UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

13 November 2015

SHAWL FELICITI YALE BLUE


Assalammualaikum 
Salam sejahtera..

Alhamdulilah..



Shawl Feliciti Yale Blue ...

Baru dilancarkan pada awal bulan November 2015




Klik sini








SEKIAN.
TERIMA KASIH.



SHAWL CASSANDRA



Assalammualaikum 
Salam sejahtera...



Shawl Cassandra oleh SIMPLEHIJAB 
SUNGGUH CANTIK...










klik sini





SEKIAN.
TERIMA KASIH.



11 November 2015

CONVOCATION DAY

Assalammualaikum 
Salam sejahtera...

Alhamdulilah ...

Semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka dengan RAHMAT-NYA DAN RAHIM-NYA...

tanpa kusedari pasangan member adik bongsu NUR ZIELA ARYANNA BINTI YAACOB dan NUR ZIELA ARYANTI BINTI YAACOB ... TAHNIAH BUAT MEREKA BERDUA...

BERKAT USAHA MEREKA BERDUA ... MEREKA BERJAYA MENDAPATKAN SEGULUNG SIJIL SAMA ADA DI UM ATAU PUN UITM... BERKAT JUGA DOA KEDUA IBU BAPA KAMI UNTUK MEREKA.  




HADIAH JUGA BUAT EMAK DAN AYAH 
SELAMA MEMBESARKAN KAMI...



ARYANNA DAN ARYANTI
PASANGAN KEMBAR BONGSU.



TERIMA KASIH BUAT:

 AYAH DAN EMAK 
GURU - GURU
PENSYARAH
KAWAN-KAWAN
JIRAN TETANGGA
SAUDARA MARA...

SEKIAN.
TERIMA KASIH...

7 November 2015

DOA UNTUK MENGERATKAN KASIH SAYANG

Assalammualaikum wbt...

Salam sejahtera...

Alhamdulilah Semuanya sihat-sihat belaka ..

Pagi ini , selepas solat... Terjumpa ayat Al Quran ini ..



Doa pengasih untuk mengeratkan lagi kasih sayang...

In Sya ALLAH...


6 November 2015

PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN ...

Assalammualaikum....
Alhamdulilah.. Semuanya sihat-sihat belaka...
Berkongsi bersama.... Cerita tersebut...
Teringat apa yang berlaku ketika itu....
"
Cantik ayat ni ...!
Kadang - kadang Adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......
Kadang - kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......
Kadang - kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik.....
Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..
TERIMA KASIH ADIK BERADIK
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3 . Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg plg berharga:
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.
Ya Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.."
Kirimlah kpd semua Adik beradik yg kita ingati.....


5 November 2015

MANFAAT BERSEDEKAH

Assalammualaikum wbt

Alhamdulilah...
Semuanya sihat-sihat belaka...







MANFAAT BERSEDEKAH....

1. Memanjangkan umur.

2. Menolak bala.

3. Meluaskan REZEKI.

4. Memudahkan urusan pembelajaran.

5. Membantu melunasi hutang.

6. Menghindar kerugian.

7. Menghindar bankrap.

8. Meningkatkan keuntungan.

9. Menyembuhkan penyakit.

10. Memudahkan urusan.

11. Menyelesaikan masalah.

12. Memudahkan jodoh.

13. Memudahkan keturunan.










" MEREKA BERTANYA KEPADAMU ( WAHAI MUHAMMAD ),
APAKAH YANG AKAN MEREKA BELANJAKAN ( DAN KEPADA SIAPAKAH )?
KATAKANLAH , ' APA JUA HARTA BENDA ( YANG HALAL ) YANG KAMU BELANJAKAN MAKA BERIKANLAH KEPADA KEDUA IBU BAPA, KAUM KERABAT , ANAK-ANAK YATIM , ORANG-ORANG MISKIN DAN ORANG-ORANG YANG TERLANTAR DALAM PERJALANAN. DAN ( INGAT LAH ) , APA JUA JENIS KEBAIKAN YANG KAMU LAKUKAN , MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH SWT SENTIASA MENGETAHUI-NYA ( DAN AKAN MEMBALAS DENGAN SEBAIK-BAIKNYA)." 

( SURAH AL BAQARAH : AYAT :215 )


" PERUMPAMAAN ( DERMA ) ORANG-ORANG YANG MEMBELANJAKAN HARTANYA PADA JALAN ALLAH SWT , IALAH SAMA SEPERTI SEBIJI BENIH YANG TUMBUH MENERBITKAN TUJUH TANGKAI. SETIAP TANGKAI ITU PULA MENGANDUNGI SERATUS BIJI. DAN ( INGATLAH ) , ALLAH SWT AKAN MELIPATGANDAKAN PAHALA BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA , DAN ALLAH MAHA LUAS ( RAHMAT ) KURNIA-NYA , LAGI MELIPUTI ILMU PENGETAHUAN-NYA."

( SURAH AL BAQARAH : AYAT 261 )


MASYA ALLAH......
















SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT BUAT ANDA SEMUA..

SHARING IS CARING



30 Oktober 2015

SAHABAT SEJATI

Assalammualaikum wbt....
Salam sejahtera....

Alhamdulilah....

Semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka...

Sahabat?
Teman?
Kawan?

Kita hidup di muka bumi ini kita tidak bersendirian malah Allah swt telah menjadikan seseorang untuk mengisi kekosongan dan kesepian iaitu sahabat , teman ataupun kawan.

Cuma kita pilih sahaja pasangan tersebut yang terbaik untuk kita.

Antara ciri-ciri SAHABAT YANG BAIK adalah:

1. Seorang yang berani menegur kesalahan sahabatnya.

2. Tidak mencari aib sahabatnya.

3. Seseorang yang suka memaafkan kesalahan orang lain.

4. Tidak berburuk sangka.

5. Selalu memulakan SALAM apabila bertemu.

6. Sentiasa mendoakan sahabatnya ketika berjauhan.

7. Suka memberi nasihat apabila diperlukan.

8. Seseorang yang selalu memberi manfaat ; dengan ilmu , akhlak dan segala yang dimiliki olehnya.

9. Seseorang yang tidak selalu mengikuti hawa nafsunya.

10. Merasa bahagia jika diperlukan bantuannya, serta suka memberi bantuan tanpa balasan.

11. Seseorang yang memberi kepercayaan dan memahami sahabatnya.

12. Berinteraksi dengan penuh kesopanan.

13. Sentiasa mendorong untuk melakukan kebaikan.

14. Dapat membuat sahabat tersenyum pada masa kesusahan.

15. Mengambil berat terhadap sahabatnya serta berusaha mencari penyelesaian.

Itulah antara ciri-ciri yang ada pada sahabat yang baik, hargailah dirinya dan berusahalah menjadi sahabat yang baik.

Semoga Allah swt mengekalkan persaudaraan yang ada. Namun, jika tiada lagi sahabat seperti itu, berusahalah menjadi sahabat yang baik untuk orang-orang disekeliling kita. Hiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji.

" ORANG YANG PALING AKU SUKAI ADALAH DIA YANG MENUNJUKKAN KESALAHANKU."   ( UMAR BIN KHATTAB , KHALIFAH ISLAM KEDUA DAN SAHABAT RASULULLAH SAW )

" SAHABAT YANG BAIK ADALAH SAHABAT YANG ADA KETIKA SUSAH MAHUPUN SENANG. TANPA SIKAP SALING MEMBANTU , MAKA HUBUNGAN PERSAHABATAN TIDAK BERTAHAN LAMA."   ( IMAM SYAFI'E , ULAMA DAN IMAM MAZHAB )

DOA MURAH REZEKI

Assalammualaikum wbt...

Salam sejahtera semuanya...

Alhamdulilah...

Semoga semuanya sihat-sihat belaka....







" JIKA KAMU BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT SECARA BENAR, TENTU DIA AKAN MEMBERIKAN REZEKI KEPADA KAMU, SEBAGAIMANA DIA MEMBERIKAN REZEKI KEPADA BURUNG. BURUNG PERGI ( TERBANG ) PADA WAKTU PAGI DALAM KEADAAN PERUT KOSONG , DAN KEMBALI DENGAN PERUT YANG KENYANG." ( NABI MUHAMMAD SAW, DIRIWAYATKAN OLEH AT-TARMIDZI )



ALLAH SWT berfirman :

" DAN TIADALAH SESUATU PUN DARIPADA MAKHLUK-MAKHLUK YANG BERGERAK DI BUMI MELAINKAN ALLAH SWT JUALAH YANG MENANGGUNG REZEKINYA DAN MENGETAHUI TEMPAT KEDIAMANNYA DAN TEMPAT IA DISIMPAN." ( SURAH HUD: AYAT 6 )



Dalam ayat tersebut , ALLAH SWT memberitahu bahawa DIALAH yang menanggung REZEKI semua makhluk yang ada di muka bumi, baik yang kecil mahupun besar , di daratan mahupun di lautan, bahkan di mana- mana jua tempat. 

Ayat tersebut menegaskan ALLAH SWT telah menyediakan REZEKI kepada semua makhluk hidup dan memberi mereka petunjuk untuk mencarinya. 


BUKANKAH ALLAH SWT YANG TELAH MENGHADIRKAN KITA KE DUNIA INI?


KALAU BEGITU , DIA PASTI AKAN MEMBERIKAN REZEKI KEPADA KITA. YANG PENTING , KITA YAKIN DAN SELALU BERIKHTIAR ( USAHA ).


SEKIAN.
TERIMA KASIH.




19 Oktober 2015

SABAR ITU LEBIH BAIK DARI SEGALA-GALANYA

Assalammualaikum wbt...

Alhamdulilah...


Semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Kesabaran itu adalah segala-galanya...'

titik permulaan adalah dari diri sendiri.

Segala dugaan dan cabaran itu adalah TUGASAN dari ALLAH SWT... kerana ALLAH SWT SENTIASA SAYANG DAN KASIH KAN KITA SEMUA... SEMOGA CABARAN ITU AKAN DAPAT GANJARAN DARINYA ....


SEKIAN.
TERIMA KASIH..

Semoga ia memberikan manfaat buat anda semuanya..


CHRISZEN MOIST CAKE

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah..



CHRISZEN MOIST CAKE





TESTIMONI


► KULIT KUSAM & BERMINYAK ??
Selesaikan segera dengan BEDAK MAGIC CHRISZEN MOIST CAKE..
► WOW! KEMBALIKAN KEYAKINAN ANDA SEPANJANG HARI
[Sesuai Untuk Semua Golongan WANITA dan anda WAJIB baca sampai habis]
► BEDAK MAGIC NO.1 DI MALAYSIA!!
Bedak Magic yang telah membantu ramai WANITA yang ingin MENAMBAH KEYAKINAN DIRI DAN SENANTIASA KELIHATAN JELITA, CANTIK DAN MENAWAN. 
**Bedak seperti ini tidak pernah anda jumpai di pasaran Malaysia sebelum ini. Sebabnya bedak ni bukan sahaja kosmetik biasa tapi sebenarnya adalah:



---------------------------------------------------------------------------
SKIN CARE+COSMETIC = BEDAK MAGIC ‘CHRISZEN MOIST CAKE’
---------------------------------------------------------------------------

Kalau nak tahu apa yang membuatkan BEDAK MAGIC ‘CHRISZEN MOIST CAKE’ ini begitu ISTIMEWA kerana ia mengandungi:

+ L-Glutathione (Mencerahkan)
+ Pelindung UV (SPF 50/PA+++)
+ Kolagen (Menghaluskan)
+ Pelembap (Melembapkan)
**Diformulasikan di Korea.

13 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MILIKI ‘CHRISZEN MOIST CAKE’

✔ Wajah lebih licin, gebu , glowing & cerah semulajadi.
✔ Jimat masa - tak sampai 3 minit wajah tampil berseri2.
✔ Sesuai utk ibu2 yg sibuk & bekerjaya kerana sangat senang disapu dan mudah untuk diratakan ke seluruh wajah.
✔ Menutupi bintik2 hitam & ton kulit yg tak sekata. Dapat menutupi parut, serta lingkaran hitam sekeliling mata.
✔ Mengecilkan pori2 yg terbuka dan Noncomodogenic – tidak menyumbat pori-pori.
✔ Anti aging - melambatkan proses penuaan kulit..kelihatan jauh lebih muda dr usia sebenar.
✔ Perlindungan sinar matahari – spf 50++, kulit yg lemah akibat terdedah pd cahaya matahari akan menyebabkan kulit anda cepat berkedut, berjeragat & kusam.
✔ Tidak berminyak & sesuai untuk semua jenis kulit (normal, kering & berminyak). Warnanya dicipta untuk orang Asia serta tekstur yg ringan sesuai untuk cuaca panas/tropika.
✔ Nampak sangat natural tak seperti memakai mekap tebal, tidak “comot & bercapuk2”.
✔ Sapuan sedikit sudah memberi hasil maksima seperti dimekap oleh jurusolek professional!
✔ Tahan lama sehingga 10 -12 jam.
✔ Mudah di bawa ke mana shj.
✔ Yang penting MURAH, JIMAT & SENANG utk digunakan.
PENTING!!
✔ Kesan sepantas 3 minit !! Ini adalah respon biasa yang kami terima dari ribuan pengguna kami. Jadi, anda patut cuba HARI INI JUGA !!
✔ Chriszen Moist Cake telah mendapat kelulusan KKM - NOT140304903K dan selamat digunakan.



TESTIMONI PELAKON WANITA FELIXIA YEAP


KLIK SINI



ATAU untuk menjana pendapatan boleh klik link tersebut:

SINI 

MENJANA PENDAPATAN BERSAMA AMORA


menjana-pendapatan-bersama-amora



MEMUDAHKAN ANAK CEPAT BERCAKAP

Assalammualaikum wbt...
salam sejahtera....

DOA UNTUK ANAK CEPAT BERCAKAP....

In sya Allah...



Dimulai :



Al Fatihah


Surah TAHA 25-28
Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Penawar Anak Lambat Bercakap

1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.

2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap2 kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yg sempurna, dan menguatkan daya ingatan.

3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri. In Shaa ALLAH





SEKIAN TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT BUAT ANDA




18 Oktober 2015

DOA KU BUAT MU

Assalammualaikum wbt...
ALHAMDULILAH...

Semuanya sihat-sihat belaka dengan IZIN-NYA

DIMULAI DENGAN :
AL FATIHAH



DOA KAN UNTUK :

SUAMI UNTUK ISTERINYA

ISTERI UNTUK SUAMINYA

Amiiin...



SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT BUAT ANDA SEMUA..

SEKIAN.
TERIMA KASIH...

SHARING IS CARING...



15 Oktober 2015

USAHLAH SEBEGINI, KASIHANILAH DIA

Assalammualaikum wbt..
Alhamdulilah...





Peringatan untuk diriku juga...

" Mak, ayah,... Maafkan daku jika banyak menyusahkan kamu berdua... Mak dan ayah banyak pengorbanan demi membesarkan kami semua ketika itu... Kali ini biarlah kami ( anak-anakmu ) berdikari pula.."

" TERIMA KASIH MAK , AYAH JASAMU BANYAK SANGAT UNTUK KAMI SEMUA"

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

BERBAHAGIALAH SELALU DENGAN DOAMU KEPADA-KU

Assalammualaikum wbt...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...


DOAKU BUAT-MU.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.


YA ALLAH ,
AKU MEMOHON CINTA-MU DAN CINTA ORANG YANG MENCINTAI-MU. JUGA CINTA YANG MENDEKATI KEPADA CINTA-MU.

YA ALLAH,
JADIKAN AKU REDHA SEPENUH HATI TERHADAP CINTAKU KEPADA-MU YANG MENGUASAI SEGALA USAHAKU.

YA ALLAH , 
JADIKANLAH SEGENAP KECINTAANKU SEBAGAI KEKUATAN YANG ENGKAU REDHAI.

YA ALLAH , 
TENANGKANLAH HATIKU ATAS SETIAP KECINTAAN BURUK YANG ENGKAU SINGKIRKAN DARIPADAKU.

YA ALLAH, 
DAKU SANGAT DHAIF DAN MALU DALAM PERMOHONAN , SEUMPAMA ORANG YANG SANGAT MISKIN DAN MENGHARAPKAN DALAM DERAIAN AIR MATA DAN PENYERAHAN HATI KEPADA-MU.

YA ALLAH, 
JANGANLAH JADIKAN DAKU KECEWA DALAM BERDOA. KASIHANILAH DAKU WAHAI RABB YANG MAHA MEMBERI DAN MAHA MENGASIHANI.


AMIINNN YA RABBAL AL LAMIN....




SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SHARING IS CARING.



TIP CARA ELAKKAN DIRI DARIPADA PERASAAN MARAH ATAU PANAS BARAN

Assalammualaikum wbt ....
Dan Salam sejahtera...
Alhamdulilah ...

Semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka dengan keIZINAN-NYA...

Adakah anda semua mempunyai perasaan MARAH atau PANAS BARAN?

Setiap manusia tidak lari dari membuat silap. Apatah lagi sikap sebegitu tidak dapat dikawal oleh minda .... Ia  adalah secara spontan.

Kekadang itu, kita dikawal oleh hawa nafsu yang diketuai oleh BISIKAN SYAITAN SAHAJA.
Marah?? Marah dalam menurut ISLAM adalah:

" DAN SEGERALAH KAMI KEPADA KEAMPUNAN DARIPADA TUHAN KAMU, DAN SYURGA YANG LUASNYA SELUAS SEGALA LANGIT DAN BUMI, YANG DISEDIAKAN UNTUK ORANG YANG BERTAKWA.
IAITU ORANG YANG MENDERMAKAN HARTANYA PADA MASA SENANG DAN SUSAH ORANG YANG MENAHAN KEMARAHANNYA DAN ORANG YANG MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG. DAN ( INGATLAH ) , ALLAH MENGASIHI ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN PERKARA-PERKARA BAIK."




Sifat marah diiktiraf sebagai antara sifat yang dimiliki oleh manusia. Namun perasaan marsh bukan sekadar dimiliki malah sifat yang mampu dikawal dan disalurkan dengan baik sehingga Allah swt menjanjikan balasan aging untuk mereka yang mengawal perasaan marah.

Mari kita kongsikan serba sedikit tentang cara untuk elakkan perasaan marah menurut ISLAM. Antaranya:

1. Meminta perlindungan kepada ALLAH SWT daripada syaitan terkutuk.

2. Jikalau sedang berdiri , duduk. Jikalau sedang duduk , berbaring.

3.Tinggalkan tempat yang mencetuskan kemarahan.

4. Berwudhuk.

5. Lakukan solat sunat dua raakat.

6. Memperbanyakkan DOA memohon supaya ALLAH SWT memelihara daripada sifat keji.



SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT BUAT ANDA SEKALIAN.



KEUTAMAAN MEMBERI MAAF

Assalammualaikum wbt...
Salam sejahtera....

Alhamdulilah....
Semuanya dalam keadaan sihat - sihat belaka dengan KEIZINAN-NYA....

KEUTAMAAN MEMBERI MAAF....

Salah satu daripada ASMAULHUSNA adalah YANG MAHA PEMAAF... Sebagaimana dalam firman-NYA:

BERMAKSUD;

" JIKA KAMU MELAHIRKAN SUATU KEBAIKAN ATAU MENYEMBUNYIKAN ATAU MEMAAFKAB SUATU KESALAHAN ORANG LAIN , MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MAHA PEMAAF LAGI MAHA KUASA."  ( SURAH AN-NISA ' : 149 )

MEMAAFKAN kesalahan orang adalah sifat terpuji. Antara kelebihan dan keutamaan sifat suka memaafkan adalah:

1. Dekat dengan KETAKWAAN. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :

" HENDAKLAH KAMU SUKA MEMAAFKAN DAN ITU ADALAH YANG TERDEKAT PADA KETAKWAAN ( KEPADA ALLAH SWT ) ( AL BAQARAH :237 )

2. Mendapat KEMULIAAN. Sabda RASULLAH SAW:

" MEMBERI MAAF ITU TIDAK MENAMBAHKAN SESEORANG MELAINKAN MAGHFIRAH ( KEAMPUNAN ) , PASTI ALLAH SWT AKAN MEMULIAKAN KALIAN. "  ( RIWAYAT : DAILAMI, ASFAHANI )

3. Akhlak yang UTAMA. Sabda Rasullah saw :

" SEUTAMA-UTAMA AKHLAK AHLI DUNIA DAN AKHIRAT IALAH : ENGKAU MENYAMBUNG HUBUNGAN DENGAN ORANG YANG MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGANMU , MEMBERI SESUATU KEPADA ORANG YANG TIDAK MEMBERIMU, DAN MENGAMPUNI ORANG YANG MENZALIMIMU." ( RIWAYAT : TABRANI , BAIHAQI )

4. DIAMPUNI DOSANYA. FIRMAN ALLAH SWT yang bermaksud;

" PADA HARI INI TIDAK ADA PENYESALAN ( CELAAN ) DARI-KU ATAS PERBUATAN KALIAN YANG LALU ITU. SEMOGA ALLAH SWT MENGAMPUNI KESALAHAN-KESALAHAN KALIAN. DAN DIA PALING BERKASIH SAYANG DARIPADA SEMUA YANG BERKASIH SAYANG." ( YUSUF : 92 )

5. DiRahmati ALLAH SWT dan dimasukkan kedalam SYURGA. RASULLAH SAW bersabda;

" ADA TIGA PERKARA , BARANGSIAPA TERDAPAT PADANYA, MAKA DILINDUNGI ALLAH SWT, DAN ALLAH SWT MEMBERI RAHMAT KEPADA - NYA DAN AKAN MEMASUKKANNYA KEDALAM SYURGA, IAITU : BILA DIBERIKAN DIA BERSYUKUR , DAN BILA DIA MAMPU MEMBALAS, DIA MEMAAFKAN DAN BILA DIA MARAH REDA KEMARAHANNYA. "

6. DIBERI KEBEBASAN MEMILIH BIDADARI. SABDA RASULLAH SAW:

" BARANGSIAPA MENAHAN MARAH , PADAHAL IA DAPAT MELAKSANAKANNYA, MAKA KELAK PADA HARI KIAMAT ALLAH SWT AKAN MEMANGGILNYA DI DEPAN SEKALIAN MAKHLUK , KEMUDIAN IA DISURUH MEMILIH BIDADARI SEKEHENDAKNYA. " ( RIWAYAT: ABU DAUD , TARMIZI )

7. URUSAN YANG DIUTAMAKAN. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :

" TETAPI ORANG YANG BERSABAR DAN MEMAAFKAN , SESUNGGUHNYA PERBUATAN YANG SEDEMIKIAN ITU TERMASUK URUSAN-URUSAN YANG DIUTAMAKAN." ( ASY- SYURA : 43 )



SEKIAN.
TERIMA KASIH.


13 Oktober 2015

SALAM MAAL HIJRAH 1437hijrah

Assalammualaikum wbt
Dan Salam sejahtera...
Alhamdulilah...
Semuanya dalam keadaan sihat-sihat hendakNYA...
Lagi beberapa jam lagi kita semua akan menyambut tahun baru bagi kalendar Islam 1437hijrah
Semoga kita akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya dan sesudahnya...

" PERPADUAN NADI TRANFORMASI NEGARA "




DOA AKHIR TAHUN 1436 HIJRAH
( Dibaca sebanyak 3kali selepas solat ASAR atau sebelum masuk waktu solat MAGRIB pada akhir bulan Zulhijjah 1436h )




DOA AWAL TAHUN 1437

HIJRAH
( Dibaca selepas solat MAGRIB )

Semoga ia memberi manfaat buat anda semua...
Sharing is Caring
SEKIAN.
TERIMA KASIH.

9 Oktober 2015

SALAM JUMAAT

Assalammualaikum wbt...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah ....
Semuanya sihat-sihat belaka dengan izin-NYA

Masih diberi nafas untuk melihat KEINDAHAN  alam semulajadi...

Subhanaallah...

Alhamdulilah...

Allahuakbar...

Dapat menjalankan perintah Allah swt . firman Allah swt yang bermaksud:

" Wahai orang-orang beriman , ( untuk bersyukur kepada Allah swt ) ingat serta sebutlah nama Allah swt dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." ( SURAH AL AHZAB AYAT : 41-42 ) 



UNTUK MENDAPATKAN KEJAYAAN

Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

" Sebutlah serta ingatilah AllAh swt ( dengan DOA ) banyak - banyak , supaya kamu berjaya ( mencapai kemenangan )." ( SURAH AN ANFAL AYAT : 45 )





SEKIAN.
TERIMA KASIH


3 Oktober 2015

MANA MAK??????

Assalammualaikum wbt
Salam sejahtera.....

Alhamdulilah.....


Kisah tersebut menjadi pedoman dan pengajaran buat saya sekeluarga... Saya kongsikan pengalaman mereka . ... Cerita tersebut saya viral kan sahaja daripada kawan-kawan saya sebenarnya.... Jangan salah faham ye...



MANA MAK???

Renung2kan....

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak
malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab
mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah kata -kata Mak malam itu, "kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur.Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.

Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali hjlebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Sharekan pada yg lain andai anda sayang ibu anda..
Bagi anak anak baca...

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT BUAT ANDA SEMUA...

DOAKAN UNTUK KEDUA IBU BAPA KITA... Walaupun mereka berdua masih hidup lagi...

AL-FATIHAH....
AMIIIINNN... YA RABBAL ALLAMIIIINNN....

Emak dan ayah saya masih sihat selalu...
I love you all mum and dad...

MENJAUHI SIFAT PENDENDAM

Assalammualaikum wbt...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...

MENJAUHI SIFAT PENDENDAM

RASULLAH SAW bersabda:

" Ada tiga perkara yang akan aku beritahu kepadamu. Barangsiapa tidak terdapat salah satu dari sifat-sifat ini, maka Allah swt akan mengampuni segala dosa-dosanya yang lain, iaitu;

1. Pertama : orang yang mati tidak menyengutukan ALLAH SWT akan sesuatu.

2. Kedua : orang yang mati yang tidak pernah menjadi ahli sihir.

3. Ketiga : orang yang tidak pernah send am terhadap saudara-saudaranya. "

( HR. TABRANI )




SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT BUAT ANDA SEMUA.

KEMAAFAN ADALAH KEMULIAAN

Assalammualaikum wbt...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah....

KEMAAFAN ADALAH KEMULIAAN

Sungguh mendalam maksudnya ;

RASULLAH SAW BERSABDA:

" TIDAK AKAN BERKURANG HARTA KEKAYAAN SEBAB DISEDEKAHKAN DAN ALLAH TIDAK MENAMBAH PADA SESEORANG YANG MEMAAFKAN , KECUALI KEMULIAAN. TIDAKLAH SESEORANG YANG MERENDAHKAN DIRI KERANA ALLAH SWT , KECUALI ALLAH SWT AKAN MENAIKKAN DARJATNYA. "

( HR. MUSLIM )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA.

TAWADDUK TERHADAP ALLAH SWT

Assalammualaikum wbt dan dalam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semuanya sihat-sihat belaka...

TAWADDHUK atau sikap merendah diri adalah merupakan budi pekerti yang mulia. Dengan adanya sikap tawaddhu' maka akan nenjadi indah budi pekerti , baik terhadap sesama manusia mahupun terhadap ALLAH SWT.

Sikap tawaddhuk itu tumbuh kerana adanya kesedaran akan hakikat kejadian diri. Sebab dari segi kejadiannya, manusia diciptakan dari tanah , maksudnya asal diciptakan manusia pertama sekali ( ADAM ) adalah dari tanah. Kemudian anak keturunannya Dari setitis air yang hina ( air mani ). Dapat pula diertikan bahawa semua manusia hidup daripada makanan dan tumbuh-tumbuhan dari tanah , kemudian makanan tersebut menjadi air mani.

Dengan menyedari asal kejadian manusia ini , maka tidak sepatutnya manusia itu menyombongkan diri.

RASULLAH SAW BERSABDA:

" SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TELAH MEWAHYUKAN KEPADAKU :
" BERTAWADDHUKLAH KAMU , HINGGA SESEORANG TIDAK BERMEGAH-MEGAH ATAS SESEORANG , DAN SESEORANG TIDAK BERLAKU ANIAYA ATAS SESEORANG."  ( HR. BUKHARI )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT UNTUK ANDA SEMUA.

23 September 2015

SALAM AIDIL ADHA 1436H / 2015

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...

Alhamdulilah...

Takbir Raya sedang berkumandang di corong-corong radio dan televisyen... Malahan takbir raya juga bergema dari surau dan masjid...

Mendayu-dayu apabila mendengar takbir raya..

Dikesempatan ini , saya sekeluarga ingin mengucapkan SALAM AIDIL ADHA 1436H / 2015...

Maaf jika ada silap dan salah selama ini ...


Kepada sesiapa yang sedang memandu balik ke kampung berhati-hati selalu... Biar lambat asal selamat semuanya sampai ke tempat destinasi yang dituju....


Sekian. 
Terima kasih...


21 September 2015

EPHYRA AFFILIATE

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal dan kepakaran?
Tak mengapa. Jom sertai program affiliate Ephyra.my dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:


Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate Ephyra.my?:
1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 5% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis produk) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Setiap referral akan di-tag ke akaun anda selama setahun. Anda akan mendapat komisen bagi setiap perbelanjaan mereka sepanjang tempoh tersebut!

Apa yang lebih menarik lagi?

1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 3% (bergantung kepada jenis produk) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di Ephyra.my. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di Ephyra.my.

3. Pertandingan dan hadiah lumayan untuk Affiliate yang memberikan prestasi terbaik dari masa ke semasa.
Jangan tunggu lagi! Inilah peluang anda menambah pendapatan!



Antara produk di EPHYRA;


TERIMA KASIH.



20 September 2015

EPHYRA INTEEMOR

Assalammualaikum wbt
Salam sejahtera....
    
EPHYRA INTEEMOR

INTEEMOR adalah minuman jus premium wanita yang dirumus khas untuk kesihatan & keintiman wanita. Ianya diperkaya dengan pelbagai herba dan kandungan semulajadi yang terbukti berkualiti dari zaman berzaman untuk melengkapkan wanita dari segi kecantikan, kesuburan & kesihatan wanita persis gadis sunti.Diadun dan diperkaya dengan 1001 khasiat rahsia herba semulajadi, yang sangat cepat menyerap ke dalam tubuh kerana  kandungannya adalah dari sumber padat yang diambil dari patinya sahaja. Hasilnya dapat dirasai selepas 3 hari dan jika diamalkan secara berterusan mampu mengembalikan kecantikan, kesuburan dan kesihatan seperti wanita muda.

Kandungannya :

1. Kacip Fatimah
2. Manjakani
3. Pueraria Mirifica
4. Kunyit
5. Kolagen
6. Dong Qui
7. Akar Serapat
8. Habbatussauda
9. Buah Tin
10. Aprikot Seed
11. Acai Beri
12. Delima
13. Aloe Vera
14. Durian Belanda
15. Sireh
16. Madu
Kelebihan:
1. Mengatasi masalah keputihan
2. Menghilangkan kegatalan dan bau
3. Mengetatkan, menegangkan & merapatkan otot faraj
4. Memberi tenaga & kecergasan
5. Membuang toksin dalam badan
6. Melawaskan sistem penghadaman
7. Melancarkan perjalanan dan kitaran haid
8. Membuang angin dalam badan
9. Mengurangkan masalah bau badan
10. Mengatasi masalah kemaluan berbau
11.Menguatkan keinginan hubungan seksual
12. Anti penuaan & mencantikkan bentuk badan
13. Membesar & menegangkan payudara
14. Membakar lemak berlebihan
15. Mengawal berat badan berlebihan
16.Mengempiskan perut buncit
17. Membentukkan punggung agar lebih menawan
18. Menyuburkan rahim & merapatkan pintu rahim
19. Mengecutkan saluran peranakan & mengurangkan masalah lemah tubuh badan
20. Meningkatkan pengaliran darah yang membantu rangsangan seksual
21. Mengatasi kekeringan faraj bagi wanita yang menopouse
22. Menghilangkan keletihan dan kesakitan sendi
23. Menghalang jangkitan kulat dan virus
24. Memberikan perlindungan antioksidan yang tinggi
25. Meningkatkan pertahanan sistem imunisasi dalam badan.

 Inteemor sesuai untuk wanita Berkahwin / Anak Dara / Wanita Berpantang / Ibu menyusu.

Cadangan pengambilan:

1. Wanita berusia 18 – 29 tahun- Minum 1 sudu besar dua kali sehari waktu pagi dan malam ( sebelum / selepas makan )
2. Wanita berusia 30 tahun ke atas- Minum 2 sudu besar dua kali sehari pada waktu pagi dan malam  ( sebelum / selepas makan )

Minum secara berterusan INTEEMOR sebagai minuman tambahan untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif
* Simpan dalam peti sejuk selepas dibuka
* Tidak sesuai diambil ketika haid.
* Dinasihatkan menggunakan sudu plastik kerana Inteemor mengandungi madu, dikhuatiri jika menggunakan  sudu besi akan kurang khasiatnya.

Klik
*** sementara stok masih ada.





TESTIMONIAL:







Sekian 
Terima kasih

19 September 2015

EPHYRA SKIN BAR

Assalammualaikum Dan salam sejahtera


Ephyra Skin Bar

Diformulasikan dari 100% bahan semula jadi tanpa bahan kimia terlarang yang memudaratkan. Ia selamat dan amat sesuai untuk semua jenis kulit, lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.


Kandungan

1. Glutathione
Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.

2. Kolagen
Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit  dengan lebih cepat untuk  menjadikannya lebih  tegang dan anjal.

3. Glyserin
Merawat kulit berminyak yang  menyumbang kepada masalah jerawat, serta masalah kulit lain. Sangat berguna merawat masalah eczema dan mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit. Ia juga memberi kelembapan pada kulit.

4. Banana Enzyme
Bertindak sebagai agen anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan tona kulit di samping menjadikan kulit lebih licin,halus dan berseri.

5. Seaweed
Salah satu agen anti keradangan kepada jerawat; rumpai laut atau seaweed menjadikan kulit lebih anjal, menaikkan seri wajah serta menjadikan kulit lebih tegang.

6. Carrot Extract
Sifat anti keradangannya membantu menggiatkan semula sel kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata, bersinar serta membantu memperbaiki tisu kulit, melindungi kulit dari pancaran sinar matahari.

7. Rice Bran Oil
Bahan semulajadi yang diperkaya dengan kandungan vitamin, nutrien dan agen anti oksida yang mampu merawat penuaan serta menyuburkan kulit dari dalam di samping memperbaharui dan memperbaiki permukaan kulit.

8. Bearberry Alpha Arbutin A Extract
Paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Ia membantumenjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam


Kelebihan
Melembapkan kulit wajah
Kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
Menanggalkan kotoran,minyak & sel kulit mati
Merawat kulit berjerawat
Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
Boleh menghilangkan bau badan
Sesuai digunakan untuk keseluruhan badan.

KLIK


*** sementara stok masih ada...




SEKIAN.
TERIMA KASIH



ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign