UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

19 Mei 2016

RINDUKAN SAAT ITU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Apabila duduk membelek foto-foto tersebut .. Sekejap sahaja masa berlalu tanpa disedari. 9 bulan 10 hari menunggu Saat kelahiran cahayamata keluar dari pintu Rahim si ibunya. Cepat benar masa berlaku..





Sampaikan ada seorang cukup cemburu asyik mendokong, membelai , memanjakan anak-anak tetapi mereka tidak tahu apa yang dimaksudkan berkasih sayang bersama anak-anak kecik. Nak nak Anak - Anak yang sedang menyusui susu badan.

Ada yang menegur ketika itu, 
" Napa tidak memberikan susu botol sahaja?" 

Tergamam sekali apabila mendengar teguran tersebut dari wanita yang belum berkahwin. Saat itu , terpalit rasa kecik hati sangat. Tapi sesi penyusuan susu Ibu tetap diteruskan seperti biasa. Malas nak fikirkan cakap-cakap negatif tersebut. Bagiku tugas tersebut belum selesai sehingga usianya mencecah dua tahun atau mana yang dahulu.



Anak-anak kecil ini lebih selamat dalam dakapan ibunya. Rasa aman , tidurnya diperhatikan oleh ibunya di sisinya. 


" Ummi , meh adik ikat rambut Ummi ye."

" Ok Sayang... Terima kasih."



" Ummi, adik sayang kan Ummi selalu.."

" Terima kasih sayang, Ummi pun sayangkan adik juga."



Wahai anak-anak Ummi, Ummi rindukan kamu berdua. Yang Ummi tidak dapat dilupakan Saat melahirkan kamu berdua. Menggigil seluruh tubuh badan Ummi menahan sakit tersebut selepas mendengar tangisan kamu berdua hilang semua sakit itu. Semua itu ada hikmahnya disebaliknya. Dosa-dosa Ummi terhapus  begitu sekali. Ummi dapat HADIAH itu dari ALLAH untuk menjaga kamu sehingga dewasa kelak.

Ummi sayang kan kamu berdua , Abam dan Adik.
Begitu juga Abi sayang kan kamu juga...




TERUSKAN BERDOA PADA-NYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga sentiasa sihat-sihat selalu...



Jangan pernah berputus asa untuk meminta sesuatu dari Allah swt. Teruskan berdoa PADA-NYA. 





18 Mei 2016

DRAMA BERSIRI ISTERI VS TUNANG

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...


Petang tadi sekitar jam menunjuk angka 7:00petang duduk diruang kamu menonton satu drama bersiri yang bertajuk ISTERI VS TUNANG channel Astro Ria , kalau tak silap saya lada.... Saya kalau tengok drama bersiri tidak tahu pucuk pangkal apa yang berlaku di antara sepasang Suami isteri. Part yang saya tonton ini pada Hari ini , si isteri dok merajuk dengan suaminya sampaikan melarikan diri dari suaminya kerana terasa hati.



Senarai  Pelakon Isteri vs Tunang



Hisyam Hamid sebagai Zaim Azfar
 Scha Al-Yahya sebagai Alana Sofea Sharifah Sakinah sebagai Amira Irdina 
Lia Natalia sebagai Putri 
Fahad Iman sebagai Zain Aryan
 Shah Rezza sebagai Dahlan

Masa : 7:00 petang hingga 8:00 malam
ASTRO RIA (104 ) dan ASTRO RIA ( 123 )


Hari-hari dengar Lagu OST ISTERI VS TUNANG - PENCURI HATI AYDA JEBAT Kat radio HotFm gitu...

Rasanya saya kena tonton Semula dari episode awal secara online sahaja nanti....







17 Mei 2016

RASA GEMENTAR UNTUK ITU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Semakin Hari semakin berdebar untuk berpindah ke rumah baru. Rumah yang menjanjikan segala kemungkinan sentiasa aman dan bahagia tanpa gangguan orang ketiga. Sudah bertahun , memujuk cik Suami untuk membeli rumah untuk anak-anak bebas berlari dan bermain serta hidup berdedikari.


Alhamdulilah, tinggal menandatangani Surat perjanjian tersebut antara cik Suami dan peguam. Ya Allah permudahkan segala urusan kami nanti.


Dalam perancangan perpindahan ke rumah baru sebelum Hari Raya Aidilfiltri 1437h /2016 ( Julai ). RUMAH TERSEBUT ADALAH RUMAH TERES SETINGKAT sahaja iaitu TAMAN BANDAR UTAMA TAMPIN, NEGERI SEMBILAN sepertimana saya blogkan sebelum ini. 




Ini Lah tempat kediaman kami sekeluarga akan datang 



Sekarang ini saya tengah mengemas apa yang patut untuk dibawa pindah ke Sana nanti. Saya sekeluarga bertungkus lumus untuk itu. Masa itu , saya sekeluarga kena mengemas , mencuci lantai, memasang wiring elektrik, membersihkan kawasan luar dan dalam di tempat kediaman tersebut. Dan macam-macam lagi untuk diuruskan di Bulan Ramadhan Kali ini cukup menguji kesabaran dan ketabahan hati ketika itu. Hanya Allah swt yang mengerti perasaan kami pada Saat itu.


Saya akan mengupdate semula tentang SINI RUMAH BARU itu dari masa ke semasa...


Doakan kami sekeluarga...



SEGMEN BLOGWALKING HUJUNG MINGGU BY ANN

Assalamualaikum hii
LINK SINI

saya akan blogwalking blog semua yang join segmen ni selepas segmen ni tamat.
16/5/2016 - 20/5/2016

klik banner untuk join!!

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign