UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

13 November 2016

NURRAYSA mesra Wudhuk

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.





Maksud mesra wuduk ialah mudah dicuci dan mudah ditanggalkan bukannya tidak perlu dicuci sebelum mengambil wuduk. Tanggalkan semua lapisan foundation, bedak , lipstik, eyeliner, blusher , eyebrow, eyeshadow dan mascara. Cuci sebersihnya sehingga tanggal habis.
Set makeup Nurraysa Beauty tidak mengandungi SILIKON dan mudah dicuci untuk berwuduk. Tidak bersifat ‘waterproof’ dan juga menggunakan bahan-bahan semulajadi sekaligus dapat merawat kulit.
Silikon adalah bersifat ‘waterproof’ ibarat lapisan plastik di atas kulit untuk makeup bertahan lebih lama di wajah dan susah di tanggalkan walaupun menggunakan sabun dan makeup remover. Perlu di cuci  banyak kali sebelum berwuduk. Wuduk boleh jadi tidak sempurna dan solat tidak sah jika tidak dicuci dengan betul-betul.
Cara cucian yang betul jika menggunakan set makeup Nurraysa Beauty sebelum berwuduk, guna Nurraysa Fast Clean Eye Makeup Remover, spray terus di muka, urut seluruh muka sehingga rata selama 1-2 minit. Bilas dengan air. Seterusnya boleh berwuduk tanpa was-was.


Credit buat : Nurraysa Beauty

Testimoni Nurraysa Collagen Soap

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Testimoni pengguna Nurraysa Collagen Soap:











KEBAIKAN NURRAYSA COLLAGEN BEAUTY SOAP

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.





KEBAIKAN NURRAYSA COLLAGEN BEAUTY SOAP

♥ Membersih dengan lembut dan menyegarkan kulit lesu.
♥ Mengecutkan jerawat di wajah atau badan. 
♥ Memudarkan parut dan menghilangkan parut dan cela. 
♥ Mengurangkan pigmentasi atau jeragat.
♥ Mengurangkan kedutan dan garis halus serta kesan regangan atau strectmark.
♥ Menghilangkan Black Head dan White Head.
♥ Mengurangkan kesan berminyak diwajah dan badan.
♥ Mencerahkan kulit yang kusam dan gelap, kasar dan kering.
♥ Menyamaratakan tona kulit.
♥ Memelihara kelembutan dan kelembapan semulajadi kulit.



SABUN KOLAGEN NURRAYSA BERBEZA DENGAN SABUN YANG BERLAMBAK DI PASARAN ANTARANYA :

1.Ada bintik-bintik air seakan sabun berpeluh jika ditinggalkan semalaman. Itu disebabkan sabun asli, sel-sel rumpai masih hidup dan menghasilkan air.

2.Pada permulaan guna, banyak buih. Tapi semakin tipis semakin kurang buih sebabnya saya tak guna bahan kimia untuk kekalkan sifat peluntur.
Warna semakin berkurangan makin lama guna kerana bahan asli sifat mudah bertindakbalas dengan udara. Kalau pewarna tiruan warna kekal sehingga sabun habis digunakan.

3.Bau wangi semakin lama makin kurang kerana tiada pengawet untuk kekalkan bau tersebut.

4.Bila anda gosok secara lembut dengan kuku bintik-bintik kecil (kotoran minyak tepu) akan keluar dari kulit muka anda dengan mudah


#nurraysabeauty
#nurraysacollagensoap

12 November 2016

LIRIK LAGU GEMURUH SEARCH DAN WINGS

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Lirik Lagu Gemuruh - Amy Search / Awie Wings

Di dalam gerimis, penuh rahmat, dia tersungkur
Cendawan akrab, sesegar pagi, yang permai damaikan
Nun di pinggir rimba, lantas mendambakan
Cinta sempurna, dari jiwa, bakal surinya

Di dalam kelambu, mendung ungu, dia tersalut
Kilauan kayangan, pedoman, ikhtiar dan arah
Persis aku tak mengangankan, hidup sederhana
Menyamai, hari-hari, mimpi-mimpinya

Sendiri meratapi, sekalungan sengsara
Dan menelan seksa, pahit maung pada pujangga
Terbukti kasihnya sengatan berbisa
Menguntum gerigis besi kaca dan pawaka

Tak tersedar menyeresapi ke pusat keinsanan
Membibitkan titis-titis sepekat warna darah dan dosa



Kucing Dan Cermin Ajaib di dalam Sebuah Rumah Agam

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Hari ini ada cerita yang menarik yang ingin dikongsikan bersama-sama;

Kucing Dan Cermin Ajaib di Rumah Agam

Pada sesuatu petang damai , ada tiga ekor kucing yang dinamakan, Putih ( ibu ) , Kelabu (Bapa ) dan Ninit ( anak ).- tinggal berdekatan dengan sebuah rumah agam di pinggir hutan selepas dibuang oleh tuannya. Sewaktu berehat di bawah sepohon pokok pelam ,Kelabu telah berceritakan pada Ninit tentang sebuah rumah agam yang dipenuhi cermin ajaib di dalamnya.

" Ramai betul ke rumah itu, " Kata Kelabu. Ninit yang duduk di belakang pasu hanya mendiamkan diri sahaja.

" Ada yang kata tempat itu Ajaib...." Tambah Kelabu cuba menarik perhatian NiniT dan  Putih.

" Ajaib ? " terpacul perkataan daripada mulut si Ninit. Kelabu dan Putih serentak memandang ke arah anaknya itu.

" Ninit .... jangan pandai-pandai pergi. Nanti ditangkap orang, " Kelabu cuba menakut-nakut anaknya.

Ninit hanya menunduk tetapi jauh di sudut hatinya melonjak-lonjak mahu ke rumah agam itu. Dia ingin tahu apa yang ada di dalamnya. Benarkah rumah agam itu Ajaib?

Hari berganti Hari , Ninit semakin tidak dapat menahan dirinya untuk pergi melihat rumah agam tersebut. Suatu hari dia benar-benar mendapat peluang apabila kedua ibu bapa tiada di rumah. Sambil berjalan Ninit mengiau-Ngiau keriangan.

Dari kejauhan Ninit sudah nampak bumbung rumah Agam itu. Dia berlari sambil menyanyi-nyanyi. Dari satu tangga ke satu anak tangga yang lain Ninit melompat-lompat.

Dengan menggunakan kepalanya dia menolak daun pintu. untuk seketika dia tergama apabila melihat seribu kucing sedang tersenyum menyambut kedatangannya. Apabila Ninit mengangkat tangan untuk menyapa seribu kucing lain turut mengangkat tangan membalas lambaiannya.



Terlalu suka , Ninit menari-nari dan melompat-lompat kegembiraan. setiap kali dia berpusing dan melonjak , kucing yang ada di sekeliling turut sama mengikut aksinya. Dia tersenyum dan kucing lain membalas senyumannya penuh mesra. Ninit meninggalkan rumah agam itu dengan  perasaan cukup gembira. 

" ini lah tempat yang paling menakjubkan. Aku akan datang lagi, " Ninit bercakap bersendirian sewaktu menuruni anak-anak tangga. Sedang asyikl menari-nari , tak sengaja dia tersepak kaki Bulat , kawan sekampungnya. 

" Tak nampak ke ? " Bulat menengking. 
" Maaf , tak nampak . Maaf ye Bulat! " Ninit merayu , tetapi Bulat langsung tidak menghiraukan rayuan Ninit.

Bulat meninggalkan kawannya itu terpinga-pinga. Tiba di hadapan pintu Bulat menjeling Ninit dengan sombong, tetapi anak kucing itu hanya tersenyum sahaja walaupun Bulat merenungnya dengan benci.

diselubungi perasaan angkuh , marah dan benci, Bulat menolak pintu. Dia menjengah ke dalam rumah agam itu. tetiba seribu ekor kucing bermuka garang menyergah Bulat.



Bulat geram dan marah apabila disergah. Tanpa berfikir panjang dia menyergah balik kucing itu sambil tangannya menampar-nampar ke udara seperti mahu mencakar lawannya.

Sesungguhnya Bulat tidak menduga semua perbuatannya itu dibalas balik seribu kucing dirumah agam itu. Apabila dia marah ke semua kucing itu akan memarahinya semula. 

Kemudian Bulat mengejek kucing sombong yang berada disekelilingnya. Ejekan itu di balas pula dengan tindakan yang sama. Benci melihat kucing-kucing yang sombong itu , Bulat terus berlalu. Sewaktu menuruni anak-anak tangga dia berazam tidak akan kembali ke rumah agam itu.

" Hai Bulat!" Ninit menyapa Bulat dari bawah pokok pelam di tepi jalan.

Bulat terkejut melihat Ninit masih boleh tersenyum dan menegurnya walaupun sebentar tadi dimaki hamun dan diherdiknya. Dia melihat tidak ada perubahan langsung pada riak muka kawannya itu. Malah bergurau dan tersenyum. Dia berjalan ke bawah pokok pelam mendapatkan Ninit. Muka Bulat masam dan berkerut-kerut.

" Aku pelik lah tengok kau , dah masuk ke dalam rumah agam yang dahsyat tu kau masih lagi boleh tersenyum, " Bulat mula bersuara.

" Rumah dahsyat? Apa yang kau cakap ini , Bulat? Bagi aku itu lah rumah yang paling hebat pernah aku masuk. Semua kucing yang ada di dalam rumah agam itu menyambut aku dengan senyum manis, " kata Ninit.

Tercenggang Bulat mendengar cerita Ninit, jauh berbeza daripada pengalamannya. Baginya berada di dalam rumah agam itu cukup menggerunkan dan menakutkan lagi. Semua kucing di dalam rumah agam itu merenungnya dengan muka masam dan marah.

" Bulat ... kucing-kucing yang kau nampak itu adalah diri kau sendiri. Kalau kau masuk kedalam rumah itu dengan wajah yang masam dan marah , dinding rumah bercermin itu akan memantulkan semula wajah kau semula." terang Ninit.

Bulat terdiam mendengar nasihat kawannya itu dan dia tidak pernah terfikir bahawa kucing-kucing itu adalah dirinya sendiri.

" patutlah muka kucing - kucing itu semua serupa muka aku, " kata Bulat dengan perasaan malu.


Pengajaran melalui cerita tersebut :

Begitu lah hidup ini. semua muka yang kita lihat setiap hari adalah cermin diri kita. Kalau kita murah dengan SENYUMAN , orang lain pun akan sentiasa senyum pada kita. sama juga halnya kalau kita sentiasa bermasam muka dan sombong dengan orang kita temui. orang lain pula akan melakukan perkara yang sama kepada kita.

Jadi , Senyum lah senyum lah senyum la selalu walau apa jua keadaan ...

SENYUMAN itu adalah separuh daripada IMAN


sekian. terima kasih.....

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign