Sejak akhir-akhir ni , cuaca selalu tidak mengizinkan pergi ke mana-mana. Jadi duduk di dalam rumah sahaja. Apabila ada di dalam rumah ini , macam-macam perut ini hendak makan. Asik lapar sahaja ... Apa lagi fiza pun tengok lah apa yang ada di dalam almari kabinet ini. Ada tepung , minyak masak , telur dan lain-lain
Ok semua bahan semua dah ada fiza pun mulakan kerja fiza membuat kek simple jer.
Ni lah , rupa kek hijau fiza berkukus
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
2 sudu besar susu pekat ( mix kan ngan 1/2 cawan air masak )
Pewarna hijau
Perasa vanilla
Telur 3 biji saiz B
1 buah Tamar
2 keping biskut cracker
Cara membuatnya :
Masukkan Minyak masak , telur , gula , vanilla , pewarna hijau , Tamar , biskut ke dalam blender. Blend sampai sebati adunan nya tu.
Kemudian tuang kan keatas tepung tadi... Adunkan ngan senduk sehingga sebati.
.
Kukuskan ke dalam pengukus yg sedang mendidih airnya..
Kukus sehingga masak.. Dalam 45 minit.
.
Ok tu jer.
Selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...