UMMI ADRIANA: Apa itu KETAGIHAN INTERNET????

FAIZABUNYAMIN TABUNG

1 Jun 2015

Apa itu KETAGIHAN INTERNET????

Assalammualaikum dan salam sejahtera...



Adakah Anda " KETAGIH INTERNET"?....





Aplikasi Internet yang boleh diakses melalui pelbagai media memburukkan masalah ketagihan internet di dalam masyarakat, khususnya generasi muda. Namun ada cara untuk anda menangani ketagihan ini.


Apakah maksudnya???


Ketagihan Internet atau ketagihan komputer meliputi beberapa masalah kesukaran mengawal pelbagai aktiviti. Antaranya;


  1. ketagihan Seks siber - kerap melayari pornografi dalam internet , ruang sembang orang dewasa atau laman lakonan fantasi dewasa.
  2. ketagihan hubungan siber - ketagih menggunakan laman sosial , ruang sembang dan menghantar mesej secara maya sehingga rakan maya lebih penting daripada hubungan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan di sekeliling.
  3. kemaruk untuk menggunakan internet - umpamanya untuk bermain berjudi atau membeli belah secara online sehingga menimbulkan masalah kewangan dan berkaitan kerja atau sekolah.
  4. Terlampau banyak maklumat - dorongan kuat untuk melayari internet atau membuat penyelididikan secara online sehingga menjejaskan produktiviti keran dan mengurangkan interaksi sosial dengan keluarga dan kawan-kawan.
  5. ketagihan komputer - kegilaan bermain permainan komputer seperti SOLITAIRE atau MINESWEEPER , atau minat melampau memprogram komputer.



Apakah Tanda dan simptom ketagihan Internet???



Tanda dan simptom :


Setiap orang menunjukkan cara dan simptom ketagihan internet yang berbeza. Berikut adalah beberapa tanda bahawa cara penggunaan internet anda mungkin bermasalah.


  1. Tidak sedar masa berlalu ketika melayari internet 
  2. sukar menyiapkan kerja di sekolah atau di rumah.
  3. terasing daripada keluarga dan rakan-rakan.
  4. berasa bersalah atau perlu mempertahankan penggunaan internet anda.
  5. berasa teramat gembira apabila melakukan aktiviti dalam talian.







Apabila digunakan dengan bertanggungjawab , internet adalah satu ruang yang bagus untuk berinteraksi , bertemu orang baru, malah menjalin hubungan istimewa. Hubungan dalam internet lebih mendalam kerana ia berdasarkan fantasi , bukan realiti. Namun sedarlah bahawa hampir 50 peratus orang menipu mengenai umur , berat badan , pekerjaan , status perkahwinan dan jantina mereka dalam talian. Pertemuan sebenar mungkin mengecewakan anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign