UMMI ADRIANA: TIP

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label TIP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIP. Papar semua catatan

21 Disember 2015

KHASIAT MADU LEBAH DAN KULIT KAYU MANIS

Assalammualaikum
Salam sejahtera....

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...




Umum sedia maklum madu terkenal sebagai bahan yang berkesan mencegah pelbagai penyakit jika sentiasa diamalkan. Ia juga adalah makanan sunnah Rasulullah s.a.w.

Selain dari itu madu asli jika dicampurkan dengan serbuk kayu manis boleh dijadikan sebagai bahan semulajadi mencegah pelbagai penyakit. Jika anda mengamalkannya selalu, inilah hasil yang akan diperoleh.

1 Merawat jerawat di muka.

(^)Campurkan tiga sudu madu asli dan satu sudu kayu manis. Sapukan campuran bahan itu pada muka (yang berjerawat) sebelum tidur. Bersihkan wajah anda dengan air suam pada keesokkan pagi. Amalkan setiap hari selama dua minggu berturut-turut. Ia membantu menghilangkan jerawat bahkan kulit akan terasa lebih segar dan awet muda.

2 Masalah keguguran rambut

(^)Campurkan sesudu madu dan sesudu serbuk kayu manis. Sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sehingga bersih. Hasilnya rambut lebih kuat, bersinar dan berkilau.

3 Masalah penghadaman

(^)Untuk melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh badan, ambil campuran dua sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

4 Sistem imunisasi

(^)Amalan pengambilan campuran ini mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria. Ini kerana madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

5 Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

(^)Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan satu sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini setiap pagi. Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

6 Masalah kesuburan

(^)Bagi golongan lelaki, ambil dua sudu makan madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan sementara untuk wanita pula ambil ½ sudu makan serbuk kayu manis dicampurkan dalam satu sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda

Sekian.
Terima kasih...





5 PERKARA YANG PERLU KITA RENUNGKAN

Assalammualaikum 
Salam sejahtera 

Alhamdulilah..
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt walau dimana anda berada...

5 PERKARA YANG PEELU KITA RENUNGKAN


SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT BUAT ANDA..

SEKIAN TERIMA KASIH...

20 Disember 2015

KHASIAT SURAH AL FATIHAH

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...
Alhamdulilah...
Semoga anda semua sentiasa sihat-sihat selalu....
Pada hari ini... Saya share sikit khasiat Surah AL FATIHAH....

SURAH AL FATIHAH DAN TERJEMAAHNYA



Semoga ia memberikan manfaat buat anda .

Sekian.

Terima kasih


17 Disember 2015

KUNCI-KUNCI UNTUK MERAIH KEJAYAAN

Assalammualaikum
Dan salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu..
Semoga dilindungi dan diberkati oleh Allah swt dengan RahmatNYA dan RAHIMNYA.... Dimana sahaja anda berada...


*** "  BERSABARLAH KAMU TERHADAP MUSIBAH YANG MENIMPAMU " ***


Segala apa yang tertutup mesti adanya KUNCINYA untuk membukanya....



Antara Kunci-kunci meraih KEJAYAAN:

1. kunci KEMULIAAN adalah TAAT kepada ALLAH swt dan RASULNYA.

2. kunci REZEKI adalah BERUSAHA disertai ISTIGHFAR dan KETAKWAAN.

3. kunci SYURGA adalah MENGESAKAN ALLAH swt (TAUHID).

4. kunci IMAN adalah merenung AYAT-AYAT Allah swt dan tanda-tanda yang ada pada makhluk-makhluknya.

5. kunci KEBAIKAN adalah KEJUJURAN.

6. kunci KEHIDUPAN HATI adalah merenung Al-Quran , berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.

7. kunci ILMU PENGETAHUAN adalah tidal malu bertanya dan mendengar dengan baik.

8. kunci KEMENANGAN dan KEJAYAAN adalah SABAR.

9. kunci KEBAHAGIAAN adalah TAKWA.

10. kunci BERTAMBAHNYA NIKMAT adalah BERSYUKUR.

11. kunci MENCINTAI AKHIRAT adalah ZUHUD terhadap DUNIAWI.

12. kunci AGAR PERMINTAAN DIKABULKAN oleh ALLAH swt adalah BERDOA.


*** " SENYUMAN SESEORANG IBARAT CAHAYA MATAHARI " ***

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT UNTUK ANDA.



7 Disember 2015

CARA MELAKUKAN SOLAT DI DALAM KENDERAAN SEMASA KESESAKAN LALU LINTAS


Assalammualaikum 

Salam sejahtera...

Alhamdulilah... Semoga anda semua sentiasa sihat-sihat selalu di mana sahaja Anda berada.

Semoga dilindungi dan diberkati oleh ALLAH SWT selalu...

Pada ketika ini adalah bulan cuti sekolah yang bermula di akhir bulan November 20, 2015 bulan lepas...

Kita semua tidak dapat menafikan untuk menghadapi keadaan kesesakan lalu lintas seandainya anda memulai perjalanan yang telah dirancang terlebih dahulu... Itu lebih baik.






Saya berkongsikan link tersebut buat anda semua...


SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT BUAT ANDA SEMUA.

SEKIAN.
TERIMA KASIH




7 TIP MENDIDIK ANAK LELAKI


Assalammualaikum
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga sihat-sihat sentiasa...

Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang:

7 TIP MENDIDIK ANAK LELAKI


ANTARANYA ADALAH:














saya save and share tentang tip tersebut.


Semoga Ia memberi manfaat buat anda semua.

Sekian.
Terima kasih.


30 November 2015

TIP BAGI MENCEGAH ATAU MENGHINDARI MATA ORANG DENGKI

Assalammualaikum dan Salam sejahtera ...

Alhamdulilah...
Semoga anda semua sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH SWT... Dan sihat-sihat belaka...

Sejak akhir-akhir ini , saya sentiasa mengulati sebuah buku islamik untuk terapi diri dan seluruh keluarga ....

Buku tersebut banyak mengajar sedikit demi sedikit untuk rawatan sendiri...


MENURUT BUKU TERAPI RUQYAH : PENDINDING GANGGUAN SIHIR , JIN DAN SYAITAN




Di sini saya , kongsi kan serba sedikit tip bagi mencegah atau menghindari mata orang yang dengki melalui buku tersebut...

Antaranya :

1. Memohon perlindungan kepada ALLAH daripada kejahatannya.

2. Bertakwa kepada Allah dan menjagaNya dengan menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya. Sebagaimana sabda Rasullah saw : " Jagalah Allah , nescaya Dia akan menjaga mu."

3. Bersabar atas orang yang dengki dan memaafkannya. Tidak perlu menyerangnya, mengeluhnya, dan tidak menceritakan gangguan-gangguannya atas dirinya meskipun Ia menyakitinya.

4. Tawakal kepada Allah, kerana siapa yang bertawakal kepada Allah , maka Dia- Lah yang akan mencukupinya.

5. Tidak takut kepada orang yang dengki dan tidak menyibukkan hati dengan memikirkannya , dan ini merupakan ubat yang sangat bermanfaat.

6. Menghadap Allah, ( berharap hanya kepada-NYA ) berbuat ikhlas kerana-NYA, serta mencari ketedhaan-NYA.

7. Taubat dari segala macam dosa, kerana taubat itu dapat mebantu seseorang melawan dan mengalahkan musuh-musuhnya. ALLAH SWT BERFIRMAN :



Maksudnya: " Dan apa sahaja musibah yang menimpamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar ( dari kesalahan-kesalahanmu) 

( SURAH AL-ASSUURA 42 : 30 )


8. Bersedekah dan berbuat baik sesuai dengan kemampuan. Ia mempunyai pengarih yang sangat menakjubkan dalam menolak bala, menolak pengaruh mata yang berbahaya dan kejahatan orang dengki.

9. Memadamkan ' api ' kedengkian orang yang khianat dan orang menyakiti, dengan cara berbuat kebaikan kepadanya. Jadi setiap Kali gangguan , kejahatan dan kedengkian itu bertambah pada dirinya , maka tambahkan pula kebaikanmu kepadanya, diikuti dengan nasihat dan rasa kasihan kepadanya.

10. Memurnikan tauhid dan mengikhlaskan badan hanya kepada ALLAH YANG MAHA MULIA LAGI MAHA BIJAKSANA,  kerana sesuatu tidak dapat membahayakan atau memberikan manfaat kecuali dengan IZIN-NYA , DIALAH yang menghimpunkan Semuanya itu. Dengan demikian, tauhid merupakan benteng ALLAH SWT yang paling aging yang siapa memasukinya, maka di termasuk orang yang aman.





DISARANKAN AGAR MEMBACA AYAT-AYAT TERSEBUT:

1. SURAH AL IKHLAS
2. SURAH AL FALAQ
3. SURAH AN NAS
4. DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL BAQARAH 2 : 285 - 286






SEKIAN. TERIMA KASIH.
SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT UNTUK ANDA.









24 November 2015

CARA MENSYUKURI KEPADA ALLAH SWT

Assalammualaikum 
Dan Salam sejahtera..

Bersyukur satu kewajipan setiap orang kepada ALLAH SWT. Nabi Muhammad saw yang sudah dijamin masuk ke syurga , tetap bersyukur kepada ALLAH SWT dengan menunaikan solat tahajjud dan bermunajat kepada-NYA.

Selepas solat , Rasullah saw berdoa kepada ALLAH SWT hingga waktu solat Subuh.

Bersyukur at as nikmat ALLAH SWT bererti berterima kasih kepada ALLAH SWT kerana nikmat diberikan-NYA dan ulama mengemukakan tiga cara bersyukur kepada ALLAH SWT:




Bagaimana cara untuk mensyukuri NIKMAT ALLAH SWT?

Antaranya :

1. BERSYUKUR DENGAN HATI.

Hati kita hendaklah selalu benar dan jujur. Orang yang selalu bersyukur dengan hati nuraninya tidak pernah mengingkari banyaknya nikmat Allah swt.

Kita perlu menginsafi bahawa seluruh nikmat yang kita perolehi dan setiap detik hidup kita tidak pernah lain berasal dari ALLAH SWT.

Hanya ALLAH SWT yang mampu menganugerahkan nikmat kepada manusia.


2. BERSYUKUR DENGAN UCAPAN.

Ungkapan yang paling baik untuk menyatakan syukur kita kepada ALLAH SWT adalah kalimah ALHAMDULILAH.

Dalam sebuah hadis, Rasullah saw bersabda yang maksudnya:
" Barang siapa yang mengucapkan SUBHANALLAH , mana baginya 10 kebaikan. Barang siapa membaca LAILAHAILLAH, maka baginya 20 kebaikan dan siapa membaca ALMDULILAH , maka baginya 30 kebaikan."

3. BERSYUKUR DENGAN PERBUATAN.

Cara ini biasanya dilakukan anggota tubuh. Tubuh yang diberikan ALLAH SWT kepada manusia sebik-baiknya digunakan untuk tujuan yang positif.

Menurut Imam al-Ghazali , ada tujuh anggota badan yang harus dimaksimunkan untuk bersyukur.

Anggota itu adalah mata, telinga, tangan, lidah, kaki, perut dan kemaluan.

Seluruh anggota tubuh ini diciptakan oleh ALLAH SWT sebagai nikmat-NYA untuk kita.

Lidah , misalnya hanya untuk mengeluarkan kata-kata yang baik. , berzikir dan mengungkapkan nikmat yang kita rasakan.

ALLAH SWT berfirman ,
" Dan terhadap nikmat Tuhan-mu hendaklah kamu menyebut-menyebutnya ( dengan bersyukur)." ( ADDHUHA : 11 )





SEKIAN.
TERIMA KASIH 

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT BUAT ANDA SEKALIAN.











5 November 2015

MANFAAT BERSEDEKAH

Assalammualaikum wbt

Alhamdulilah...
Semuanya sihat-sihat belaka...







MANFAAT BERSEDEKAH....

1. Memanjangkan umur.

2. Menolak bala.

3. Meluaskan REZEKI.

4. Memudahkan urusan pembelajaran.

5. Membantu melunasi hutang.

6. Menghindar kerugian.

7. Menghindar bankrap.

8. Meningkatkan keuntungan.

9. Menyembuhkan penyakit.

10. Memudahkan urusan.

11. Menyelesaikan masalah.

12. Memudahkan jodoh.

13. Memudahkan keturunan.










" MEREKA BERTANYA KEPADAMU ( WAHAI MUHAMMAD ),
APAKAH YANG AKAN MEREKA BELANJAKAN ( DAN KEPADA SIAPAKAH )?
KATAKANLAH , ' APA JUA HARTA BENDA ( YANG HALAL ) YANG KAMU BELANJAKAN MAKA BERIKANLAH KEPADA KEDUA IBU BAPA, KAUM KERABAT , ANAK-ANAK YATIM , ORANG-ORANG MISKIN DAN ORANG-ORANG YANG TERLANTAR DALAM PERJALANAN. DAN ( INGAT LAH ) , APA JUA JENIS KEBAIKAN YANG KAMU LAKUKAN , MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH SWT SENTIASA MENGETAHUI-NYA ( DAN AKAN MEMBALAS DENGAN SEBAIK-BAIKNYA)." 

( SURAH AL BAQARAH : AYAT :215 )


" PERUMPAMAAN ( DERMA ) ORANG-ORANG YANG MEMBELANJAKAN HARTANYA PADA JALAN ALLAH SWT , IALAH SAMA SEPERTI SEBIJI BENIH YANG TUMBUH MENERBITKAN TUJUH TANGKAI. SETIAP TANGKAI ITU PULA MENGANDUNGI SERATUS BIJI. DAN ( INGATLAH ) , ALLAH SWT AKAN MELIPATGANDAKAN PAHALA BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA , DAN ALLAH MAHA LUAS ( RAHMAT ) KURNIA-NYA , LAGI MELIPUTI ILMU PENGETAHUAN-NYA."

( SURAH AL BAQARAH : AYAT 261 )


MASYA ALLAH......
















SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT BUAT ANDA SEMUA..

SHARING IS CARING



15 Oktober 2015

TIP CARA ELAKKAN DIRI DARIPADA PERASAAN MARAH ATAU PANAS BARAN

Assalammualaikum wbt ....
Dan Salam sejahtera...
Alhamdulilah ...

Semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka dengan keIZINAN-NYA...

Adakah anda semua mempunyai perasaan MARAH atau PANAS BARAN?

Setiap manusia tidak lari dari membuat silap. Apatah lagi sikap sebegitu tidak dapat dikawal oleh minda .... Ia  adalah secara spontan.

Kekadang itu, kita dikawal oleh hawa nafsu yang diketuai oleh BISIKAN SYAITAN SAHAJA.
Marah?? Marah dalam menurut ISLAM adalah:

" DAN SEGERALAH KAMI KEPADA KEAMPUNAN DARIPADA TUHAN KAMU, DAN SYURGA YANG LUASNYA SELUAS SEGALA LANGIT DAN BUMI, YANG DISEDIAKAN UNTUK ORANG YANG BERTAKWA.
IAITU ORANG YANG MENDERMAKAN HARTANYA PADA MASA SENANG DAN SUSAH ORANG YANG MENAHAN KEMARAHANNYA DAN ORANG YANG MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG. DAN ( INGATLAH ) , ALLAH MENGASIHI ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN PERKARA-PERKARA BAIK."




Sifat marah diiktiraf sebagai antara sifat yang dimiliki oleh manusia. Namun perasaan marsh bukan sekadar dimiliki malah sifat yang mampu dikawal dan disalurkan dengan baik sehingga Allah swt menjanjikan balasan aging untuk mereka yang mengawal perasaan marah.

Mari kita kongsikan serba sedikit tentang cara untuk elakkan perasaan marah menurut ISLAM. Antaranya:

1. Meminta perlindungan kepada ALLAH SWT daripada syaitan terkutuk.

2. Jikalau sedang berdiri , duduk. Jikalau sedang duduk , berbaring.

3.Tinggalkan tempat yang mencetuskan kemarahan.

4. Berwudhuk.

5. Lakukan solat sunat dua raakat.

6. Memperbanyakkan DOA memohon supaya ALLAH SWT memelihara daripada sifat keji.



SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT BUAT ANDA SEKALIAN.



12 September 2015

SEPULUH ( 10 ) KUNCI UNTUK MENCAPAI DAN MERAIH KEBAHAGIAAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera ....

Alhamdulilah.... semuanya sihat-sihat belaka...

Berkongsi SEPULUH (10) KUNCI UNTUK MENCAPAI DAN MERAIH KEBAHAGIAAN.

1. Melakukan pekerjaaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi , maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang.

2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan , iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, dan membiasakan sukan seperti olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.

3. Harus memiliki tujuan dalam hidup , kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.

4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit , dengan hati yang lapang.

5. Hayati hidup yang sedang dijalani; jangan menyesali perkara yang sudah berlalu; dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.

7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.

8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman , berjiwa periang dan berteman dengan orang optimis.

9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumannya kebahagiaan darinya.

10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

11 September 2015

TIP - TIP MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM DAN UKHWAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah ...semua dalam keadaan sihat-sihat belaka.

Setiap pergaulan diantara sesama insan atau manusia adalah ikatan silaturrahim yang erat lagi utuh .. kita semua mempunyai etika yang baik dalam perhubungan silaturrahim yang erat lagi teguh... dalam adab pergaualan ini juga ada batasannya antara wanita lelaki sama ada muhrim mahupun bukan muhrim. Ini semua diambil berat juga supaya kita sentiasa tahu semua itu. terutama sekali golongan wanita solehah yang dicintai oleh ISLAM perlu memberi perhatian serius kepada langkah - langkah yang dapat menyuburkan ikatan ukhwah dan silaturrahim. Antaranya adalah:

1. Mengasihi saudara se-Islam semata-mata kerana Allah swt.

2. Mengucapkan salam apabila bertemu.

3. Sentiasa menziarahi terutama ketika sakit.

4. Sentiasa saling mendoakan.

5. Menolong ketika kesempitan.

6. Memenuhi jemputan .

7. Memberikan ucapan tahniah dan takziah.

8. Saling memberi hadiah.

9. Tidak memutuskan ikatan silaturrahim dan saling bertolak ansur dan memberi dan menerima maaf.

10. Bermanis muka semasa bertemu.

11. Sentiasa jujur dan ikhlas menginginkan kebaikan sesama saudara se-Islam.

Persahabatan yang baik memerlukan perhatian daripada kita untuk mengawalnya daripada dirosakkan oleh anasir-anasir negatif , seperti sabda RASULLAH SAW yang bermaksud;

" JANGANLAH KAMU SALING MEMUTUSKAN HUBUNGAN , JANGANLAH KAMU SALING BERPALING TADAH, JANGANLAH KAMU SALING MEMBENCI, JANGANLAH KAMU BERHASAD DENGKI. DAN JADILAH KAMU HAMBA-HAMBA ALLAH SWT YANG BERSAUDARA. DAN TIDAKLAH HALAL BAGI SEORANG MUSLIM BERPALING DARIPADA SAUDARANYA LEBIH DARI TIGA HARI." ( RIWAYAT AL BUKHARI DAN MUSLIM )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

1 Julai 2015

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ANAK-ANAK KETERLALUAN SIKAPNYA

Assalammualaikum wbt...
Alhamdulilah..

Hari demi hari anak-anak semakin membesar dan selalu aktif sangat...
Kekadang mereka memahami apa yang kita cakapkan.. Kekadang tidak... Kerana mereka terlalu dimanjakan dan mengikut segala kemahuan mereka. Anda  semua juga mengalaminya ketika membeli belah atau ke tempat yang selalu dikunjungi...


Di sini ada beberapa langkah-langkah yang dapat diatasi jika mereka bertindak keterlaluan. Antaranya:

1. ALIHKAN PERHATIAN - Cuba alihkan perhatian anak-anak dengan aktiviti yang lain , seperti

" Mari kita lihat apa yang ada di sana ( sambil membawanya ke tempat lain ) "
Atau
" Mari kita mewarna bersama-sama."

2. AJAR ANAK BERSOPAN
Anak seharusnya diajar untuk meminta dengan cara yang betul dan sopan , ibu bapa perlu nenghormati permintaan itu ( jika selamat )
Contoh :

" Cuba adik minta mainan tersebut dengan cara baik, nanti ibu akan mendapatkannya untuk adik."

3. BIJAK MENANGANI SITUASI
Sekiranya anak anda mula menunjukkan tanda-tanda marah , anda mungkin boleh mengalihkan perhatiannya dengan menggunakan teknik gurauan. Cuba bergurau dengan anak untuk mengalihkan perhatiannya.
Contoh:

Menggeletek mereka dan bergurau bersama mereka. Ini akan menyebabkan perasaan marah mereka bertukar menjadi gembira ( ketawa )

4. AJARI ANAK BERINTERAKSI DENGAN BETUL:
Selain itu, ajari anak-anak anda untuk berinteraksi dengan rakan sebaya atau adik beradiknya tentang bagaimana untuk meluahkan perasaan dengan kata-kata yang sopan , dan mengenal pasti perasaan orang lain tanpa memukul dan menjerit.


12 Jun 2015

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Anak-anak kita memerlukan perhatian sepenuhnya dari ibu bapa nya... Supaya mereka sentiasa mendapat perhatian dan kasih sayangnya dari ibu bapa. Kita sebagai ibu bapa tahu akan kemampuan dan kehendak mereka semua..

Antara petua tersebut agar mereka mengikut cakap ibu bapanya...:




1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.



2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.











3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah ... hingga habis.





4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".






5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.


RUQYYAH benteng pertahanan dalam keluarga anda





semoga ia memberi manfaat buat anda semua ...

sekian terima kasih...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign