UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

17 Disember 2015

BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT,TIDURLAH DENGAN TENANG

Assalammualaikum...
Dan salam sejahtera...

Alhamdulilah ..
Semoga anda semua sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga dilindungi dan diberkati oleh Allah swt dengan RAHMATNYA DAN RAHIMNYA.... Dimana sahaja anda berada...

***  " Mudah-mudahan  ALLAH SWT menyembuhkan segala rasa yang sakit ...
Sesungguhnya Dia Maha Pemurah kepada makhlukNya dan pasti akan memberikan kurniaNYA. " ***


Kepada setiap orang yang tidur tenang dalam REDHA ALLAH dan takdirNya dengan berbantalkan angin keras, bila-bila masa senjata dapat menyerangnya dan panah pun dapat menusuknya. Namun , dia tidak mengenal kesedihan dan matanya tidak pernah menitiskan air Mata. Ditujukan kepada setiap orang yang kehilangan anak-anak , kekasih, orang tua dan teman-teman. Ditujukan kepada setiap orang mukmin yang sedang mendapat ujian. Dan juga ditujukan kepada setiap orang yang mendapat cubaan. Semoga Allah mengagungkan dan melipatgandakan pahala, meninggikan darjat, serta menghilangkan segala kesedihan yang dihadapi.

Firman ALLAH SWT :


" Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. "  ( Surah Al -BAQARAH : AYAT 45 )

ALI R.A pernah berkata yang bermaksud :

" Kedudukan SABAR dalam IMAN sama halnya dengan kedudukan kepala dalam tubuh."


Mama berbahagialah dengan pahala akhirat di dalam syurga FIRDAUS dan tempat yang berada dekat di sisi TUHAN YANG MAHA ESA di SYURGA 'ADN dan di tempat yang sang at disenangi , sebagai ganjaran atas apa yang engkau perbuatkan. Selamat buat anda kerana telah memiliki IMAN dan KESABARAN serta percaya kepada pahala ALLAH swt. Kelak andalah orang beroleh kebahagiaan dan keberuntungan.

ALLAH SWT BERFIRMAN:




( SURAH AL BAQARAH : AYAT 155 )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT UNTUK ANDA.







ZIKIR DAN DOA SELEPAS SOLAT FARDHU

Assalammuaikum
Dan salam sejahtera ...

Alhamdulilah....
Semoga anda sihat-sihat selalu...
Semoga dilindungi dan diberkati oleh Allah swt di mana sahaja anda berada ...


ZIKIR DAN DOA SELEPAS SOLAT FARDHU:



DOA SELEPAS SOLAT







DOA DAN ZIKIR SELEPAS SOLAT FARDHU

Sekian.
Terima kasih.
 semoga ia memberi manfaat buat anda semua.

KUNCI-KUNCI UNTUK MERAIH KEJAYAAN

Assalammualaikum
Dan salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu..
Semoga dilindungi dan diberkati oleh Allah swt dengan RahmatNYA dan RAHIMNYA.... Dimana sahaja anda berada...


*** "  BERSABARLAH KAMU TERHADAP MUSIBAH YANG MENIMPAMU " ***


Segala apa yang tertutup mesti adanya KUNCINYA untuk membukanya....



Antara Kunci-kunci meraih KEJAYAAN:

1. kunci KEMULIAAN adalah TAAT kepada ALLAH swt dan RASULNYA.

2. kunci REZEKI adalah BERUSAHA disertai ISTIGHFAR dan KETAKWAAN.

3. kunci SYURGA adalah MENGESAKAN ALLAH swt (TAUHID).

4. kunci IMAN adalah merenung AYAT-AYAT Allah swt dan tanda-tanda yang ada pada makhluk-makhluknya.

5. kunci KEBAIKAN adalah KEJUJURAN.

6. kunci KEHIDUPAN HATI adalah merenung Al-Quran , berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.

7. kunci ILMU PENGETAHUAN adalah tidal malu bertanya dan mendengar dengan baik.

8. kunci KEMENANGAN dan KEJAYAAN adalah SABAR.

9. kunci KEBAHAGIAAN adalah TAKWA.

10. kunci BERTAMBAHNYA NIKMAT adalah BERSYUKUR.

11. kunci MENCINTAI AKHIRAT adalah ZUHUD terhadap DUNIAWI.

12. kunci AGAR PERMINTAAN DIKABULKAN oleh ALLAH swt adalah BERDOA.


*** " SENYUMAN SESEORANG IBARAT CAHAYA MATAHARI " ***

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT UNTUK ANDA.



DOA MENUTUP AIB

Assalammualaikum
Salam sejahtera ...

Alhamdulilah ...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.
Semoga dilindungi dan diberkati oleh Allah swt di mana sahaja anda berada....

DOA PENUTUP AIB:


Sekian.
Terima kasih.

Semoga ia memberi manfaat untuk anda semua. 



11 Disember 2015

PUTERI ANNA DAN RATU ELSA DALAM GENGGAMAN ALYA

Assaalammualaikum...
Salam sejahtera...
Alhamdulilah ...
Semuanya sihat-sihat sentiasa...
Cerita pagi tadi... Tempatnya GIANT... Bahagian alat permainan anak-anak...
Alya , " Abi, Elsa..."
Abi, " Adik Alya mahu ke?"
Alya menggangguk sahaja...
Alya minta satu lagi, " Abi, Anna..."
Abi hanya tersenyum dan tanya , " Lain kali kita beli , ye ?"
Alya diam sahaja tapi Alya mahukan lagi satu...
Abi pandang umminya pula... Minta cadangan.
Alya masih membelek-belek mainan Puteri Anna itu.

Alya jarang meminta sesuatu tanpa izin Abinya sebenarnya, Alya lebih suka beli makanan daripada mainannya...

Akhirnya Alya dapat juga Puteri Anna... Dan Ratu Elsa... Alya anggap Jangan pisahkan mereka berdua 
" mereka saling memerlukan antara berdua "

 Dapat Hadiah lagi daripada abinya...

Lepas sahaja membayarnya ... 

Di dalam kereta , Alya sungguh teruja dapat Ratu Elsa dan Puteri Anna... 

Siap menyanyi riang 
" LET IT GO ... LET IT GO..." 

Sekian. 
Terima kasih


ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign