UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

19 Februari 2016

AWESOME BIRTHDAY GIVEAWAY

Assalammualaikum ...

Jom join...


 Banner
Banner 



Tarikh Tamat Penyertaan : 28 Februari 2016
Pengumuman Pemenang : 29 Februari 2016

WASIAT AYAHANDA LUQMAN UNTUK SEMUA ANAKANDANYA


Assalammualaikum...
Salam sejahtera..
Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Pada Hari ini terimbau masa alam persekolahan tahun 1998 ... Ketika itu dalam kelas pendidikkan Islam ... Teringat juga nasihat Ustazah saya tentang peranan seorang anak buat IBU bapanya.... 

" Wahai anak-anak murid Ku berbaktilah kepada kedua IBU bapa kamu sekalian ... Kerana mereka yang akan mencorakkan peribadi kamu semua..."

" Ya , ustazah..."

Anda semua pernah menghafal ayat surah Luqman : ayat 12-19 ketika belajar dulu...?



Surah  LUQMAN ( MEKAH - 45AYAT )

Antara WASIAT AYAHANDA LUQMAN UNTUK SEMUA ANAKANDA :


1. Wahai anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan , tegahlah kemungkaran dan sabarlah kamu atas segala yang menimpa.

2. Wahai anakku, ingatlah Allah sebanyak mungkin , sesungguhnya Allah mengingati orang yang mengingatiNya.

3. Wahai anakku, janganlah kamu cintakan DUNIAkerana kamu tidak dicipta untuk dunia dan Allah tidak mencipta suatu pun yang lebih hina daripada dunia.

4. Wahai anakku , janganlah kamu gembira dengan kesihatan yang berpanjangan dan sembunyikan kesusahan yang menimpamu.

5. Wahai anakku, cukuplah dengan yang sedikit dan redalah dengan apa yang kamu dapat.

6. Wahai anakku , bersahabatlah dengan orang-orang yang bijaksana dan reda dengan apa yang mereka katakan , nescaya kamu akan menjadi bijaksana.

7. Wahai anakku , bercakaplah dengan kata-kata yang baik dengan orang lain dan duduklah dengan ahli-ahli zikir kerana ia menghidupkan hatimu dan menerbitkan rasa khusyuk dalam diri.

8. Wahai anakku, laksanakan hajat-hajat sekadar yang perlu dan elakkan daripada perkara yang tidak berkaitan denganmu. Jadilah seorang yang lemah lembut , suka kepada kebaikan , suka berfikir , selalu menangis dan sedikit sahaja gembira.

9. Wahai anakku , banyakkan diam kerana kamu akan dihormati dan kamu tidak sekali-kali kecewa kerana diam. Tetapi kamu mungkin kecewa kerana ketawa.

10. Wahai anakku , jangan biarkan ayam lebih cerdik darimu, kerana ia akan kibaskan kepaknya pads waktu malam dan bertasbih pada Allah.

11. Manfaatkan apa yang Allah ajarkan kepada kamu.

12. Anakku ,  sepandai-pandai manusia adalah yang paling takut pads Allah.

13. Kamu perlu mereandahkan diri.

14. Anakku,  sekarang yang keji apabila berkata-kata kelihatan kejahatannya melalui lidahnya dan apabila dia senyap , nescaya kejahatannya diketahui juga.

15. Anakku, fahamilah erti hikmah dan jadikan akhlakmu berhikmah.

16. Anakku, mengapa kamu menghilangkan hartamu sendiri fan memperbaiki harta orang lain, jadilah orang yang mudah bergaul , manis muka dan itulah dia akhlak orang-orang soleh.

17. Anakku , elakkan daripada menolak permintaan orang lain dan terima Lah keuzuran yang diminta oleh orang lain.

18. Anakku, tidak ada yang lebih nilai dari Allah yang lebih daripada akal.

19. Wahai anakku, , selalu bertemu ulama dengan kedua-dua kakimu, janganlah kamu berbahas ( berlawan kata ) dengan mereka, nesvaya mereka membencimu.

20. Ambillah dunia sekadar keperluan dan sedekah daripada hasil-hasil pendapatanmu demi akhirat.

Untuk pengetahuan anda semua surah luqman ini boleh diamalkan ketika kehamilan. Supaya anak yang dikandung akan menjadikan anak yang baik soleh solehah.  IN SYA ALLAH...


SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT BUAT ANDA SEMUA

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

18 Februari 2016

MINAT ABANG DARWISH

Assalammualaikum...

Salam sejahtera...

Alhamdulilah....
Semoga anda sentiasa sihat -sihat selalu

Hari ini, Abang Darwish menunjukkan hasil kerjanya dari sekolahnya...

Semakin hari semakin memberangsangkan tindakan Abang Darwish...


Melukis objek

" Ummi , look.... My cars.."
" Cantiknya ... Cars Abang Darwish "
" I love my cars.."



Menyurih Nombor

" Ummi , my number..."
" Pandainya abang Darwish ...."

Seronoknya melihat Abang Darwish melukis dan menulis huruf dan nombor di sekolah...

Terima kasih , para guru Tadika...

Sekian...



17 Februari 2016

ADIK ALYA MAIN CONTENG CONTENG


Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Ini dia, hasil tangan adik Alya ...

Sungguh comel...
Kekadang tu, adik Alya bertanya...

" Ummi, tengok Mata , hidung, mulut, dagu, rambut..."

" Cantik tak , Ummi..."

" cantik Alya.... " 

" itu wajah siapa, Alya?"

Alya jawab, " muka adik..."

Ummi hanya tersenyum sahaja....



Sekian.
Terima kasih...




MUTIF PRODUK


Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah....

Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu..

Berminat dengan produk Mutif dari Sweet Muslimah....


Baju Muslimah

PENGIKUT SAYA UNTUK BLOG

Assalammualaikum...

Salam sejahtera...
Alhamdulilah....
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....


Pertama sekali saya ingin mengucapkan PENGIKUT blog saya...
Terharu juga saya melihatnya ada Dua orang PENGIKUT


TAHNIAH ....
Saya ucapkan buat PENGIKUT blog saya....

Saya hargai anda ....

Sekian.
Terima kasih...

16 Februari 2016

DOA MOHON KESIHATAN

Assalammualaikum

Alhamdulilah....

Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....

DOA MOHON KESIHATAN 


15 Februari 2016

RUANG TAMU YANG SIMPLE

Assalammualaikum..

Salam sejahtera..

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Sekarang ini tengah mencari ilham untuk ruang tamu yang kecil dan comel sahaja...

Ruang tamu itu terletak dihadapan paling depan sekali....

Jadi pilihan saya Kali ini tertumpu satu decoration seperti dibawah...
Nampak cantik dan selesa...


Image dari cik Google

Apa pandangan anda semua..?
Image tersebut untuk rumah yang bakal kami duduki nanti...

Segala pandangan anda semua amat saya hargai...



 

 Sekian.
Terima kasih...


FIRST GIVEAWAY BY NADIAH SYAMIMI


Assalammualaikum...

Alhamdulilah...

Join 
FIRST GIVEAWAY BY NADIAH SYAMIMI

Banner

TERIMA KASIH



FEB-MAC GIVEAWAY

Assalammualaikum 

Alhamdulilah...

Saya join...

FEB-MAC GIVEAWAY

KLIK BANNER INI


"Giveaway ini dianjurkan oleh Nadratul Syazwana dengan kerjasama Sho Fi Yan, Kimchaa, Nurrul Najiha, Syaza Raihanah, Hanis Zulaikha, Nur Masitah, Nuraini Nabihah, Ruqaiyah Amanina, Amirah Azman, Wan Syahirah dan Azwar Syuhada ".


SEKIAN
TERIMA KASIH


14 Februari 2016

DOA AGAR ANAK PANDAI BELAJAR

Assalammualaikum...

Alhamdulilah...

Mari...

Baca DOA agar anak pandai belajar....


Image dari cik GOOGLE



Anak-anak ini seumpama:

KAIN PUTIH....
SEPERTI SPAN ....

Jadi kita sebagai IBU bapa yang perihatin... Kita yang mencorakkan dan menjadi berus lukisan bersama warna warni untuk peribadi anak-anak...

Mereka cepat meresap seperti SPAN ... Kalau basah menyerap... Kalau kering kering Lah SPAN tersebut...



REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

Assalammualaikum...

Alhamdulilah...

Join GIVEAWAY REZLLENE BY DYLLAREZAN



Sila click banner

" Nak Mustard "

Sekian.
Terima kasih

13 Februari 2016

IMPIAN TERSEBUT SEMAKIN DICAPAI DI DALAM GENGGAMAN KAMI

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah....


Image dari CIK GOOGLE...
BIAR IMAGE TERSEBUT MEMBERIKAN SERIBU SATU RAHSIA... Untuk menggapai IMPIAN 1001  itu... Makin menghampirinya


Apabila melihat raut wajah mereka berdua sungguh membahagiakan hati Ummi dan Abi....



Abang Bunyamin tidak pernah lekang dengan senyumannya.. Tetap memberikan kegembiraan buat Ummi dan Abi... Terima kasih Abang Bunyamin....



Terima kasih juga buat Cik Alya memberikan semangat buat Ummi dan Abi terus bahagia...
" Terima kasih , datang"


Ummi dan Abi sayangkan kamu berdua... DUNIA dan AKHIRAT


12 Februari 2016

HAPPY FAMILY DI RUMAH NENEK ATAU ATOK

Assalammualaikum...

Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda semua sentiasa sihat-sihat selalu...

Hari ini, saya rasa rindu hendak berkumpul ramai-ramai di dalam satu rumah yang besar sangat...

Anda semua tentu terimbau masa lampau kan? Terkenang zaman kanak-kanak hingga sekarang ... Tapi tidak tahu lah anda semua masih tidur ramai-ramai bersama adik-beradik yang lain...

Nak-nak apabila masa cuti sekolah... Cuti perayaan seperti Raya Aidilfitri atau Raya Haji.... Ataupun majlis keraian seperti kenduri kahwin, kenduri cukur jambul dan berondoi ....Tentu anda semua balik ke kampung halaman NENEK DAN ATOK kan??..  Mereka lagi lah suka dan gembira apabila anak menantu cucu balik ke kampung...



Keadaan tidur reramai di Kampung NENEK ATAU ATOK
(IMAGE DARI FACEBOOK..)

itu sahaja yang dapat saya coretkan tentang image itu... Seronok kan???

Semoga ia memberikan kenangan yang paling indah dalam kehidupan berkeluarga... Mengeratkan lagi silaturrahim antara kita...

Sekian.
Terima kasih.


KOLEKSI MINYAK WANGI KEGEMARAN SAYA

Assalammualaikum...
Selamat pagi...

Alhamdulilah..
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Anda suka bau-bauan wangi tidak?
Sebelum ini , saya susah hendak pakai wangian .... Sejak akhir-akhir ini , cik suami memberi minyak wangi yang berbau haruman kasturi... Wangi sangat!!! ...
Koleksi wangian haruman KASTURI

Apabila saya memakai wangian KASTURI saya lebih tenang dan aman sekali... Kalau tidak ada sahaja EMOSI kurang baik...

Antaranya :

3. Kasturi Amber

Semoga ia memberikan manfaat buat anda


11 Februari 2016

TIP - TIP MENGUKUHKAN CINTA ILAHI

Assalammualaikum...

Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat- sihat selalu...

Hari ini saya , berkongsikan sedikit tip-tip melalui sesi pembacaan buku yang bercorakkan ILMIAH...

Ia juga memberikan kesan yang sungguh mendalam ke dalam kalbu saya ketika membacanya tadi...

Kekadang itu , kita lupa akan DIA...


Image dari GOOGLE




Antaranya tip-tip tersebut adalah seperti berikut:

1. Membaca al- Quran dan meneliti maksudnya...

2. Mengerjakan solat-solat sunat.

3. Membiasakan berzikir dan mengingati Allah swt dalam apa jua keadaan.

4. Mengkaji maksud Asmaul Husna.

5. Menghitung nikmat-nikmat -NYA.

6. Bersendirian bermunajat pada hening malam iaitu sepertiga malam... Solat tahajjud dan solat taubat.

7. Bersahabat dengan orang-orang yang mencintai-Nya.

8. Menjauhi dosa kerana ia menghalang daripada cinta-NYA.

9. Mendahului cinta ALLAH SWT daripada selainNya dalam apa jua keadaan.

10. Melatih diri sensitif di hadapan -Nya...

Semoga ia memberikan manfaat buat anda sekalian.

Sekian.
Terima kasih...

MY FOLLOWER DAN GOOGLE++

Assalammualaikum..
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Google ++ DAN FOLLOWER
Terima kasih....

Salam perkenalan dari saya, Fiza....

10 Februari 2016

CHOCODINA GIVEAWAY BY MASTURA AZIZ




Assalammualaikum...

Alhamdulilah...

Join Giveaway
" CHOCODINA GIVEAWAY BY MASTURA AZIZ

TEKAN BANNER UNTUK TURUT SERTAI

PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN CABUTAN BERTUAH OLEH MAS SENDIRI

GIVEAWAY INI BERMULA PADA 10/2/2016 DAN TAMAT PADA 27/2/2016 (12 TENGAH MALAM)* Penyertaan tidak diterima selepas tarikh tamat

TAWARAN HADIAH :
 CHOCODINA CRISPY SEORANG PEMENANG (Ada 12 jenis perisa.boleh pilih nak perisa apa)
TOPUP RM 5 UNTUK 2 ORANG PEMENANG.

LETS JOIN US


TERIMA KASIH ...
SALAM UKHWAH DARI SAYA , FIZA...


GIVEAWAY FEBRUARY DAEBAK BY AKU BUKAN INNOCENT

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)

Giveaway February Daebak dibawakan oleh Aku Bukan Innocent selaku penganjur dan  Radhia Razali, Aienie Nka, Yun SingEintan NurfuzieAbam Kie, Ct Roxalynna NH, Keju Penyet dan Mohd Noor Shawal sebagai penaja giveaway ini.

!!TARIKH PENTING!!
Dilancarkan : 8 Februari 2016 Jam 12 Tengah Malam
Tamat : 27 Februari 2016 Jam 10 Malam
Pengumuman Pemenang : akan diumumkan kemudian

SEGMEN BLOGWALKING BY CIK NURUL

Assalammualaikum...

Join :

SEGMEN BLOGWALKING BY CIK NURUL


Salam ukhwah dari saya




SEGMEN BLOGWALKING SERONOKNYA MELUKIS

Assalammualaikum....

Alhamdulilah...

Nak join:

" SEGMEN BLOGWAKLING SERONOKNYA MELUKIS"



Boleh tambah kawan-kawan blogger....

Salam ukhwah dari saya , Fiz.

Sekian.
Terima kasih.

9 Februari 2016

GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER


Assalammualaikum...



Ok gais..blog arwendanish nak bagifree voucher MBO Cinema. Voucher ini boleh redeem tiket wayang dan makanan sekali. Seorang pemenang akan dapat 2 tiket. 
1 tiket bernilai RM16. 

Nak join GA ni pastikan area tempat anda ada MBO Cinema ok!hehe

Voucher ini luput pada 31/3/16  

Syarat penyertaan:
1) Follow blog arwendanish.blogspot.com
2) LIKE page @projekbloggerutara
3) Follow IG: el_darwena
4) Follow IG: @projekbloggerutara
5) Copy & Paste Entry ini & PUBLISH ke Blog korang
6) Komen & masukkan link entry korang di sini
7) 5 Pemenang akan diumumkan

Tarik tutup penyertaan pada 10/2/16

Good Luck Gaiss!!!

8 Februari 2016

IMPIANKU UNTUK FAMILI TERSAYANG


Assalammualaikum...

Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Hari ini, saya tengah dok membelek-belek image dibawah >>>>

Semoga Ia dipermudahkan segalanya
Besarnya impian saya...


Image tersebut hari-hari saya melihatnya...
Ianya sebagai satu inspirasi saya sejak tahun 2013 lagi saya menanamnya di dalam hati saya ... Sejak itu juga , image tersebut saya tampal sebagai wallpaper smartphone ...

Salah satu di dalam image itu , SINI RUMAH IDAMAN ...  Sedang dihampiri dalam tahun 2016.. In sha Allah... Untuk famili saya tidak lama lagi.... RUMAH tersebut dalam renovation...


Kereta , menunaikan haji dan umrah ... Dalam perancangan lagi...


Ya Allah , permudahkanlah segala urusan kami...

Amiiinnn... Ya Rabbal Allamiinn...

Sekian.
Terima kasih...


TERSENARAI PEMENANG DALAM SEGMEN BLOGLIST BEEHAA

Assalammualaikum..

Salam sejahtera...

Alhamdulilah ....
Semoga anda semua sentiasa sihat-sihat selalu....

Terima kasih berbanyak disenarai kan sebagai pemenang dalam Segmen Blog list Beehaa ...




Terima kasih berbanyak sekali lagi..

Salam ukhwah dari dari saya, Fiza...





7 Februari 2016

SELESAI SUDAH MENGGUNTING RAMBUT ABANG DARWISH

Assalammualaikum...

Alhamdulilah...

Selesai sudah menggunting rambut abang Darwish bagi pendek...

Jenuh juga hendak menggunting rambutnya... Masa tidurnya saya menggunting... Memang saya yang menggunting rambutnya sejak dia lahir hingga Sekarang... Tidak pernah bawa ke kedai gunting rambut.... Gunting rambut sendiri.... Hihihi...




Tapi, comot sikit.... Done my work....


6 Februari 2016

SEGMEN UCING NAK URL 3


Assalammualaikum..

Alhamdulilah..

Jom join SEGMEN tersebut....



http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/02/segmen-ucing-nak-url-3.html
Segmen Ucing Nak Url 3

Hi Blogger Segmen Ucing Nak Url kembali Lagi "Ucing Nak Url Bahagian 3" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 2 .Bolehlah Menyertai Segmen ini.40 Penyertaan akan Menyaksikan Artis Popular Dari Hollywood Dalam Bulatan Merah.Siapakah Artis Tersebut .?

Syarat-syarat nya Mudah :

1) Follow Blog Ucing Kadayan Dan Google +
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Url 3 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

 Url Post Anda Akan Saya jadikan Home Blog Anda,Tarikh Tutup Segmen 17-2-2016.Jangan lepaskan Peluang Untuk Menyaksikan Artis Terkenal Dan Popular Dari Hollywood..!!

MERAIH KAN HARI KELAHIRAN ALYA

Assalammualaikum...

Alamdulilah...

Semalam 05.02.2016 JUMAAT,  tepat pukul 09:58 am lahir lahir lah seorang puteri dan ulang tahun kelahiran Ke-3 tahun buat ALYA ADRIANA  

Hari ini, abinya membawa Alya Adriana makan kegemaran ayam gorengnya... Punyalah alya suka... Tempat kesukaan abinya juga KFC BATU BERENDAM , MELAKA.










" SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 3 TAHUN BUAT ALYA ADRIANA...
SEMOGA JADI ANAK YANG BAIK DAN SOLEHAH SELALU...
UMMI , ABI DAN ABANG DARWISH SAYANGKAN ALYA ADRIANA"


Lagi 13 Hari pula, birthday Abg Darwish juga... 19.02.2016...







BANJIR KILAT DI PERKAMPUNGAN ALOR GAJAH


Assalammualaikum..


Hujan lebat malam tadi..
Banjir kilat di kawasan perkampungan di JELATANG ( DALONG ) dalam daerah  Alor Gajah , Melaka.

Keadaan itu amat sesak ketika kami sekeluarga dalam perjalanan dari TAMPIN menuju ke KAMPUNG AYER MOLEK ,, pagi tadi...

Jalan yang kami selalu lalui juga ditutup buat sementara waktu iaitu SRI PENGKALAN, ALOR GAJAH, Melaka.









5 Februari 2016

GIVEAWAY CASH RM30 FEB 2016 BY AHBAR

Assalammualaikum...

Alhamdulilah...

Jom join.... GIVEAWAY...


Klik Banner untuk join giveaway


Subscribe to our mailing list to get the updates on our Special Offer to your email inbox...

 We can't wait more to have your email in our subscribers email list. Just put your nice email in below box:

* indicates required


Biskut Semperit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Anda tengah mencari biksut semperit tradisional sedap untuk dinikmati musim perayaan ini?

  1. Mari cuba produk keluaran kami, dijamin kepuasan memakan biskut semperit ini sehingga tahap 90% puas hati.
  2. Ingin mencari biskut semperit apabila makan cair di dalam mulut? Jawapanya adalah biskut semperit keluaran kami.
  3. Bahan yang digunakan ketika proses ini adalah butter, tepung, gula dan telur.

Biskut Semperit AHBAR telah mempunyai pengalaman semenjak 2006 dimana resepi secara turun temurun dan Berjaya menambat hati pembeli.

Jadi jangan lepaskan peluang ini, mari merasai kenikmatan memakan biskut semperit yang mempunyai citarasa tradisional dikekalkan.


KINI HANYA

RM25.00

50 KEPING

FREE COD AMPANG / KUALA LUMPUR


4 Februari 2016

BLOGLIST SAYA

Assalammualaikum...

Alhamdulilah

Inilah bloglist member baru saya...

Salam perkenalan dari saya , Fiza...

Salam ukhwah buat kalian..








RUMAH IDAMAN AKAN JADI REALITI


Assalammualaikum...

Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...


Tengah Duduk Diam-diam...
Teringat ayat si abang darwish semalam...


" Ummi , look house!!! "
" Which one? "
" There !.... So nice home... " 

" I want that home for us ... For our family to be happy always... I don't see anyone sad always... I want happy ...."

Amboi... Abang darwish... Terharu mendengarnya ayat si abang darwish...

Abinya hanya diam sahaja... Apabila mendengar permintaan si abang Darwish...

" Abi , let's go to move new home..."




Tidak kisah bagaimana rupa bentuk rumah itu... Janji rumah itu selamat dan aman semuanya....

Betul juga cakap si abang Darwish.... Walaupun umur si abang darwish 5 tahun


" Take time , Ummi ,  Abi ..."


Image GOOGLE















ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign