UMMI ADRIANA: CERITAKU

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label CERITAKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERITAKU. Papar semua catatan

3 Julai 2016

DI HARI KELAHIRANKU DI PENGHUJUNG RAMADHAN 1437H

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Terima kasih Ya Allah , saya masih bernafas di Bulan baik ini Ramadhan , 27 ramadhan 1437h akan meninggalkan kita semua dalam beberapa hari lagi ( 3 hari lagi ) menyambut hari lebaran Aidilfitri....

Pada hari ini juga saya menyambut hari ulang tahun kelahiran ke 35, 3 Julai 2016 Ahad, sudah tua rupanya saya ini. Semoga Allah swt memberkati usiaku , dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang... ya Allah tutupkanlah mata-mata kejahatan dari manusia yang kejam lagi berhati jahat dan hasad dengki. Pulihkanlah kami sekeluarga penyakit misteri ... Sembuhkanlah Ya Allah dengan izinMu , Ya Allah...





Ini Lah sumber inspirasi saya selama 35 tahun...
Jika mak Senah x ada Kat umah cik Saniah Tohid yang mengambil tempat sementara menjaga Ku  ketika mak Senah dok labour room melahirkan adik2 Ku di hospital..  Sayang kamu berdua dunia akhirat...

#harikelahiranku
#3julai
#nostalgia


       
Setiap tahun hari kelahiran wajib dapat SMS ni daripada dato seri mohamad hj hassan.... Terima kasih Dato Seri...







Di kesempatan ini juga , saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat pengunjung blog ini tak Kira para blogger dan rakan - rakan di Alam Maya ini.


Video TNB






EKSKLUSIF: Astro Raya Plush Toy Pat, Mang & Las Comel Istimewa Hanya Untuk Raya 2016 Ini!



20 Jun 2016

MEMBUAT PEMERIKSAAN SETERUSNYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Salam Ramadhan ke 15,

Berdebar-debar rasa hati ini... Sejak pemeriksaan colposcopy dan biopsy untuk kesihatan dalaman pada Bulan Mei, 10, 2016 , selasa , 9:00 am di Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan ( HTJ ). Hati ini tidak pernah berputus-putus berdoa pada Allah swt memberikan jawaban yang sebaik-baiknya. Harap semua baik-baik sahaja.

Appointment bersama doktor pada esok ( 21.06.2016 , Selasa , 8:30am )







Doakan saya semoga sihat-sihat selalu.

Sekian.
Terima kasih

17 Jun 2016

RINDUNYA PADA SAAT ZAMAN KANAK-KANAK BERHARI RAYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...


Semakin hari semakin dekat untuk menyambut hari raya. Hari ini sudah 12 Ramadhan. Tidak lama lagi  keluar pula lagu - lagu raya.



Terkenangkan zaman kanak-kanak yang sangat gembira di malam raya. Bermain bunga api , memasang pelita disekeliling laman rumah Atok dan nenek. Atok kacau dodol.. Nenek , mak , makcik- makcik sibuk Kat dapur buat rendang ayam dan daging , ketupat dan macam macam lagi. Rindunya... Meriah sungguh... 

Lagi satu, masa dahulu rajin menghantar kad-kad raya sebagai pengganti diri sama ada di luar negara mahupun di dalam negeri. Berkeping-keping abang posmen menghantar ke rumah untuk tatapan seisi KELUARGA tercinta mahupun rakan taulan. Boleh sahaja digantung diruang tamu.

Sekarang ini, semuanya berdigital atau pun WhatsApp application yang sedang hangat digunakan. Media social seperti Facebook , twitter, instgram, dan lain-lain juga memainkan peranannya untuk mengucapkan selamat hari raya.








MAGGI CAWAN UNTUK BERSAHUR

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Pagi tadi terlewat bangun sahur dalam pukul 5:00  pagi... Sebabnya malam tadi tidak Boleh melelapkan mata. Jadi , saya pun masak air panas dan amik 2 cawan Maggi cawan untuk kami berdua.


Itu yang mampu saya buat untuk bersahur bersama cik Suami serta amik 3 biji buah Tamar untuk memberikan tenaga sepanjang hari.

Tidak kisah Lah APA perasanya Maggi tersebut. Janji saya dan cik Suami ALAS PERUT 






13 Jun 2016

PANTUN JAWA MENYAMBUT RAMADHAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu


Image dari Mr Google


Bocah cilik mangan sego,
Sego dipangan karo gulo,
Wes suwi orak ngomong Jowo,
Dino poso ki njalok ngapuro...

Nyimpan jenang nang jero tin,
Ngesok arek digowo mareng suro,
Keluputan kulo lahir batin,
Salah silap njlok dingapuro...

Buko poso lawuh'e gereh,
Njegor sunge dicaplok boyo,
Keluputanku sing akeh-akeh,
Kito 0 - 0 lah yo...

Selamat Menyambut Ramadhan

Pantun Jawa dr famili saya ....
Saya adalah seorang dari KETURUNAN JAWA tapi lum pandai bercakap Jawa...

#pantun





10 Jun 2016

MAHUKAN ABINYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Setiap kali pagi waktu abi pergi kerja. Sebaik sahaja bangun dari tidur, Alya mesti tanyakan soalan ini setiap hari :


" Ummi, mana abi?"

" Abi, sudah pergi kerja ... Alya.."

" Ok..."

" Abang Darwish dan Alya kan ada Ummi apabila abi pergi kerja.. Ummi selalu ada sama bersama kamu berdua. Ummi jaga anak-anak abi."

" Baik Ummi... "

Lalu mereka memeluk dan mencium umminya dengan penuh kasih sayangnya.




Tepat jam 6petang setiap hari, Abang Darwish dan Alya sudah berebut tunggu depan pintu. Tunggu Abinya berikan salam. Abang Darwish dan Alya terus memeluk abinya.


Selepas itu, Abang Darwish minta makan me sup, " abi nak mee sup...?"


Abi menjawab, " Kita makan nasi ye?"

Abang Darwish mengangguk, " Baik , abi."


Anak-anak sudah semestinya menarik perhatian Abinya selepas waktu habis kerja. Walaupun abinya masih kepenatan bekerja.



TERDENGAR SUARA ITU MEMANGGIL

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Kisah sebelum bangun dari tidur untuk bersahur pagi tadi. Terdengar suara yang memanggil yang cukup kenal di dalam tidurku tadi.

" Along..." , suara itu memanggilku.

" Bangunlah... Waktu dah nak abis ni!"

Saya masih lagi berlingkar di atas katil masa itu. 

Macam-macam bunyi di dapur. Bunyi siulan air masak mendidih. Bunyi lagaan senduk dan kuali. Ketukkan lesung batu. Bau aroma menumis bahan-bahan. Semuanya ada. Tidak menahan untuk mendengarnya. Kalau Boleh satu blok tahu suara itu. Semuanya nak dikejutkan. 





Lantas saya pun bangun dari tidur. Bangun tengok sekeliling dalam bilik. Gelapnya. Tengok anak-anak masih tidur. Rupa-rupanya saya bermimpi. Suara yang memanggil itu datang dari Mimpi. Aduh... Rindunya suara itu. Rasanya nak saja balik ke rumah mak yang sedang memanggil dari kejauhan yang berpuluh-puluh kilometer dari sini. Walaupun hanya dalam mimpi.


TIP
Sekian.
Terima kasih.



19 Mei 2016

RINDUKAN SAAT ITU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Apabila duduk membelek foto-foto tersebut .. Sekejap sahaja masa berlalu tanpa disedari. 9 bulan 10 hari menunggu Saat kelahiran cahayamata keluar dari pintu Rahim si ibunya. Cepat benar masa berlaku..





Sampaikan ada seorang cukup cemburu asyik mendokong, membelai , memanjakan anak-anak tetapi mereka tidak tahu apa yang dimaksudkan berkasih sayang bersama anak-anak kecik. Nak nak Anak - Anak yang sedang menyusui susu badan.

Ada yang menegur ketika itu, 
" Napa tidak memberikan susu botol sahaja?" 

Tergamam sekali apabila mendengar teguran tersebut dari wanita yang belum berkahwin. Saat itu , terpalit rasa kecik hati sangat. Tapi sesi penyusuan susu Ibu tetap diteruskan seperti biasa. Malas nak fikirkan cakap-cakap negatif tersebut. Bagiku tugas tersebut belum selesai sehingga usianya mencecah dua tahun atau mana yang dahulu.



Anak-anak kecil ini lebih selamat dalam dakapan ibunya. Rasa aman , tidurnya diperhatikan oleh ibunya di sisinya. 


" Ummi , meh adik ikat rambut Ummi ye."

" Ok Sayang... Terima kasih."



" Ummi, adik sayang kan Ummi selalu.."

" Terima kasih sayang, Ummi pun sayangkan adik juga."



Wahai anak-anak Ummi, Ummi rindukan kamu berdua. Yang Ummi tidak dapat dilupakan Saat melahirkan kamu berdua. Menggigil seluruh tubuh badan Ummi menahan sakit tersebut selepas mendengar tangisan kamu berdua hilang semua sakit itu. Semua itu ada hikmahnya disebaliknya. Dosa-dosa Ummi terhapus  begitu sekali. Ummi dapat HADIAH itu dari ALLAH untuk menjaga kamu sehingga dewasa kelak.

Ummi sayang kan kamu berdua , Abam dan Adik.
Begitu juga Abi sayang kan kamu juga...




11 Mei 2016

MEMBUAT UJIAN PAP SMEAR COLPOSCOPY DAN BIOPSI KE ATAS DIRI SENDIRI AKHIRNYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Pada Mac 2016 , saya telah membuat satu ujian pap smear. Masuk ini hampir 3 Kali membuat pap smear, sungguh ngilu rasanya pada ketika itu. Ala yang macam muncung itik tu. Tapi tidak mengapa Lah , saya buat ujian pap smear itu untuk mengetahui keadaan dalaman saya.

Saya pun ingin mengetahui bagaimana penyakit kanser pangkal Rahim. Akhirnya saya sudah mengalaminya sendiri. Dan semalam saya bertemu dengan doktor pakar di hospital Seremban untuk membuat follow up selepas buat pap smear bulan Mac 2016. Ini Lah pengalaman saya semalam.




Alatan untuk buat pap smear


Kanser Pangkal Rahim (Serviks)

Apa dia pangkal rahim?

Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.

Apakah jenis kanser pangkal rahim?

Keabnormalan sel pangkal rahim sebelum menjadi kanser

 Atypia - merujuk kepada sedikit perubahan pada sel. Boleh dikesan melalui ujian pap smear. Perubahan pada sel ini mungkin menjadi bertambah teruk atau pulih seperti biasa. Jika keputusan ujian pap smear menunjukkan perubahan atipikal, wanita itu akan dinasihatkan supaya mengulangi ujian "pap smear" dalam masa enam bulan lagi untuk melihat samada perubahan sel atipikal tiada.

 Dysplasia - sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).

Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu

 Squamous cell carcinoma
    Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

 Adenocarcinoma.
    Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Apa faktor risiko kanser pangkal rahim?

Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:

    Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) - faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.

    Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim.

    Herpes - wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim.

    Ubatan - anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim.

    Merokok - meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.

Apakah gejala kanser pangkal rahim?

Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain. Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:


  •     Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
  •     Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
  •     Pendarahan selepas putus haid
  •     Sakit semasa hubungan seksual
  •     Penambahan lelehan dari faraj


Jika anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor dengan segera.

Bagaimana anda diagnosakan kanser pangkal rahim?

    Ujian pap
    Dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim sebelum barah terbentuk. Contoh sel dari permukaan pangkal rahim dihantar untuk analisa patologi di bawah mikroskop. Keputusan selalunya boleh diperolehi dalam masa seminggu selepas ujian. Doktor akan memasukkan sejenis alat iaitu spekulum ke dalam faraj di mana ia membuka ruang faraj bagi membolehkan pangkal rahim dilihat. Doktor akan menggunakan alat seperti spatula untuk mengambil sel dari pangkal rahim. Wanita disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua tahun.

    Colposcopy
    Doktor mungkin melakukan prosedur colposcopy untuk memeriksa kawasan pangkal rahim yang luar biasa. Alat khas yang dipanggil colposcopy (alat membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop) digunakan. Ia memberikan cahaya serta pembesaran imej tisu faraj dan pangkal rahim. Colposcopy adalah selamat digunakan pada wanita yang hamil. Walau bagaimanapun pesakit perlu memberitahu doktor jika dia berkemungkinan hamil kerana pesakit ini mungkin memerlukan rawatan yang berlainan.

COLPOSCOPY

Biopsi

    Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya dengan cara diagnosa dapat dibuat dengan tepat. Semasa prosedur, doktor mengambil sedikit sampel tisu dan dihantar ke makmal untuk analisa.

Alatan untuk Biopsi


    Cystoscopy dan proctosigmoidoscopy
    Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.

    Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT)
    Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X
    Magnetic Resonance Imaging
    Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap

Apakah rawatan untuk kanser pangkal rahim?

Rawatan untuk dysplasia.

Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.

Rawatan untuk barah pangkal rahim.

Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.

    Pembedahan
    Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:
        Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim

        LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.

        Hysterectomy - pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.

    Radioterapi
    Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.

    Kimoterapi
    Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah. Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.

 Rawatan paliatif
    Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.

Vaksin HPV (Human Papillomavirus)

Vaksin ini boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Ada 2 jenis vaksin pada masa ini, iaitu Gardasil dan Cervarix. Vaksin ini menghalang seseorang wanita itu dari dijangkiti kuman HPV isitu penyebab utama kanser pangkal rahim. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berkesan untuk wanita yang telah dijangkiti virus ini. Sebaiknya vaksin ini di beri ke wanita remaja dari umur 13 tahun atau wanita yang belum pernah mengadakan hubungan seks. Ia kurang berkesan untuk wanita yang berumur lebuh dari 26 tahun.



Semoga ia memberikan manfaat buat anda.

Maafkan saya sekiranya kisah ini membuatkan anda berasa hati tapi saya berkongsikan pengalaman ujian colposcopy dan biopsi dan juga pap smear kerana ia sungguh penting untuk penjagaan Rahim kita buat selama ini. Saya sudah lama menyimpan rasa simpati ke atas diri saya selama ini.

Sekian.
Terima kasih.


Sumber:

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA







27 Februari 2016

HAPPY ANNIVERSARY FAIZA



Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Hari ini , terimbau masa silam....
Teringat majlis pernikahan kami masa itu di surau al falah pulau sebang...


Aku terima nikahnya.....

Tepat jam 5petang 20.02.2009 Hari jumaat selepas solat Asar,  kami sudah jadi suami isteri yang sah berwalikan Bapa sebelah perempuan, Pak Akob....

Bergambar di atas pelamin anganku...

My lovely husband

Alhamdulilah sudah hampir SEMBILAN tahun usia kami ...

USIA perkenalan bukan masa yang singkat untuk mengenalinya... 

Bertahun lamanya untuk mengenali hati budinya...

Sayang kamu sselalu


Kini dia sudah ditakdirkan untuk bersama-sama...

Detik pertemuan itu sungguh Indah yang telah ditulis kan sejak azali lagi....

Namanya sungguh senonim buat Ku...
Seperti nama Ku... Ada sahaja yang terselit ejaannya.... FAIZA @ fiza @ faiz.... Nama itu adalah nama panggilan dari keluarga mentuaku

Terima kasih Ya Allah .... Aku adalah salah satu tulang RUSUKNYA yang begitu bengkok untuk diluruskan ... Aku belajar satu demi satu .... Sedikit demi sedikit... Aku ditakdirkan untuk DIA ...

Setelah sekian lama aku tetap ada bersama Dia... kau tercipta untukku...

Walaupun Hari demi Hari , bulan demi bulan , tahun demi tahun ... Pelbagai dugaan yang harus kami hadapi dengan Hati yang tabah dan kuat untuk itu... Allah bagi dugaan tersebut supaya kami ingat pada Nya.... Ingat akan tanggungjawab kami untuk dilalui bersama...

Tetapi ada hikmat disebaliknya... Allah maha mengetahui segala-galanya... Dia sudah tertulis dalam buku catatanNya...

HANYA ENGKAU SAHAJA YANG MEMAHAMI HATI KAMI BERDUA..... TUNJUKKANLAH JALAN YANG BENAR ITU... KAMI HARGAINYA , YA ALLAH...

Happy Anniversary 20.02.2009- 20.02.2016 ( 7 years )

Nice first meeting 27.02.2007-27.02.2016 (9years)

Lagu  sinomin dengan Ku : 
( banyak kenangan tu...hihiji)


Kenangan Terindah - Samson's ( 2007 ) 
Potret - Akim  ( 2015 ) 
Jagakan Dia Untukku - dato Siti Nurhaliza ( 2015 )


26 Februari 2016

HAPPY BELATED BIRTHDAY UNTUK DARWISH DAN ALYA

Assalammualaikum 
Salam sejahtera ...

Alhamdulilah...

Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....

Dalam bulan Februari 2016 untuk tahun ini ... Ramai pula yang sambut Hari ulang tahun kelahiran dan Hari ulang tahun perkahwinan...

Semoga dalam bulan Februari ini sentiasa di Rahmati dan Di berkati oleh Allah swt..

Dimurahkan rezeki.
Dilanjutkan USIA.
Sentiasa berbahagia selalu...



kek Hari jadi untuk Darwish dan Alya dari Ummi dan Abi..

Semoga sentiasa jadi anak yang soleh dan solehah..

Kek Hari jadi dari Para Guru Pasti Hari ini.

Anak-anak PASTI sentiasa Lah belajar bersungguh-sungguh untuk diri bangsa dan agama

Antara 3 orang anak-anak Pasti yang sambut birthday selain Darwish

Happy birthday buat RAYYAN MIKHAIL MOHAMMAD KHAIRUL ANUAR

PADA 25.02.2012-2016

Sekian.
Terima kasih.





23 Februari 2016

RINDU PADA RAUT WAJAHNYA


Assalammualaikum...

Salam sejahtera...

Alhamdulilah...



Tetiba rindukan raut wajah ini....

Sudah 24tahun umur adik bongsu ... Sekejap sahaja dia membesar dan mula hidup berdikari sendiri ... Sudah Ada pekerjaan tetap.....

Dia juga salah seorang kembar seiras ... Kembarnya adalah perempuan juga...

Cuba teka mana satu adik dan akak?

Dua kembar ini , sudah Ada kerjaya nya sendiri... Ikut program yang di amik masa di universiti ... Mereka berdua sukar dipisahkan.. Kalau sakit dua-dua sakit... Mereka berdua berkongsi hati yang sama....

Good luck both of you....







APABILA SUDAH TIADA GIGI GERAHAM BONGSU

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah....

Semalam cabut gigi geraham bongsu... Segala huruf konsonan disebut kurang jelas.... Kena repeat Semula ayat satu persatu itu supaya orang sekeliling lebih memahami apabila berkata-kata..

Aduhai... Jenuh saya nak repeat ayat itu... Sampaikan cik suami berkerut-kerut dahinya apa yang Cuba sampai....

Boleh saya guna gigi palsu???


Hihihi

 GIGI GERAHAM BONGSU
Ilustrasi Gigi Geraham bongsu


Kisah GIGI GERAHAM BONGSU

Ok Lah setakat ini saya dapat saya manfaatkan buat anda semua...






22 Februari 2016

DONE CABUT GIGI GERAHAM YANG TERAKHIR

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Selepas sahaja solat Zohor tadi... Bersiap-siap nak berjumpa dengan Doktor Gigi...
Sudah berhari-hari tangguh dan menanggung sakitnya untuk pergi mencabut Gigi geraham yang sudah berlubang... Sampaikan tak lena tidur ke pagi... Satu badan rasa sakit disebabkan sakit Gigi...

Akhirnya , dengan rela hati serah kan diri kepada DOKTOR GIGI untuk mencabutnya...




Tahan sahaja lah kena suntikan tersebut... Sudah 5kali mencabutnya sejak sekolah rendah lagi... Sudah biasa dengan suntikan tersebut...

Saya tengok gigi geraham tersebut sudah bernanah dan berlubang... ( maaf lah tak amik foto Gigi tu... Tidak mahu Ada dalam simpan dalam phone)... Jadi say GOOD BYE kepada Gigi tersebut...

Hilang Sudah sakit itu... Sekejap sahaja sakitnya...

Doktor Gigi bagi ubat untuk itu...




Malam ini boleh tidur Lena ye...

Kalau anda sakit Gigi lebih baik anda pergi berjumpa doktor Gigi... Daripada menahan sakitnya lebih baik dibuang atau dicabut... Kerana ia akan membuat seluruh tubuh merasai sakitnya... Tidak boleh membuat satu kerja pun...

( hihihihi.. )


Sekian.
Terima kasih...

18 Februari 2016

MINAT ABANG DARWISH

Assalammualaikum...

Salam sejahtera...

Alhamdulilah....
Semoga anda sentiasa sihat -sihat selalu

Hari ini, Abang Darwish menunjukkan hasil kerjanya dari sekolahnya...

Semakin hari semakin memberangsangkan tindakan Abang Darwish...


Melukis objek

" Ummi , look.... My cars.."
" Cantiknya ... Cars Abang Darwish "
" I love my cars.."



Menyurih Nombor

" Ummi , my number..."
" Pandainya abang Darwish ...."

Seronoknya melihat Abang Darwish melukis dan menulis huruf dan nombor di sekolah...

Terima kasih , para guru Tadika...

Sekian...



19 Januari 2016

BUKU PENGENALAN BUAT ALYA


Assalammualaikum...

Salam sejahtera....

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Sejak abang Darwish memasuki pra sekolah ... Alya pun sibuk hendak belajar juga...

" Ummi , Elsa "

Itulah setiap hari selepas beberapa minit " berpisah " dengan abang Darwish...


Abang Darwish 

Pada keesokan harinya abinya membeli beberapa jenis buku pengenalan untuk Alya....

" Wah book ... Cantik... "
Begitu teruja Alya menerima pemberian daripada abinya... Alya memang suka membaca ... Hobi terkini si Alya...

Banyak pembelajaran anak-anak kali ini untuk diketahui oleh mereka berdua.... Umminya dan abinya tengok sungguh gembira dan bangga...


12 Januari 2016

SEMOGA CEPAT SEMBUH SEJAK MASUK KELAS PASTI

Assalammualaikum ...
Salam sejahtera...
Alhamdulilah..
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Minggu orentasi kelas PASTI seminggu yang lepas bersama-sama rakan-rakannya dan para gurunya..... Ahmad Darwish Bunyamin sudah mengalami alam PRA sekolah di PASTI AS SOBIREEN.... Dia amat teruja apabila bermain-main bersama rakan-rakan barunya... Sampaikan Ummi dan abi dilupakan sekejap... Siap lambai tangan apabila menaiki kereta kancil milik Atok Din nya dan rakan-rakan menjemputnya..
Bermula Lah pula sesi jangkitan VIRUS DEMAM SELSEMA pada sabtu lepas ... Semalam dan hari ini AHMAD DARWISH BUNYAMIN tidak menghadirkan dirinya ke PASTI ASSOBIREEN... kerana demam selsema dan batuk... 
AHMAD DARWISH BUNYAMIN BUAT  PERTAMA KALINYA MEMASUKI ALAM PERSEKOLAHAN DAN BERALIH SERVIS PENJAGAAN UMMINYA DAN ABINYA KEPADA PARA GURUNYA... semoga Bunyamin sentiasa sabar dan belajar apa yang gurunya ajarkan buat bunyamin....


Hari pertama

Hari kedua ( hari ini tengah hendak sihat dari demam )


SEMOGA CEPAT SEMBUH AHMAD DARWISH BUNYAMIN ...
RAKAN-RAKAN DAN PARA GURU MU MENANTI KEHADIRAN MU...


Umi dan abi sentiasa ada di dalam hati ...

6 Januari 2016

AKTIVITI ALYA APABILA ABANG BUNYAMIN PERGI SEKOLAH


Assalammualaikum...

Aktiviti adik Alya apabila abang Bunyamin pergi sekolah

Semenjak dua hari persekolahan abang Bunyaminnya... Adik Alya sering kali bertanyakan abangnya... Walaupun adik hantarkan abangnya pergi sekolah....

" Ummi, abam..."

"Abam pergi sekolah..."

"Ummi..."

" tak per tengahari nanti abam balik..."

Adik Alya rindukan abam BUNYAMINNYA



4 Januari 2016

HARI BERSUAI KENAL PELAJAR PRA SEKOLAH PASTI AS-SOBIREEN

Assalammualaikum...
Salam sejahtera....

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda juga sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt walau dimana sahaja anda berada....

Selesai sahaja pendaftaran pelajar PRA sekolah PASTI minggu lepas...
Hari ini bermula sesi perkenalan para guru IBU bapa dan anak-anak di PASTI AS - SOBIREEN...

TADIKA PASTI AS SOBIREEN


tidak sangka Ada beberapa kelompok IBU bapa yang saya kenal ....



Macam-macam ragam anak-anak nak masuk ke pintu masuk tadika PASTI AS - SOBIREEN...

tidak mengapa itu hanya permulaan mereka yang baru memasukki tadika tersebut...

Ini dia salah seorang daripada anak murid TADIKA PASTI AS - SOBIREEN
AHMAD DARWISH BUNYAMIN

SEMOGA JADI ANAK DAN PELAJAR YANG BAIK-BAIK DAN SOLEH


Bagi IBU bapa yang ingin mendaftar anak-anak boleh menghubungi Ustaz Sabri atau umi adilah di foto di atas .... IBU bapa yang khususnya tinggal berdekatan TAMPIN , NEGERI SEMBILAN...

26 Disember 2015

TERIMA KASIH MAKSU YANNA DAN MAKSU YANTI

Assalammualaikum
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda dilindungi dan diberkati ALLAH swt ...walau dimana sahaja anda berada...

Kisah petang semalam... Maksu Yanna dan maksu Yanti ( maksu kembar )
Datang bawa hadiah istimewa buat abang Darwish... Sempena tidak lama lagi hendak masuk TADIKA PASTI minggu depan....




Sampai tidak mahu ditanggalkan masa tidurnya malam tadi ... Hanya ditanggalkan waktu mandi sahaja ... Selepas itu... Dipakai semula...

Aduhai Darwish...


Terima kasih maksu Yanna dan maksu Yanti berikan hadiah ...


Sekian.
Terima kasih...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign