UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

15 Julai 2016

SALAM AIDILFITRI 1437H/2016

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu

Salam aidilfitri maaf zahir dan batin jika ada silap dan salah Tanpa kusedari selamat ini buat KELUARGA, rakan-rakan taulan.

Salam 10 Syawwal 1437 h dari kami sekeluarga FAIZA. Pada tahun ini , giliran kami sekeluarga pulang beraya di sebelah Suami , Kampung Sungai Ati, Padang Rengas, Kuala Kangsar , Perak, dua minggu sebelum raya. Kali ini pecah rekod balik Kampung Perak. Hihihi...





Pada sebelum raya , saya sekeluarga melihat pembinaan panjut di sekitar kampung Kuala kangsar ketika. Maaf Lah saya tidak sempat mengambil foto pesta tersebut jadi saya Google sahaja foto itu, sebab terlalu teruja sangat.


 PESTA PANJUT 2016


Sampaikan pesta tersebut masuk berita awani ketika itu. SINI






14 Julai 2016

IKAN SEMBILANG MAK SUNGGUH RANGGUP

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Selepas buat resepi rendang kerang cili padi  tadi. Emak saya pula membuat rencah untuk menggoreng ikan sembilang sambal ataupun makan ikan sembilang tersebut makan begitu sahaja...

Menu tersebut adalah menu kegemaran seluruh KELUARGA saya Kasya RAPS3.
Saya amat bertuah adanya EMAK yang memasak lauk pauk dengan air tangannya sendiri. Sampaikan semuanya adik-beradik yang berjauh dengan ayah dan Emak sekali-kali Emak akan memasaklah apa yang adik-adik saya suka. Tidak kisah Lah apa juga hidangannya.










" Aduhai omak den menggoreng ikan sembilang punyalah WANGI gila tu... Dan garing gitu sampai ke tulangnya bila menggigit dan mengunyahnya...."

Rasanya nak jer kuar rumah....

Adik lelakiku pun x Boleh tidur jugak...

 "rasa nak pengsan...
 meleleh air liur ..."

Jom saya sharekan resepi sambal garing ikan Sembilang :




Minyak masak 
Cili kering ( ikut kepedasan anda iye )
Cili padi ( ikut kepedasan anda iye )
5 biji bawang besar ( dikisar )
1 labu bawang putih ( dikisar)
Garam secukup rasa

Cara memasak:

Panas kan minyak masak ( ikut sukatan anda iye )

Tumiskan bahan-bahan kisar tadi.

Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga dan garing dan juga terbit minyaknya.

Kemudian Boleh masukkan ikan Sembilang yang sudah digoreng tadi.






Masukkan garam secukup rasa iye...

Setelah itu Boleh Lah dihidangkan bersama nasi panas. ( Aduh sudah terliur air liur ni.... Hihihih :-) :-) :-) )


Selamat mencuba iye....








RENDANG KERANG ADALAH MENU KEGEMARAN CIK SUAMI KETIKA RAYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Salam aidilfitri maaf zahir batin jika ada silap dan salah selama ini.

Selepas menghantar Darwish ke Pasti , saya pergi ke pasar untuk membeli barang-barang basah : belikan mak Senah 2 kilo ikan sembilang dan 2 kilo kerang. Kerang itu saya belikan atas permintaan cik Suami sebelum raya lagi. Hendak dimasak masa di kampung Perak ketika itu. Tapi tiada  kesempatan untuk memasaknya rendang kerang kesukaan cik Suami apabila menjelangnya Hari Raya setiap tahun raya sebabnya saya kurang sihat ketika itu.

Jom saya sharekan menu tersebut:



RESEPI RENDANG KERANG CILI PADI:

2 kilo kerang ( direbus dahulu ).
1/2 kilo santan pekat.
Cili padi blend  ( ikut kepedasan anda sendiri )
5 batang serai ( diketuk )
2 inci kunyit hidup ( ditumbuk halus )


Cara memasaknya :

Masukkan santan pekat, cili padi blend, kunyit, serai dan kerang ke dalam kuali.

Masak semua bahan-bahan tersebut hingga betul-betul kering.

Setelah itu, Boleh Lah dihidangkan bersama-sama nasi himpit dan nasi panas.
( Boleh lihat image diatas)

Selamat mencuba.





3 Julai 2016

DI HARI KELAHIRANKU DI PENGHUJUNG RAMADHAN 1437H

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Terima kasih Ya Allah , saya masih bernafas di Bulan baik ini Ramadhan , 27 ramadhan 1437h akan meninggalkan kita semua dalam beberapa hari lagi ( 3 hari lagi ) menyambut hari lebaran Aidilfitri....

Pada hari ini juga saya menyambut hari ulang tahun kelahiran ke 35, 3 Julai 2016 Ahad, sudah tua rupanya saya ini. Semoga Allah swt memberkati usiaku , dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang... ya Allah tutupkanlah mata-mata kejahatan dari manusia yang kejam lagi berhati jahat dan hasad dengki. Pulihkanlah kami sekeluarga penyakit misteri ... Sembuhkanlah Ya Allah dengan izinMu , Ya Allah...





Ini Lah sumber inspirasi saya selama 35 tahun...
Jika mak Senah x ada Kat umah cik Saniah Tohid yang mengambil tempat sementara menjaga Ku  ketika mak Senah dok labour room melahirkan adik2 Ku di hospital..  Sayang kamu berdua dunia akhirat...

#harikelahiranku
#3julai
#nostalgia


       
Setiap tahun hari kelahiran wajib dapat SMS ni daripada dato seri mohamad hj hassan.... Terima kasih Dato Seri...







Di kesempatan ini juga , saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat pengunjung blog ini tak Kira para blogger dan rakan - rakan di Alam Maya ini.


Video TNB






EKSKLUSIF: Astro Raya Plush Toy Pat, Mang & Las Comel Istimewa Hanya Untuk Raya 2016 Ini!



30 Jun 2016

OST LAGU TEMA DRAMA CINTA 11 SYARAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.






LIRIK LAGU KATAKAN - HARRIS BABA

Tiada apa lagi perlu ku katakan
Kerna kau tahu semua
Tak pernah ku berahsia

Dan mungkin satu saja yang takkan terjelas
Rasa yang aku rasakan
Hanya untuk kau saja

Sampai sudah waktu yang lama ku tunggu
Biar lama tetap saja kau ku tunggu

Katakan kata padaku
Kita kan bersama harungi semua darling
Tiada lain ku mahu
Hanya kau satu untukku
Hanya kau satu untukku

Tiada lain mampu membahagiakan ku
Ku mengharap kau pun sama
Sampai mati ku setia

Sampai sudah waktu yang lama ku tunggu
Biar lama tetap saja kau ku tunggu

Katakan kata padaku
Kita kan bersama harungi semua darling
Tiada lain ku mahu
Hanya kau satu untukku

Doaku semoga kau dan aku
Selamanya kan bersama
Di hatiku hanya kau yang satu
Sempurnakan diri aku?

Katakan kata padaku
Kita kan bersama harungi semua darling
Tiada lain ku mahu
Hanya kau satu untukku

Katakan kata padaku
Bersama harungi semua darling
Tiada lain ku mahu
Hanya kau satu untukku
Hanya kau satu untukku


              


Istimewa untuk my lovely husband. 


JOM PIKAT SUAMI SENDIRI 

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign