UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

22 Januari 2016

20 AMALAN SENTIASA DILIMPAHI REZEKI HALAL DAN DIBERKATI

Assalammualaikum
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu


Amalkan 20 amalan ini sebagai salah satu cara supaya kita sentiasa dilimpahi rezeki yang halal dan diberkati.


1. Banyak beristighfar

Kita adalah hamba yang tidak lepas daripada melakukan dosa. Oleh itu sentiasalah beristighfar dan bertaubat kepada Yang Maha Esa. Bersungguh-sungguh mengakui dosa kita yang banyak di depan Allah kerana Allah sangat sayang kepada hamba-Nya yang banyak bertaubat dan beristighfar.


2. Rajin beribadah

Sentiasa utamakan Allah dalam setiap urusan kita. Rajin beribadah kepada Allah adalah salah satu cara kita sentiasa menyempatkan diri untuk sang Pencipta. Allah tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya.


3. Tinggalkan perbuatan berdosa

Jika kita beristighfar tetapi masih mengulang perbuatan dosa, takut-takut istighfar kita tidak diterima oleh Allah. Dosa akan membuatkan hati menjadi resah, malah akan menutup pintu rezeki. Oleh itu segera tinggalkan segala perbuatan yang berdosa.


4. Sentiasa mengingati Allah

Berbanyaklah mengingati Allah kerana ia akan membuatkan hati menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang yang beriman.


Doa Mohon Rezeki Halal



5. Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa

Dalam hadis riwayat dari Imam Ahmad, Nabi Muhammad SAW berpesan, agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahkan rezeki, hendaklah berbakti kepada ibu bapa dan menyambung tali kekeluargaan.


6. Memenuhi keinginan orang lain

Menunaikan dan memenuhi kehendak atau keinginan orang juga menjadi sebab Allah SWT melapangkan rezeki dengan cara tercapainya hajat atau keinginan kita sendiri.



7. Berbuat baik dan membantu orang yang dalam kesusahan

Ia termasuk menggembirakan dan membahagiakan orang tua, orang yang sakit, anak yatim, fakir miskin, isteri dan anak-anak yang masih kecil.


8. Banyak berselawat ke atas Nabi SAW

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dapat menghilangkan keresahan, kesedihan, kesukaran dan meluaskan rezeki dengan izin Allah SWT.


9. Berpagi-pagi

Rasulullah SAW pernah bersabda amalan berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaiknya selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


10. Buat kebajikan sebanyak-banyak yang boleh

Selagi kita masih bernafas di bumi Allah, cubalah buat kebajikan sebanyak yang boleh. Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk lain."



11. Menjalinkan silaturahim

Baginda SAW bersabda: "Barangsiapa ingin dilapangkan rezeki, dilambatkan ajal, maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)



12. Rajin bersedekah

Amalan bersedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membukakan pintu rezeki.



13. Sentiasa dalam keadaan berwuduk

Sentiasa biasakan diri dalam keadaan berwuduk kerana Nabi SAW ada bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan dari Sayidina Khalid al-Walid)



14. Bersolat malam (tahajud)

Membiasakan diri untuk bangun bersolat malam (tahajud)  kerana ia memberikan seribu kebaikan kepada yang rajin mengamalkannya.


15. Biasakan solat Dhuha

Solat Dhuha biasanya dilakukan di saat manusia sibuk dengan urusan dunia. Amalan ini mempunyai rahsia tersendiri yang luar biasa.


16. Amalkan berzikir dan bacaan ayat Al-Quran

Zikir daripada ayat-ayat al-Quran atau Asma'ul Husna selain dapat menenangkan hati manusia, malah dapat menjernihkan perasaan. Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibaca selalu.



17. Sentiasa bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, Ayat 7)



18. Berikhtiar

Rajinlah berikhtiar dan berusaha. Orang beriman tidak pernah jemu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dan diberkati.


19. Berdoa

Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah SWT. Kita wajib bergantung dan mengharap hanya kepada Allah supaya dikurniakan rezeki dan rahmat dari-Nya.



20. Bertawakal

Dengan bertawakal, seseorang itu akan dikurniakan rasa kaya oleh Allah SWT. Rasulullah SAW juga bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pada waktu pagi hari lapar namun petang hari ia telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

19 Januari 2016

BUKU PENGENALAN BUAT ALYA


Assalammualaikum...

Salam sejahtera....

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Sejak abang Darwish memasuki pra sekolah ... Alya pun sibuk hendak belajar juga...

" Ummi , Elsa "

Itulah setiap hari selepas beberapa minit " berpisah " dengan abang Darwish...


Abang Darwish 

Pada keesokan harinya abinya membeli beberapa jenis buku pengenalan untuk Alya....

" Wah book ... Cantik... "
Begitu teruja Alya menerima pemberian daripada abinya... Alya memang suka membaca ... Hobi terkini si Alya...

Banyak pembelajaran anak-anak kali ini untuk diketahui oleh mereka berdua.... Umminya dan abinya tengok sungguh gembira dan bangga...


AMALAN MEMBACA SURAH AT-TAUBAH

Assalammualaikum 

Salam sejahtera...


Alhamdullilah...

Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...


Amalkan membaca Surah at-Taubah ayat 128 dan 129. Baca sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah,

1) Segala kelemahan anda bertukar kepada kekuatan.
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan.
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan.
4) Terhindar dari dukacita.
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya


13 Januari 2016

DOA UNTUKNYA SENTIASA AMAN DAN BAHAGIA SELALU

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...

Mari kita sama-sama membaca DOA tersebut sama ada suami atau isteri

Dimulai:

Al Fatihah



Semoga ia memberikan manfaat buat anda

Sekian. 
Terima kasih...

12 Januari 2016

TIP BERKASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Assalammualaikum...


Antara tip atau petua sentiasa hubungan suami isteri aman dan bahagia.... Saya kongsi bersama Dari pengalaman orang-orang tua yang terdahulu....






1. Sentiasa kemas dan bersih.

2. Tunjuk wajah ceria dan manis walau isteri penat.

3. Elak sikap moody masam muka bila bersama suami.

4. Diam dengar suami bercakap, jangan menyampuk percakapannya.

5. Dengar respon dan layan perbualan suami walau topik isteri tidak minati.

6. Bercakap dengan nada yang lembut bukan dengan marah atau menengking.

7. Pabila suami marah hendaklah berdiam, jangan suka menjawab.

8. Jangan cepat merajuk pabila diusik suami.

9. Bergurau sendalah dengan suami tapi jangan melampau.

10.Jangan lengah dan cepatlah bertindak apabila suami berhajat sesuatu.

11.Dahulukan kehendak suami dari anak-anak.

12. Minta izin suami sebelum keluar rumah dan maklumkan dimana anda pergi supaya suami tidak risau.

13. Minta izin suami sebelum menggunakan harta suami bukannya selepas guna.

14. Jangan biar rumah selerak walau anda sesibuk mana pun.

15. Masak hidangan kegemaran suami.

16. Sediakan air minum suami tanpa tunggu diminta.

17. Sediakan apa yang dirasa barang keperluan suami dan jangan kecil hati jika tidak digunakan.

18. Jahit butang atau pakaian suami yang terkoyak segera, memberi petanda anda pandai mengurus suami.




19. Potong kuku suami apabila panjang pada hari isnin, khamis atau jumaat.

20. cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar rumah sebagai tanda cinta dan hormatinya.

21. Elakkan perbuatan yang menyusahkan suami seperti gaduh dengan jiran atau menambah hutang tanpa berbincang.

22. Hargai pemberian suami walau murah dan kecil, jangan tolak.

23. Jangan berat mulut menyatakan sayang pada suami, biar suami tahu anda mencintainya.

24. Penuhi dan layan keperluan batin suami, jangan tolak walau isteri penat atau membiar suami lama menunggu sehingga tertidur.

25. Saat suami masuk tidur segera ikutinya, Jangan biar suami tidur sendiri.

26. Minta maaf dengan ikhlas pada suami setiap hari walaupun isteri rasakan tidak perbuat kesalahan.

27. Jaga kehormatan diri dan jaga harta benda suami semasa ketiadaan suami.



P/S Isteri ikut petua di atas Aman rumahtangga. Insyaallah.


*** terima kasih juga buat mak dan ayah yang sentiasa memberikan nasihat yang baik untuk Ku sepanjang alam perkahwinan ini ....

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign