UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

12 Januari 2017

BIDARA RUKYAH RAHSIA POHON

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Bidara Ruqyah Rahsia Pohon 

1. Bidara atau Sidr mempunyai khasiat ANTIBAKTERIA yang tinggi dapat membanti pesakit yang menderita oleh Ekzema , gatal - gatal dan ruam pada kulit.

2. Bidara juga Telah terbukti untuk membantu merawat masalah rohani seperti Jin, Sihir, Saka dan santau.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

Sekian.
Terima kasih.







11 Januari 2017

PENGAT UBI KELEDEK

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Pengat keledek buat minum petang...
.
.

Ubi keledek : 2 biji
Santan kelapa : 1 biji
Air : 400ml
Gula merah : 1/2 cawan
Gula pasir : 2 sudu besar
Garam : 1/2 camca
Tepung gandum : 1 sudu besar ( mix bersama air , buat kan mcm cucur )
Daun pandan : 2 helai ( simpulkan )

Cara:

Kupas kulit ubi keledek dan potong dadu ( sederhana besarnya )
Pastu empuk kan ubi keledek untuk berberapa minit dan tos kan dari airnya.
Masukkan gula merah , gula pasir dan DAUN pandan bersama air 400ml sampai mendidih.
Kemudian masukkan ubi keledek yg Telah direbus tadi dan santan se Kali.
Didihkan semua bahan-bahan. 
Masukkan tepung gandum yg telah dimix kan tadi ke dalam pengat tadi.
Setelah siap Boleh Lah dihidangkan untuk seisi KELUARGA..

Selamat mencuba...
.
.

#UmmiAdrianaBeauty
#fiza0173245640


10 Januari 2017

RAMUAN DALAM JUS MUTIARA KASEH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

RAMUAN DALAM JUS MUTIARA KASEH :




Kurma (Dates)

Sarat dengan serat yang tinggi, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan lain-lain) , asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan. 

Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi S.A.W. berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."

Habbatus-sauda-blackseed

Habbatus Sauda atau Jintan Hitam (Black Seed ) mengandungi pelbagai komposisi kimia yang terdiri daripada crytalline nigellone, 15 asid amino, alkaloid, saponin, protein, karbohidrat, yang mana ianya mineral penting yang membantu mengekalkan kesihatan pernafasan, perut dan kesihatan usus, buah pinggang dan fungsi hati, peredaran darah dan sistem imun sokongan, dan untuk kesihatan keseluruhan badan. 

Dari Abu Hurairah R.A., Nabi s.a.w. berkata, "Habatus Sauda adalah ubat bagi setiap penyakit kecuali Al Saam (kematianASLI

Madu (Honey)

Mengandungi kualiti nutrisi dan ubat-ubatan yang tinggi dengan anti-oksida, anti-jangkitan dan anti-bakteria yang telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit usus, luka-luka kulit dan batuk. 

Sabda Nabi S.A.W., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." 

Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.

Delima

Delima (Pomegranate) adalah salah satu buah yang paling padat nutrien untuk kesihatan yang baik secara keseluruhan. Anti-oksida yang kuat sebatian fitonutrien di dalamnya bukan sahaja amat baik untuk jantung dan saluran darah, tetapi juga telah terbukti untuk menghalang pelbagai pelbagai sel-sel kanser. 

Dari Ibn 'Adiyy Al-Kaamil, Nabi SAW bersabda: "Tidak ada benih tunggal delima yang memasuki perut seseorang kecuali ia menerangi hatinya dan menangkis bisikan syaitan selama 40 hari."

Dengan Gabungan Herba-herba Asli seperti KACIP FATIMAH~AKAR SERAPAT~MANJAKANI~SIREH~TEMULAWAK~PEGAGA~SERBUK MUTIARA~CABAI PINTAL~CUCUR ATAP ~BAWANG PUTIH DAN 15 jenis Herba terpilih .


Kesimpulan nya Tidak Hairanlah Mengapa JUS MUTIRA KASEH Sangat Berkhasiat dan Berkesan Untuk Merawat Masalah Kewanitaan Anda....
HALAL & ASLI

.
.

#UmmiAdrianaBeauty
#fiza0173245640

Semoga JMK memberikan manfaat buat anda ( WANITA )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.







9 Januari 2017

SOTONG MASAK KICAP

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Resepi sotong masak kicap dan nasi bubur untuk berbuka nanti.

Simple jer ... Malas Pulak nak memasak banyak ... Hiihihihihi


SOTONG MASAK KICAP:

Sotong - 3 ekor ( potong bulat-bulat jer )

Bawang merah besar : 1 biji ( potong mayang )

Bawang putih : 5 Ulas ( dihiris )

Halia : 1/4 " ( dihiris )

Cili besar merah : 1 biji ( dihiris )

Kicap : 5 sudu 

Minyak masak : 2 sudu

Selamat mencuba resepi tu..


Semoga resepi memberikan manfaat buat anda.

Sekian.
Terima kasih.














ALLAH YANG MAHA PEMURAH ( AR RAUF

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



" Dan kalau bukan kerana kurniaan Allah dan RahmatNya kepadamu ( nescaya kamu akan ditimpa azab yang besar ). sesungguhnya , Allha Maha Penyantun , lagi Maha Penyayang. "

( Surah al-Nur , 24:20 )

Allah swt mempunyai nama Ar Rauf sertinya , hanya Dia yang Maha Lemah Lembut terhadap hamba-hambanya yang beriman. Dia -Lah yang menjaga pendengaran , penglihatan , pergerakkan dan diam mereka dalam bertauhid dan taat kepada-Nya. ini lah kesempurnaan kasih sayang terhadap orang-orang yang benar.

selain itu, Ar Rauf juga mengandungi maksud Maha Lemah Lembut terhadap orang-orang yang derhaka kepada-NYa. Dia akan membukakan kesempatan bagi mereka untuk bertaubat selama mana nyawa belum terlepas daripada kerongkongnya atau sebelum terbitnya matahari daripada sebelah barat.

seorang muslim yang mengesakan Allah dengan nama ini , hatinya penuh dengan belas kasihan terhadap sesama muslim secara umum dan khusus. Namun belas kasihan ini ditempatkan pada tempatnyua kerana dia merupakan salah satu akhlak terpuji serta sifat yang agung walaupun kadang kala bersikap keras dan tegas itu bermanfaat pada sebahagian keadaan, ( seperti yang dilakukan dalam hukum had , serta memerangi orang-orang yang berbuat kerosakan dan aniayayang mana pada masa itu nasihat dan berlemah lembut tidak berlaku dan tidak bermanfaat bagi mereka. )
( Dr. Mahmud Abdurrazak Al - Ridwani , Ad-Du'au bi'l Asmai'l Husna , 2005 M:104 )

petikan Doa Asmaul Husna yang bermaksud : ( iaitu doa Ibnu Mas'ud )

" Maha Suci Engkau yang tiada Tuhan selain Engkau , ampunilah dosa-dosa ku m permudahkan urusan-urusan ku , kerana sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mengampuni dosa daripada hamba yang Engkau kehendaki, Engkaulah Maha Pengampun dan Maha Pemurah. Wahai Zat yang Maha Pengampun ampunilah aku, Wahai Zat yang menerima taubat berikanlah taubat untukku , Wahai Zat yang Maha Pemurah kasihilah aku , Wahai Zat yang Maha Pemberi Maaf, berikanlah kemaafan kepadaku , Wahai Zat yang Maha Pemurah , kasihanilah aku. " 
( Al-Mujamul Kabir , Juz 10:57 ).


Semoga Asmaul husna Ar Rauf memberikan manfaat buat anda semua.

Sekian.
Terima kasih.

RUJUKAN :

AL HARAMAIN TAFSIR AYAT-AYAT PILIHAN , KARYA BESTARI SDN. BHD.



ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign