UMMI ADRIANA: Januari 2017

FAIZABUNYAMIN TABUNG

21 Januari 2017

AJAIBNYA SIFAT SABAR ITU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Image SABAR dari Mr Google

Sabar menurut pengertian bahasa adalah MENAHAN atau BERTAHAN. jadi , SABAR ertinya menahandiri daripada rasa gelisah , cemas dan amarah; menahan lidah daripada keluh kesah dan menahan anggota badan daripada kekalutan.

SABAR ini dapat dibahagikan kepada iaitu :

1. SABAR dalam  KETAATAN KEPADA ALLAH swt ,

2. SABAR  daripada kederhakaan kepada ALLAH SWT dan

3. SABAR dalam UJIAN dan DUGAAN ALLAH SWT.

DUA yang pertama merupakan kesabaran yang berkaitan dengan tindakan yang SUKARELA dan yang KETIGA tidak berkaitan dengan tindakan yang SUKARELA.


Kedudukan Sabar dalam AL QURAN









13 Januari 2017

DOA MOHON MENSYUKURI NIKMATMU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.





" Ya Allah , anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku , dan agar aku membuat kebaikan yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMU yang soleh dan solehah. 

Ya Allah Ya Razzaq 
ُKami memohon kepada-Mu ya Allah, 
🌸berilah kami iman yang sempurna , 
🌸ilmu yang memberi manfaat, 
🌸rezeki yang halal, anak yang soleh, 
🌸rumahtangga yang bahagia, 
🌸usia yang berkat, 
🌸doa yang mustajab, 
🌸hajat yang tertunai, 
🌸kesihatan yang berterusan, 
🌸hutang yang terbayar, 
🌸keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.


Aammiin Ya Rabbal Aalammiin.


semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

SEKIAN.
Terima Kasih.





11 Januari 2017

PENGAT UBI KELEDEK

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Pengat keledek buat minum petang...
.
.

Ubi keledek : 2 biji
Santan kelapa : 1 biji
Air : 400ml
Gula merah : 1/2 cawan
Gula pasir : 2 sudu besar
Garam : 1/2 camca
Tepung gandum : 1 sudu besar ( mix bersama air , buat kan mcm cucur )
Daun pandan : 2 helai ( simpulkan )

Cara:

Kupas kulit ubi keledek dan potong dadu ( sederhana besarnya )
Pastu empuk kan ubi keledek untuk berberapa minit dan tos kan dari airnya.
Masukkan gula merah , gula pasir dan DAUN pandan bersama air 400ml sampai mendidih.
Kemudian masukkan ubi keledek yg Telah direbus tadi dan santan se Kali.
Didihkan semua bahan-bahan. 
Masukkan tepung gandum yg telah dimix kan tadi ke dalam pengat tadi.
Setelah siap Boleh Lah dihidangkan untuk seisi KELUARGA..

Selamat mencuba...
.
.

#UmmiAdrianaBeauty
#fiza0173245640


9 Januari 2017

SOTONG MASAK KICAP

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Resepi sotong masak kicap dan nasi bubur untuk berbuka nanti.

Simple jer ... Malas Pulak nak memasak banyak ... Hiihihihihi


SOTONG MASAK KICAP:

Sotong - 3 ekor ( potong bulat-bulat jer )

Bawang merah besar : 1 biji ( potong mayang )

Bawang putih : 5 Ulas ( dihiris )

Halia : 1/4 " ( dihiris )

Cili besar merah : 1 biji ( dihiris )

Kicap : 5 sudu 

Minyak masak : 2 sudu

Selamat mencuba resepi tu..


Semoga resepi memberikan manfaat buat anda.

Sekian.
Terima kasih.














ALLAH YANG MAHA PEMURAH ( AR RAUF

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



" Dan kalau bukan kerana kurniaan Allah dan RahmatNya kepadamu ( nescaya kamu akan ditimpa azab yang besar ). sesungguhnya , Allha Maha Penyantun , lagi Maha Penyayang. "

( Surah al-Nur , 24:20 )

Allah swt mempunyai nama Ar Rauf sertinya , hanya Dia yang Maha Lemah Lembut terhadap hamba-hambanya yang beriman. Dia -Lah yang menjaga pendengaran , penglihatan , pergerakkan dan diam mereka dalam bertauhid dan taat kepada-Nya. ini lah kesempurnaan kasih sayang terhadap orang-orang yang benar.

selain itu, Ar Rauf juga mengandungi maksud Maha Lemah Lembut terhadap orang-orang yang derhaka kepada-NYa. Dia akan membukakan kesempatan bagi mereka untuk bertaubat selama mana nyawa belum terlepas daripada kerongkongnya atau sebelum terbitnya matahari daripada sebelah barat.

seorang muslim yang mengesakan Allah dengan nama ini , hatinya penuh dengan belas kasihan terhadap sesama muslim secara umum dan khusus. Namun belas kasihan ini ditempatkan pada tempatnyua kerana dia merupakan salah satu akhlak terpuji serta sifat yang agung walaupun kadang kala bersikap keras dan tegas itu bermanfaat pada sebahagian keadaan, ( seperti yang dilakukan dalam hukum had , serta memerangi orang-orang yang berbuat kerosakan dan aniayayang mana pada masa itu nasihat dan berlemah lembut tidak berlaku dan tidak bermanfaat bagi mereka. )
( Dr. Mahmud Abdurrazak Al - Ridwani , Ad-Du'au bi'l Asmai'l Husna , 2005 M:104 )

petikan Doa Asmaul Husna yang bermaksud : ( iaitu doa Ibnu Mas'ud )

" Maha Suci Engkau yang tiada Tuhan selain Engkau , ampunilah dosa-dosa ku m permudahkan urusan-urusan ku , kerana sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mengampuni dosa daripada hamba yang Engkau kehendaki, Engkaulah Maha Pengampun dan Maha Pemurah. Wahai Zat yang Maha Pengampun ampunilah aku, Wahai Zat yang menerima taubat berikanlah taubat untukku , Wahai Zat yang Maha Pemurah kasihilah aku , Wahai Zat yang Maha Pemberi Maaf, berikanlah kemaafan kepadaku , Wahai Zat yang Maha Pemurah , kasihanilah aku. " 
( Al-Mujamul Kabir , Juz 10:57 ).


Semoga Asmaul husna Ar Rauf memberikan manfaat buat anda semua.

Sekian.
Terima kasih.

RUJUKAN :

AL HARAMAIN TAFSIR AYAT-AYAT PILIHAN , KARYA BESTARI SDN. BHD.



6 Januari 2017

YAKINLAH REZEKI ITU JAMINAN ALLAH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Image oleh Mr. Google

Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua



Sekian.
Terima kasih

1 Januari 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Selamat tahun baru 2017

Semoga impian yang diimpikan akan tercapai dengan niat kerana Allah swt dan sentiasa diberkati dan dirahmati Oleh Allah swt. 

Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik-baik selalu dan berbahagia selalu di samping KELUARGA tersayang

Maafkan saya jika ada silap dan salah selama ini Tanpa disedari atau tidak.


Sekian. Terima kasih





ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign