UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

1 April 2016

SARAPAN BIHUN GORENG LADA HITAM

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Selepas sahaja Solat. Saya bersiap-siap untuk menyediakan sarapan untuk seisi keluarga. Buatkan bihun goreng lada hitam. Ini adalah makanan kesukaan abang Darwish. Siap minta bawa ke tadika. 

" Ummi , nak bawa bekal ke sekolah, Boleh?"

" Ok. Minta tolong dengan abi tolong isikan dalam bekas."

" Ok, Ummi..."
Reseal Bihun Goreng Lada hitam:

Bahan-bahan :
* Bawang putih
* Bawang merah
* Ikan bilis
* lada hitam
Isi ayam
Bebola ikan

( * kisar @ tumbuk, lada hitam tu tumbuk asing ye )

Cara:

Panaskan minyak. Masukkan isi ayam , goreng.
Kemudian masukkan bahan dikisar tadi hingga naik aromanya. Kemudian masukkan semula isi ayam yang telah digorengkan tadi dan lada hitam ditumbuk halus. Setelah itu, 2 cawan air dan didihkan air tersebut.
Masukkan bebola ikan dan sayuran serta bihun sekali. Sudah siap boleh dihidangkan.

Sila Lah Cuba resepi tersebut.
Semoga ia memberikan manfaat buat anda.

Sekian.
Terima kasih.

WELCOME APRIL 2016


Welcome April...
Nampak comel sangat image tersebut. Sudah Empat bulan bagi tahun 2016. Pejam celik pejam celik pejam celik. Semuanya sedang membesar dengan sihatnya. Harap semuanya sihat-sihat hendaknya.

Dalam bulan ke Empat ini.. Banyak benar aktiviti yang perlu dilaksanakan. Ada yang menyambut tahun kelahiran, anniversari, majlis akad nikah, aqiqah dan macam-macam lagi event yang akan diadakan.

Dalam beberapa hari lagi , ulang tahun kelahiran my lovely husband .. Saya selalu terfikir apa yang ingin dihadiahkan buatnya, kuinginkan dia nampak gembira. Yang saya tahu adalah kudoakan kesejahteraan, kebahagiaan , kesihatannya sentiasa baik selalu.

Tetapi tidak mengapa saya akan usahakan sesuatu yang terbaik untuknya.

Wait and see .....



DOA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN LAPANGKAN DADA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

DOA MOHON MUDAH URUSAN , TUTUR KATA DAN SOKONGAN KELUARGA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia ( Musa ) berkata,
" Ya Tuhanku , lapangkanlah dada ku. Dan mudahkanlah urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari pada lidahku. Agar mereka mengerti perkataanku. Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari pada keluargaku.

Aamiin Ya Rabbal Alamin....

31 Mac 2016

WELCOME HOME BABY GIRL

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Anak buah ke -7 keturunan buat Tok Ya dan Embah Senah

Hari ini, saya terima SMS wasap dari adik ipar lelaki:


Adik perempuan saya selamat melahirkan anak perempuannya secara pembedahan pada sebelah pagi. Saya pun lupa tanya pukul berapa bersalinnya. Tapi tidak mengapa semuanya selamat dan sihat kedua-duanya...

Saya tidak sabar tunggunya balik ke rumah emak. Hendak mencium wangian dari SYURGA ALLAH...

" Baby girl , maklong tidak sabar tunggu baby girl balik rumah embah Senah... Nak cium baby girl nanti. Maklong tunggu tau.."


**** TAHNIAH BUAT ADIKKU ADIBAH YAACOB DAN AZAHAR JAMLUS.


DOA UNTUK SUAMI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Ya Allah, Kau  berikanlah kekuatan untuk suamiku , dalam keringatnya mencari REZEKI untuk kami HARI INI.

Aamiin Ya Rabbal Alamin.



*** doakan yang terbaik untuk cik Suami .... Semoga sukses selalu...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign