UMMI ADRIANA: RENDANG KERANG ADALAH MENU KEGEMARAN CIK SUAMI KETIKA RAYA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

14 Julai 2016

RENDANG KERANG ADALAH MENU KEGEMARAN CIK SUAMI KETIKA RAYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Salam aidilfitri maaf zahir batin jika ada silap dan salah selama ini.

Selepas menghantar Darwish ke Pasti , saya pergi ke pasar untuk membeli barang-barang basah : belikan mak Senah 2 kilo ikan sembilang dan 2 kilo kerang. Kerang itu saya belikan atas permintaan cik Suami sebelum raya lagi. Hendak dimasak masa di kampung Perak ketika itu. Tapi tiada  kesempatan untuk memasaknya rendang kerang kesukaan cik Suami apabila menjelangnya Hari Raya setiap tahun raya sebabnya saya kurang sihat ketika itu.

Jom saya sharekan menu tersebut:



RESEPI RENDANG KERANG CILI PADI:

2 kilo kerang ( direbus dahulu ).
1/2 kilo santan pekat.
Cili padi blend  ( ikut kepedasan anda sendiri )
5 batang serai ( diketuk )
2 inci kunyit hidup ( ditumbuk halus )


Cara memasaknya :

Masukkan santan pekat, cili padi blend, kunyit, serai dan kerang ke dalam kuali.

Masak semua bahan-bahan tersebut hingga betul-betul kering.

Setelah itu, Boleh Lah dihidangkan bersama-sama nasi himpit dan nasi panas.
( Boleh lihat image diatas)

Selamat mencuba.





2 ulasan:

  1. menu nie selelau ada di rumah MIL sha setiap kali raya.. Memang kesukaan nie..

    BalasPadam

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign