Menonton cerita drama bersiri Indonesia yang bertajuk BUKU HARIAN BAIM. Rasanya cerita sinetron ini ulangan tayangan Semula. Geram pula tengok watak budak Comel yang bernama BAIM. tersentuh hati apabila mendengar setiap ayatnya. petah berkata-kata.
SINOPSIS BUKU HARIAN BAIM
Kehidupan Baim terasa sempurna, bagaimana tidak budak berusia empat tahun itu mempunyai ibubapa yang baik hati. Semua orang menyayangi Baim. Di sebalik kebahagiaan itu, Baim ternyata menghidapi penyakit Spiniccerebellar Degeneration, iaitu penyakit yang kekurangan cairan otak sehingga dapat menyebabkan kelumpuhan.
Aisha Alya, ibu kepada Baim hanya boleh menenggok keadaan anak kesayangannya itu. Maklumlah, hidup Baim ibarat hanya menghitung hari saja. Hingga pada suatu hari keadaannya parah sehingga harus dibawa ke hospital.
Baim yang keesokan harinya menyambut hari lahir menolak untuk diajak berjumpa doktor. Setelah terdiam sejenak, Alia pun menjelaskan bahawa kedatangan Baim dapat membahagiakan pesakit yang lain di hospital.
Waktu siarannya setiap hari pukul 5:30petang hingga 6:30petang channel 119
Waktu siarannya setiap hari pukul 5:30petang hingga 6:30petang channel 119
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...