UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

12 November 2017

KEK KUKUS HIJAU BUAT ABAM DARWISH DAN ALYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Sejak akhir-akhir ni , cuaca selalu tidak mengizinkan pergi ke mana-mana. Jadi duduk di dalam rumah sahaja. Apabila ada di dalam rumah ini , macam-macam perut ini hendak makan. Asik lapar sahaja ... Apa lagi fiza pun tengok lah apa yang ada di dalam almari kabinet ini. Ada tepung , minyak masak , telur dan lain-lain

Ok semua bahan semua dah ada fiza pun mulakan kerja fiza membuat kek simple jer.

Ni lah , rupa kek hijau fiza berkukus





1 cawan minyak masak
1 cawan gula
2 sudu besar susu pekat ( mix kan ngan 1/2 cawan air masak )
Pewarna hijau
Perasa vanilla
Telur 3 biji saiz B
1 buah Tamar
2 keping biskut cracker

Cara membuatnya :
Masukkan Minyak masak , telur , gula , vanilla , pewarna hijau , Tamar , biskut ke dalam blender. Blend sampai sebati adunan nya tu.
Kemudian tuang kan keatas tepung tadi... Adunkan ngan senduk sehingga sebati.
.
Kukuskan ke dalam pengukus yg sedang mendidih airnya..
Kukus sehingga masak.. Dalam 45 minit.
.
Ok tu jer.
Selamat mencuba
#Resepi
#UmmiAdrianaBeauty






11 November 2017

AGAR DOA DIKABULKAN BACALAH SHALAWAT KETIKA BERDOA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Agar Doa Dikabulkan, Bacalah Shalawat Ketika
Berdoa, Inilah manfaatnya


IMAGE DARI MR GOOGLE
KELEBIHAN BERSELAWAT KEATAS JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMAD SAW DAN SEKELUARGANYA
Agar Doa Dikabulkan, Bacalah Shalawat Ketika
Berdoa, Inilah manfaatnya

1. Shalawat menjadi penyebab doa dikabulkan

2. Shalawat yang didahulukan dalam doa seseorang akan menjadi perantara doa tersebut sampai kepada ALLAH Subhanahu Wata'la

3. Apabila sholawat tidak diucapkan ketika berdoa maka doa tersebut akan menggantung antara langit dan bumi

4. Shalawat menjadi penyebab kesuksesan sebuah doa, baik disebutkan di awal maupun di akhir doa.

5. Shalawat menjadi penyebab doa seorang hamba diberkahi oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala..

"Sesungguhnya, ALLAH dan malaikat-malaikat-
NYA
bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang
beriman,
bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya. (Al- Ahzab ayat 56)

Allahumma Shalli Wasallim 'ala sayyidina
Muhammad,Wa'alaa Aaliy Sayyidinaa Muhammad..
Aamiin Yaa Rabbal'aalaamiin.

Marilah kita berdoa, bermunajat kepada Allah.
Semoga Allah mengampuni kita dan menghapuskan kita dari segala dosa yang telah lalu.

Ya Allah,
Ampunilah semua dosa-dosa kami, baik sengaja atau pun tidak, 
berkahilah kami dan ramahmatilah kami
berikanlah kami hidayah-Mu agar kami senantiasa dekat kepada-Mu hingga akhir hayat.

Aamiin ya Rabbal'alamin
Klik SUKA & BAGIKAN semoga bermanfaat ya sahabat 

SEKIAN.
TERIMA KASIH





8 November 2017

SUPLIMEN TANPA COLLAGEN UNTUK KULIT CANTIK DAN TESTIMONINYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



🍇 NURRAYSA VIT C, VIT E & GLUTA PLUS 🍇
====================

*Suplimen Tanpa Collagen Untuk Kulit Cantik*

🌟 Membantu mencerahkan kulit dan menjadikannya lebih bersinar
🌟 Melambatkan proses penuaan kulit
🌟 Membantu merawat masalah jerawat, jeragat dan penyakit kulit seperti ekzema 
🌟 Merangsang penghasilan kolagen dalam badan
🌟 Menjaga kesihatan dan memberi kelembapan pada kulit
🌟 Membantu menstabilkan hormon dan mengurangkan masalah pre menstrual pada wanita
🌟 Membantu merawat kedutan dengan mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru
🌟 Membantu menutup liang atau pori terbuka pada wajah

♦Cara Pengambilan:

Ambil 1 tablet, 2 kali sehari 30 minit sebelum makan pada waktu pagi dan malam.

Harga asal ~RM99.90~
Harga promosi RM49.90

Whatsapp  untuk order😊

#VitCNurraysa







TIP KESAN TERBAIK

1. ELAKKAN ATAU KURANGKAN PENGAMBILAN MINUMAN BERKAFIEN.
2. ELAKKAN MINUMAN BERLAFEIN BERSAMA VITAMIN NURRAYSA 
3. JARAKKAN MASA 4 JAM DENGAN PENGAMBILAN JAMU DAN UBAT UBATAN
4. BANYAKKAN PENGAMBILAN AIR KOSONG SEKURANG-KURANGNYA 3 LITER SEHARI.


TESTIMONI PENGGUNA :









Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua untuk kecantikan dan kesejahteraan diri.

Sekian.
Terima kasih
.


6 November 2017

DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2017

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Doa untuk anak2 yang akan menduduki peperiksaan SPM  2017

*بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم* 

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

 اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ uوَالْمُرْسَلِيْن
 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

*Ya Allah,*
Minggu ini adalah minggu anak2 kami menduduki peperiksaan SPM 2017. Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

*YA ALLAH,*
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah- mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu Kau perbaiki akhlak anak anak kami.

*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak jiran jiran dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejyaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.

رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 

رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
   رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. 

وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. 

سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

 امين يا رب العالمين.

Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan anak-anak sepanjang minggu peperiksaan.

Sekian.
Terima Kasih

3 November 2017

KUASA MENCANTIKKAN DENGAN BUAH DELIMA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Kuasa Mencantikkan dengan Buah Delima





Buah delima yang dipanggil sebagai "buah kehidupan" adalah terkenal berikutan kemanisan dan kemasaman biji-bijinya yang padat dengan antioksidan berkuasa serta zat-zat makanan penting yang lain seperti vitamin, mineral dan fitonutrien. Namun, buah eksotik ini mempunyai manfaat yang lebih banyak lagi.

Tahukah anda bahawa buah delima digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk mencantikkan kulit dan rambut kita?

Sekarang, mari kita tinjau bagaimana "ketulan-ketulan zamrud merah" ini melakukan keajaibannya kepada kulit dan rambut kita.



1.Kekal Cantik Berseri!

Buah delima bukan sahaja menyerlahkan kulit yang sihat lagi muda, malahan turut disarankan oleh pakar-pakar kecantikan. Ciri-cirinya yang kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan, fitonutrien dan sebagainya membantu untuk mencegah kerosakan oksidatif terhadap sel-sel dan tisu-tisu serta meningkatkan pengeluaran kolagen. Kolagen adalah salah satu “bahan-bahan” utama untuk kulit yang licin dan berseri pada muka dan badan kita.




2.Selamat Tinggal Kulit Berminyak & Bercela

Kulit berbintik-bintik, berjerawat dan celaan… amatlah memalukan! Tidak perlu dikatakan lagi, jerawat dan kecelaan boleh mengurangkan ketrampilan dan keyakinan kita. Buah delima membantu untuk menjauhkan kemudaratan ini dengan merawat jerawat berserta antioksidan-antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin A, zink dan zat besi yang membentuk halangan perlindungan daripada kerosakan oksidatif lantas membantu  menjadikan kulit anda lebih bersih dan cantik. Ia juga mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan agar kulit anda terhidrat tanpa kelihatan berminyak atau kusam.



3.Menyerlahkan Keserian & Keremajaan

Kekal berseri! Kekal anggun! Ciri-ciri anti-penuaan buah delima telah diketahui sejak zaman purba kala lagi untuk melindungi kulit kita daripada kerosakan seiring masa seperti bintik-bintik penuaan, bintik-bintik gelap, kerutan dan kecacatan kulit yang menakutkan. Ia juga merangsang pembaharuan dan melindungi kulit daripada pengaruh alam sekitar. Lebih baik lagi, buah yang mempunyai sifat-sifat meremajakan kulit ini sering disebut-sebut dan terbukti dapat meningkatkan keanjalan, kegebuan dan menyuburkan kulit agar kulit tampil licin secara menyeluruh.




4.Menghidrat dan Melembapkan Kulit 

Bahan-bahan kimia keras yang terdapat pada kebanyakan produk penjagaan kulit dan mengosok atau membersihkan kulit secara berlebihan boleh menyingkirkan lembapan penting yang diperlukan untuk kulit yang berseri. Buah delima dengan ciri-ciri kelembapan ultra melegakan dan menyamankan kulit yang kering serta membantu mengurangkan tanda-tanda keletihan dan merehatkan wajah. Ia juga mengunci  lembapan dan memberikan keserian agar kulit yang terhidrat dan lebih bercahaya dengan serta-merta.




5.Rahsia Rambut Menawan

Buah delima bukan sahaja berfungsi dengan cemerlang untuk kulit kita tetapi juga rambut kita. Antioksidan-antioksidan yang unggul dalam buah delima menjauhkan  serangan dan radikal bebas serta menghalang kulit kepala dan folikel rambut kita daripada kerosakan oksidatif. Dengan itu, ia juga mengurangkan keguguran rambut, rambut beruban pra matang dan penipisan rambut. Buah delima juga  melindungi sinar, kilauan, keanggunan rambut dan menyuburkan folikel rambut untuk rambut yang pastinya dicemburui Rapunzel.

Demikianlah kehebatan buah delima!


Diadaptasi daripada:
https://goodhealthall.com/beauty-benefits-of-pomegranates/
http://stylesatlife.com/articles/pomegranate-benefits/

Gambar daripada internet.

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign