiasaan memang masak lauk lebih.

Menu hari ini adalah resepi dari air tangan emak saya iaitu ASAM PEDAS TUMIS tidak kisah apa jenis ikannya… Emak kalau memasak ASAM PEDAS TUMIS sampai tidak ingat orang belakang… ASAM PEDAS TUMIS adalah makanan kegemaran saya sebelum berkahwin… setiap kali masuk dapur bersama dengan emak saya mesti menolongnya sampai dapat belajar ilmu memasak tersebut.


Hari ini saya ingin berkongsi resepi ASAM PEDAS TUMIS emak untuk pembaca blog:

Ikan : pilih salah satu sahaja


1. Ikan pari
2. Ikan tenggiri
3. Ikan kembung
4. Ikan cencaru ( a.k.a ikan jaket )


Bahan – bahan untuk menumis menaikkan aroma bila memasak:


1. 1 senduk minyak masak
2. ½ sudu camca biji halba
3. 2 biji bawang putih ( diketuk )


Bahan –bahan untuk dikisar

1. 50 gm cili kering ( direbus dan dibuang biji cilinya)
2. 10 biji bawang merah kecil
3. 2 cm halia
4. 1 cm kunyit hidup
5. ½ inci belacan



Sayur-sayuran :

1. Kacang bendih
2. Tomato
3. Terung
4. 3 helai daun limau purut / daun kesum / bunga kantan ( pilih salah satu)
5. Segenggam asam jawa
6. 500 ml air


Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih dan biji halba sehingga naik bau aromanya.

2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisarkan tadi sehingga naik bau aromany.


3. Masukkan ikan pilihan anda dan biarkan beberapa minit.


4. Masukkan 500ml air ke dalam asam jawa dan tuangkan ke dalam bahan ditumis tadi. Biarkan seketika sehingga mendidih.

5. Setelah mendidih masuk kan sayur-sayuran daun limau purut @ daun kesum @ bunga kantan.

6. Masukkan garam sebagai perisa makanan.

7. Boleh dihidangkan untuk seisi keluarga

**** hari ini lain pula rasa ASAM PEDAS TUMIS SEBAB SUDAH LAMA TIDAK MEMASAKNYA …SEDAPNYA..






**** SEKIAN. TERIMA KASIH .


**** SELAMAT MENCUBA.






SUNGGUH BESAR GANJARAN ISTERI UNTUK SUAMI DAN ANAK-ANAK

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Ganjaran Isteri Memasak untuk SUAMI dan ANAK-ANAK


SEGMEN TONTON UK20 FREE GIFT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/04/segmen-tonton-uk20-free-gift.html

  Uk20 adalah Animasi pendek yang bercorak komedi untuk hiburan semata-mata.Uk20 kali ini mempersembahkan 'free gift".Sinopsis :Ucing telah di beri Free Gift berupa iphone dari Orang yang tidak di kenali,adakah betul itu iphone .? dan apakah balan Free Gift Ucing kepada Orang tersebut.? Anda akan menonton Animasi Free Gift setelah tamat Segmen ini.

 Dengan itu Saya minta Anda Support untuk Animasi ini.Syarat-syarat adalah mudah :

1) Follow Blog Ucing Kadayan,Google + atau Facebook Ucing.
2) Buat Tajuk Post "Segmen Tonton Uk20 Free Gift"
3) Copy semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.Tag Rakan Akan Anda.
4) Tinggalkan Url post Anda di ke dalam ruangan Komen Disini.
5) Tamat Segmen 29-4-2016.Kepada Blogger yang ikut Segmen ini akan di Senaraikan dalam Video Animasi Uk20 Free Gift Sebagai Supporters.

Maaf ye saya tag awak


http://lokmanamirul.blogspot.my


MENANGI WANG CASH DARI BLOGGER UTARA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Saya tidak menyangka dan tidak menduga pemilihan pemenang secara RANDOM saya tercalon dalam 4 pemenang giveaway Blogger utara itu.


Terima kasih berbanyak atas giveaway tempohari yang dianjurkan oleh Blogger Utara.

Di kesempatan ini juga , saya ucapkan TAHNIAH buat pemenang yang lain.







ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign