UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

8 Jun 2016

DOA DITERIMA TAUBAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



Sekian.
Terima kasih.





KARIPAP OH KARIPAP

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu. 


Semalam punya cerita dok fikir nak buat apa untuk  berbuka puasa. Akhirnya selepas sahaja solat Asar , saya ke dapur buat rencah dan inti karipap. Berperanglah saya kat dapur. 



Maaflah saya tak reti nak buat kelim tepinya. Jadi saya guna terap karipap tu... Bersila Lah saya menerap kulit karipap itu bersama-sama anak-anak.


" Wahhhh.... Ummi buat Karipap... Nyummy..." 

" Iye... Darwish dan alya kan suka makan Karipap kan?"

" Iye , Ummi , terima kasih."


Doh karipap:

2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar planta @ margerin
500gram tepung gandum
1camca garam
1 cawan air 

Cara :

1. Masukkan tepung gandum , minyak masak, planta, garam. Mixkan bahan tersebut.
2. Kemudian masukkan air ke atas tepung tersebut. Uli sehingga menjadi doh.


Intinya pula:


Daging atau isi ayam yang dikisar.
4-5 biji ubi kentang.
2 sudu serbuk Kari Adabi.
Bawang kisar.
2 sudu minyak masak.
Daun Kari.
3 cawan air


Cara menumis:

1. Masukkanlah bahan-bahan yang dikisar dan daun kari tumiskan hingga baik baunya.
2. Kemudian masukkan serbuk kari.
3. Kemudian masukkan ubi kentang serta daging kisar.
4. Masukkan pula air kedalam bahan-bahan tersebut. 
5. Empukkan semua itu.
6. Daun sup dan daun bawang berserta perasa garam secukupnya.




Maaflah imagenya kurang jelas.


Tersenyum sampai ke telinga Cik Suami tengok saya buat karipap kesukaannya.






Selamat mencuba resepi itu. Simple sahaja.

Sekian.
Terima kasih.







Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Salam Ramadhan 1437h... Kak Sally  buat lagi segmen nak bagi Kad Raya 2016... Wahhhh seronoknya kalau saya dapat kad raya tu...

Tidak mengapa... Jom kita reramai join segmen kak Sally ini...


 KAD RAYA 2016


Good luck pada siapa yang join segmen KAK SALLY




7 Jun 2016

KETIKA KITA MENGELUH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....

Image dari Mr Google


MENGELUH - Sedikit tazkirah untuk perkongsian: 

 Ketika kita mengeluh: “ishh, aku penat sangat."
 ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا) 
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9) 

 Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku.
" ALLAH menjawab : 
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
 “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286)

Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa.
" ALLAH menjawab :
 ( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
 “ Hanya dgn mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28) 

 Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia sia.
" ALLAH menjawab : 
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ) 
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” 
(Al Zalzalah : 7) 

Ketika kita mengeluh: “ takde sorang pun yang nak tolong aku." ALLAH menjawab: 
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ) 
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
 (Al Ghafir : 60) 

Ketika kita mengeluh : “ Aku sedih sangat.” ALLAH menjawab:
( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ ) 
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)


Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.


Sekian.
Terima kasih







6 Jun 2016

AIR RENDAMAN BUAH TAMAR

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Jom amalkan minuman air nabezz tersebut. Saya pun amalkan setiap hari waktu bersahur ketika itu... 






Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w.  Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan... Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.

Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini, salah satunya riwayat dari Imam Muslim,

Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!” Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW,” tambahnya. Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari. Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya beliau SAW meminumnya.”Dari  Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya dipagi hari.” (HR Muslim).


Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma ( tamar ) telah dibuktikan sebagai:-

1. pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah

Khasiat air nabeez

Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.
Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.
Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.


Cara2:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik2 isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua...





Sekian.
Terima Kasih...






PANDUAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Panduan Amalan  Di Bulan Ramadhan 




Antara manfaat yang Boleh dimanfaatkan di Bulan Ramadhan:







Untuk mendapatkan e-book tersebut , anda boleh download SINI

Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.



Sekian.
Terima Kasih.






BANYAKNYA GANJARAN PUASA RAMADHAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Hari ini adalah hari PERTAMA umat Islam menjalani ibadat puasa bagi tahun Islam 1437hijrah / 2016 .



Antara ganjaran puasa Ramadhan:

1. Pintu SYURGA dibuka, DITUTUP pintu NERAKA.

2. PAHALA BERLIPAT GANDA.

3. Perisai dari SIKSAAN.

4. DOA sangat MUSTAJAB.

5.Diampunkan segala DOSAnya yang lalu.

6. Dijauhkan dari Api NERAKA.

7. Beroleh dua kegembiraan.

8. Masuk ke dalam SYURGA.



Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

Salam Ramadhan 1437 h.

Sekian.
Terima kasih.

2 Jun 2016

GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN


Assalammualaikum

Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak,  dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. 



GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN 




Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin




30 Mei 2016

AL FATIHAH PENAWAR SEGALA PENYAKIT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Sejak akhir - akhir ini, rasa mahu muntah , sakit kepala bagai... Tidak menahan rasa badan ini sakit-sakit semuanya... Hanya Allah swt sahaja yang mengetahuinya.

Apa yang saya lakukan, amalkan Surah Al Fatihah setiap masa. Rasa sakit sahaja terus Baca surah Al Fatihah... Letakkan tangan kanan ke dada kiri . anda Boleh lihat image dibawah....



Setiap Kali baca, rasa ingin muntah.. Bacalah ayat " IYYAKA NA'BUDU WA IYYAKAN NASTA'IN " ( 7kali )




Khasiat surah Al Fatihah..



Semoga ia memberikan manfaat buat anda...

Sekian.
Terima kasih.





10 KESALAHAN KETIKA BULAN RAMADHAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.






10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan  

1. Tidak sahur - puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.

2 Sahur terlalu awal - Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. ..

3. Terlebih tidur - lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah ... Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4. Berbuka secara buffet sampai buncit - ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir -lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. ......

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan -bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada lailatul qadar - Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! ..

8. Puasa tapi tak solat - pahala puasa pending sebab tak solat. Ayoyo! ....

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu -bulan Ramadan bulan Ilmu... Semua ibadah tiada guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan

10 Gagal upgrade  iman selepas lalui Ramadhan -ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA 1437H/2016

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Sembilan:



Image Dari Mr. Google




Image dari Mr Google.


Sumber:






Bagi negeri-negeri lain , sila klik link tersebut:

http://www.islam.gov.my/pengumuman/481-jadual-waktu-imsak-dan-berbuka-puasa-tahun-1437h-2016m



SALAM RAMADHAN 1437H / 2016M

Assalammualaikum






7 HARI LAGI

✅7 hari lagi NAFAS menjadi TASBIH... 
✅7 hari lagi TIDUR menjadi IBADAH...
✅7 hari lagi DO'A di  IJABAH...
✅7  hari lagi PAHALA dilipat gandakan...         

Tetapi..........

✅Itu semua tidak akan terjadi tanpa maaf tulus dan ikhlas dari hati saudara-saudara dan sahabatku...

Izinkan dari lubuk hatiku yang paling dalam memohon maaf untuk... 

▶Lisan yang tidak berkenan... 
▶Janji yang terabaikan... 
▶Hati yang berprasangka,
▶Perilaku yang mengjengkelkan, dan
▶Semua sikap yang menyakitkan hati dan rasa...   

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا 
كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ                    

Mohon maaf atas segala kekhilafan ini.

Semoga kita diberi umur panjang dan berkat sehingga dapat dipertemukan bulan suci Ramadhan... Aamiiin yaa robbal 'alamin

Marilh kita bersama mengucapkan MARHABAN YAA RAMADHAN🌹🌺🌹🌺

DOA SENTIASA DIRAHMATI OLEH-NYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



29 Mei 2016

CARA PARKIR KERETA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sihat-sihat selalu...

Saya budak baru hendak belajar Cara memparkir Kereta dengan betul dan selamat.  Teringat masa membuat ujian memandu kereta ketika itu. Berpusing-pusing tangan nak pegang steering kereta. Antaranya:


Posisi secara sejajar 


Posisi menyerong atau mengiring


Posisi secara paralel

Parkir parallel ini adalah posisi yang dianggap sulit atau sukar untuk dilakukan oleh sebahagian orang. Ia memerlukan trik dan latihan untuk mahirkan kaedah dengan lancar dan baik.

Cara kemasukkan dalam ruang parkir lebih besar dari ukuran panjang kenderaan kita. Majukan kenderaan hingga sejajar dengan kenderaan di tempat parkir tersebut.

Usahakan dengan jarak sekitar semeter dari kenderaan kita.













27 Mei 2016

CUKUPLAH ALLAH SAHAJA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.





Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah, 
Cukuplah Allah sebagai Penolong Kami,
Dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.

Aamiinn Ya Rabbal Aalamiin...





26 Mei 2016

UMMI JANGAN JAUH DARI SAYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Di sini saya mengambil kesempatan memohon maaf untuk tip ini untuk JANGAN PISAHKAN SAYA. Saya simpan ini tip dalam blog saya. Senang saya nak tengok Semula.

Benda-benda ini selalu ditanya oleh semua orang yang kurang memahaminya macamana keadaan kita bersama anak-anak yang sedang membesar. Namun pertanyaan sebegini membuatkan hati rasa sedih dan terkesan. Saya banyak Kali ditegur kenapa selalu memanjakan anak-anak. Saya cuma diamkan sahaja cuma ALLAH swt yang mengetahui perasaan ini.

Dengan keadaan memberikan susu badan, memandikan anak-anak , menjaga, memasak dan sakit demam mereka dan sebagainya itu Lah tanggungjawab saya sebagai Ibu buat mereka supaya mereka lebih Aman dan selamat selama 24 jam tidak berhenti kerjanya. Saya ibu tidak bekerja dan suri rumah 24 jam. Senang tengok anak-anak didepan mata. Cik Suami hanya menjalankan tanggungjawabnya mencari REZEKI diluar Sana untuk sesuap nasi mengalas perut.


Anak-anak perlukan sepenuh perhatian ibunya 24 jam ada disisi mereka. Saya kongsikan tip ini dari BABY BUDDIES. Ini lah yang sedang berlaku pada saya.













Anak-anak adalah KENANGAN paling indah apabila mereka dari lahir hingga Lah meningkat USIA. Selepas ini , saya tidak akan lagi memanja , membelai sayang kasih apabila mereka sudah hidup berdikari dan berkeluarga. Mereka Lah SAHAM untuk saya dan Suami apabila di alam kubur untuk mendapatkan DOA anak-anak soleh dan solehah.

Itu Lah anak-anak ....

Semoga ia memberikan manfaat buat anda...




Sekian.
Terima kasih.



25 Mei 2016

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

BESAR GANJARANNYA SOLAT TAHAJJUD

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Image dari Mr. Gooogle


Bismillahirrahmanirrahim

*Besar Ganjaran Dan Kebaikan Solat Tahajjud*

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

(Al-Isra:79)


24 Mei 2016

Ikhtiar Masalah Peranakan Dengan Herba bersama JMK

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Ikhtiar Masalah Peranakan Dengan Herba

Tonton Video Sampai Habis Yer
( Punca & 11 Petanda Peranakan Jatuh)
Video Klik Sini 👇
VIDEO KLIP TENTANG JMK






Ramai Yang Cakap Lepas Amalkan Jus Mutiara Kaseh,
Mahligai Yang Retak Kembali Bahagia.
Abang Dah Mula Beri Perhatian Semula.
Tak Sangka ,Dia Boleh Berubah.
Ya Lah , Salah Diri Sendiri Tak Jaga Yang Dalam.

Dulu Pakai Macam Macam Kosmetik Tapi Kurang Berkesan.
Harap kan Tempek Foundation,
Nak Tutup Wajah Pucat.
Betul Kata Orang Dulu Dulu .
"Kecantikan Bermula Dari Dalam"
Sekarang Kulit Dah Nampak Seri .
Perjalanan Darah Dah Semakin Lancar
Memang Nampak Hasilnya😊

Cepat Bertindak Kalau Anda Rasa ,
Anda Alami Peranakan Jatuh Stage1.
Atau Stage2.
Tubuh Dah Bagi Hint,
Kalau Tak Rawat, Risau Akan Jadi Tombong.
Tau Tombong Macamana?
Peranakan Dah Terjojol Keluar Dari Depan..
Jangan Main Main , Ramai Yang Alami Tau.
Ambil Ikhtibar Dari Kisah Wanita Yang Lain.
Jangan Kisah Kita Yang Jadi Ikhtibar.
Sedih Tau .
Janganlah Anggap Masalah Dalam Ni Remeh.
Kena Ambil Berat.
Lambat Bertindak , Boleh Porak Peranda RmhTangga.


Kalau Emosi Dah Tak Stabil..
Asyik MarahMarah..
Semua Serba Tak Kena,
Bawah Rasa Tak Selesa,
Mahligai Yang Dibina Semakin Suram,
Terasa Disisihkan Abg.
Badan Selalu SakitSakit,
Malas, Letih & Lemau..

✔Rawatlah, Segera..
Makin Dibiarkan Akan Jadi Semakin Teruk,
Kalau Dah Teruk Ambil Masa Nak Merawat & Kos Pun Tinggi. .
Kalau Dah Rawat Dengan Perubatan Moden
Tapi Belum Berhasil ,
Rawatlah Dengan Herba Pula.


Jus Mutiara Kaseh Dirumus Dari Pemakanan Sunnah + Herba Traditional.
Rasanya Kelat Kelat, Masam & Sikit Manis .
Dah Cakap Herba, Mestilah Rasa Herba Kann
Sedap Pun , Sedap Sebagai Herba.

Jangan Risau,
Ada KKM (PENGKELASAN MAKANAN)
& 100% HALAL
PRODUK KELUARAN MUSLIM

HARGA (300GM)
Termasuk Poslaju
Semenanjung- RM60
Sabah/Sarawak- RM65

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI"
Ikhtiar Tu Satu Jalan. Bukan Jaminan
Allah Yang Izinkan Kesembuhan.

Pssssttttt.... Cerita di atas adalah dari seseorang yang mengamalkan JMK... 


Saya berkongsi kesan TESTIMONI JMK bersama( SINI CERITA SAYA ) anda.

Saya juga pengamal JMK selama 2tahun sejak 2014 hingga kini. Jangan kecam saya ye... Saya juga mengalaminya...

PISANG BERI TENAGA KAYA BERKHASIAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Pisang beri tenaga, kaya khasiat:


Mengandungi magnesium, fosforus, vitamin B1 ,B2, B6 & C, niacin dan folat.

kajian menimbulkan 2 biji pisang Boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.

Pisang yang belum masak juga sebenarnya dapat meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan.

Pisang juga dapat menyokong kesihatan jantung.



ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign