UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

20 April 2016

DOA ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Jom kita renung-renungkan apa yang ada disebaliknya...


DOA adalah terbaik untuk semuanya


MAKSU YANNANYA JADI TOBOT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Kisah Anak buah2an saya yang terlebih cerdik sikapnya... Umurnya muda setahun dari abang darwishnya... 4 tahun umur si Rayyan Mikhail.


Kisah ayen & tobot

"Maksuuuuu, tukarkanlah tobot jadi kereta..."
Okayy, maksu cuba tau..?

Lepas 10 minit...

Maksuuuu, cepat la tukar tobot jadi kereta...
Alaaa ayen, maksu tak pandai laaaa.

*masih mencuba selesaikan puzzle tobot.

Maksuuuu, tengok ni tobot bertukar , *ayen berlakonnn
- tangan masuk macam ni.
- kaki simpan
- bongkokkan badan.
- berguling.... 

Oohhh kkkk.. tapi maksu tak pandai jugak nak main tobot ni... 

Lepas 10 minit lagi, ayen diam2 tukar tobot jadi kereta.

"Laaaaa, ayen pandai buat tapi ayen suruh maksu jugak..." - nangis

Ngadu ngan mummy, cakap ayen buli maksu.

😂😂😂😂😂

ASSALAMMUALAIKUM





19 April 2016

KUIH DANGAI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Akhirnya jumpa juga resepi kuih kegemaranku sejak kecil. Last makan sebelum arwah nenek buatkan. Itu lah kali terakhir menjamahnya kuih tersebut.

Kalau tidak silap saya Lah.. Kuih tersebut orang Jawa makanannya. Kalau salah saya minta maaf ye... ( hihihi )

Oklah hari ini , ini lah kali pertama saya mencuba semula resepi kuih itu:

Not bad rasanya :


 Kuih Dangai 

Bahan-bahannya:

3 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut
1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
1/2 camt garam halus

Cara-cara Membuatnya:

1.  Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan

2.  Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. Perasakan dengan garam 
     dan gaul rata.  Pastikan kelapa tidak berketul-betul.

3.  Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.

4.  Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu 
      dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.

5.  Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.

6.  Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata,   ianya tidak perlu ditekan.

7.  Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan...

Siap untuk hidangan Sekeluarga
Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang

Selamat Mencuba :) 



JODOH PERTEMUAN AJAL MAUT SUDAH TERTULIS DI BUKU BESAR ALLAH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.



Jodoh pertemuan ajal maut sudah tertulis di BUKU CATATAN ALLAH swt.

Semoga ikatan akad nikah itu sentiasa kukuh, erat dan ketat sehingga ke Jannah akhirnya.

Aammiin Ya Rabbal Alamin...


*** Psst... Saya mengenali Cik Suami sekejap sahaja. Tidak sempat hendak bercinta sebelum kahwin. Saya dan cik Suami bercinta selepas kahwin atas permintaan kedua-dua belah pihak. Jadi " SAYA TERIMA AKAD NIKAH DARI CIK SUAMI "



ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign