UMMI ADRIANA: KELEBIHAN BRZIKIR KEPADA ALLAH SWT

FAIZABUNYAMIN TABUNG

21 Julai 2016

KELEBIHAN BRZIKIR KEPADA ALLAH SWT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Image dari Mr Google





Kelebihan Berzikir kepada Allah Swt.

Allah swt Maha Agung Telah mengingatkan kita dalam kitabNya supaya berzikir kepadaNya sebagaimana firmanNya dalam Al Quran

Antaranya : 

" Dan sebutlah nama TuhanMu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut , dan dengan tidak meninggikan suara, pada waktu pagi dan petang , dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."

( surah Al -A'raf , ayat 205 )


" Dan sebutlah nama tuhanMu pada waktu pagi dan petang , dan sebahagian daripada malam , maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada sebahagiaan yang panjang pada malam hari. "

( surah al-Insan , ayat 25-26 )


" Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata , " Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia , Maha Suci Engkau , maka peliharalah kami daripada seksaan Neraka."

( surah Ali -imran , ayat 191 )

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a Katanya, Rasullah saw bersabda :

" Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya Aku juga mengingatiKu di Majlis, nescaya Aku juga mengingatinya dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal ,  nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaku dalam keadaan berjalan seperti biasa ,  nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."

( Riwayat Al Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibn Majah )

Dalam sebuah hadis lain, Abu Hurairah r.a katanya, nabi saw bersabda ; 

" Sesungguhnya Allah swt yang Maha Memberkati lagi maha Tinggi para malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah swt. Para malaikat selalu mengelilingi bumi. Para malaikat sentiasa memerhati majlis - majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka akan turut mengikuti majlis tersebut di mana sahaja mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit."


Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah swt. Tidak Kira di mana sahaja dan apa jua yang dilakukan , biarlah hati dan lidah kita sentiasa dalam keadaan zikrullah. Dengan menyebut dan mengingati Allah swt , hati akan menjadi tenang. Semoga dengan berzikir kepadaNya secara istiqamah ,akan menambahkan rasa kasih dan kecintaan kepada Allah swt. Seterusnya akan melahirkan insan bertakwa.


SINIl dan SINI


Semoga ia memberikan manfaat buat anda.

Sekian.
Terima kasih


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign