UMMI ADRIANA: KUASA MENCANTIKKAN DENGAN BUAH DELIMA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

3 November 2017

KUASA MENCANTIKKAN DENGAN BUAH DELIMA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Kuasa Mencantikkan dengan Buah Delima





Buah delima yang dipanggil sebagai "buah kehidupan" adalah terkenal berikutan kemanisan dan kemasaman biji-bijinya yang padat dengan antioksidan berkuasa serta zat-zat makanan penting yang lain seperti vitamin, mineral dan fitonutrien. Namun, buah eksotik ini mempunyai manfaat yang lebih banyak lagi.

Tahukah anda bahawa buah delima digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk mencantikkan kulit dan rambut kita?

Sekarang, mari kita tinjau bagaimana "ketulan-ketulan zamrud merah" ini melakukan keajaibannya kepada kulit dan rambut kita.



1.Kekal Cantik Berseri!

Buah delima bukan sahaja menyerlahkan kulit yang sihat lagi muda, malahan turut disarankan oleh pakar-pakar kecantikan. Ciri-cirinya yang kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan, fitonutrien dan sebagainya membantu untuk mencegah kerosakan oksidatif terhadap sel-sel dan tisu-tisu serta meningkatkan pengeluaran kolagen. Kolagen adalah salah satu “bahan-bahan” utama untuk kulit yang licin dan berseri pada muka dan badan kita.




2.Selamat Tinggal Kulit Berminyak & Bercela

Kulit berbintik-bintik, berjerawat dan celaan… amatlah memalukan! Tidak perlu dikatakan lagi, jerawat dan kecelaan boleh mengurangkan ketrampilan dan keyakinan kita. Buah delima membantu untuk menjauhkan kemudaratan ini dengan merawat jerawat berserta antioksidan-antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin A, zink dan zat besi yang membentuk halangan perlindungan daripada kerosakan oksidatif lantas membantu  menjadikan kulit anda lebih bersih dan cantik. Ia juga mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan agar kulit anda terhidrat tanpa kelihatan berminyak atau kusam.



3.Menyerlahkan Keserian & Keremajaan

Kekal berseri! Kekal anggun! Ciri-ciri anti-penuaan buah delima telah diketahui sejak zaman purba kala lagi untuk melindungi kulit kita daripada kerosakan seiring masa seperti bintik-bintik penuaan, bintik-bintik gelap, kerutan dan kecacatan kulit yang menakutkan. Ia juga merangsang pembaharuan dan melindungi kulit daripada pengaruh alam sekitar. Lebih baik lagi, buah yang mempunyai sifat-sifat meremajakan kulit ini sering disebut-sebut dan terbukti dapat meningkatkan keanjalan, kegebuan dan menyuburkan kulit agar kulit tampil licin secara menyeluruh.




4.Menghidrat dan Melembapkan Kulit 

Bahan-bahan kimia keras yang terdapat pada kebanyakan produk penjagaan kulit dan mengosok atau membersihkan kulit secara berlebihan boleh menyingkirkan lembapan penting yang diperlukan untuk kulit yang berseri. Buah delima dengan ciri-ciri kelembapan ultra melegakan dan menyamankan kulit yang kering serta membantu mengurangkan tanda-tanda keletihan dan merehatkan wajah. Ia juga mengunci  lembapan dan memberikan keserian agar kulit yang terhidrat dan lebih bercahaya dengan serta-merta.




5.Rahsia Rambut Menawan

Buah delima bukan sahaja berfungsi dengan cemerlang untuk kulit kita tetapi juga rambut kita. Antioksidan-antioksidan yang unggul dalam buah delima menjauhkan  serangan dan radikal bebas serta menghalang kulit kepala dan folikel rambut kita daripada kerosakan oksidatif. Dengan itu, ia juga mengurangkan keguguran rambut, rambut beruban pra matang dan penipisan rambut. Buah delima juga  melindungi sinar, kilauan, keanggunan rambut dan menyuburkan folikel rambut untuk rambut yang pastinya dicemburui Rapunzel.

Demikianlah kehebatan buah delima!


Diadaptasi daripada:
https://goodhealthall.com/beauty-benefits-of-pomegranates/
http://stylesatlife.com/articles/pomegranate-benefits/

Gambar daripada internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign