UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

12 November 2016

Doa Buat kedua Ibu Bapaku

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




semoga Allah Merahmati dan melindungi kedua ibu bapa ku ... walaupun di mana sahaja mereka berada. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin...



Al - Mujib Yang Maha Mengabulkan

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




( QS HUD , 11:61 )

Maksudnya :

" dan kepada kaum Thamud ( Kami mengutus ) saudara mereka Salleh , Dia berkata , " Wahai Kaumku ! Sembahlah Allah, Tidak ada Tuhan Bagimu selain-Nya. Dia telah menciptakanmu daripada bumi ( tanah ) dan mengkehendakimu memakmurkannya ( Manusia dijadikan penghuni dunia untuk menguasaidan memakmurkannya) , oleh itu mohonlah keampunan kepada-Nya , kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku sangat dekat ( rahmatnya) dan memperkenankan ( doa hamba-NYa )


Asmaul Husna Al -Mujib Yang Maha Mengabulkan segala doa hambaNya:



Allah swt mempunya nama Al Mujib , ertinya adalah Dia yang menerima segala permohonan dan doa untuk dikabulkan. Dialah yang mengabulkan permohonan hamba yang memerlukan ketika berdoa kepada-Nya dan menolong hamba yang minta-minta ketika memanggil -Nya. Dia juga yang membuang segala keburukan daripada hamba Nya yang terpilih dan mengangkat musibah daripada kekasihNya. Semua makhluk memerlukan-Nya. Sesungguhnya , tiada kehidupan yang lurus bagi para hamba, kecuali dengan bersandar kepadaNya, tiada tempat untuk berlindung selain hanya kepada-Nya. Zat yang Maha Mengabulkan segala bijaksana dalam pengabulannya. Kadang-kadang Dia Menyegerakannya dan kadang-kadang Dia Melewatkannya, sesuai dengan keperluan hamba yang memintanya itu, dan bergantung kepada permintaan hamba itu sendiri. Berlemah lembut dengan memilih apa yang sesuai dengan keadaannya, atau dengan menyimpan sesuatu yang bermanfaat bagi mereka ketika semua hamba kembali kepada-NBya kelak. Bahkan, Allah Maha Mengabulkan doa hamba dan tidak pernah mensia-siakan harapan Hamba-Nya sebagaimana janji-Nya.

Seorang Muslim yang Mengesakan Allah dengan nama Al Mujib ini, seharusnya menyakini bahawa Allah Maha Mengabulkan doa hamba yang berdoa kepada-Nya. Allah tidak akan mensia-siakan harapan hamba yang bergantung dan bersandar kepada-Nya. Oleh yang demikian , bersemangatlah dan tingkatkan doa Kepada-NYa. Seelok-eloknya memilih waktu berdoa yang baik , seperti turunnya Allah ke langit di sepertiga malam, waktu itulah yang paling Agung untuk memperolehkeampunan dan pahala daripada-Nya. Dan jangan meminta kepada Allah agar segera dikabulkan , dan tidak berdoa secara lantang , kerana boleh menimbulkan fitnah dan riak. Elakkan berlebih-lebihan dan permusuhan dalam doa. Doa itu harus dilakukan dengan penuh rendah diri, ketenangan , kelembutan dan merasai kedekatan Allah. 

( Dr. Mahmud Abdurrazak Al-Ridwani , Ad-Du'au bil Asmail Husna , 2005 :69 )

Doa Asmaul Husna yang bertepatan dengan nama AL Mujib adalah diriwayatkan Zaid bin Arqam r.a bahawa Nabi saw sentiasa berdoa bermaksud :

" Ya Allah , sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada hati yang tidak khusyuk , jiwa yang tidak penah puas , ilmu yang tidak bermanfaat, dan doa yang tidak dikabulkan . "

( Sahih Muslim , 2722 )



rujukan :

Al-Quran Al Karim Terjemahan dan Tajwid berwarna Al -Haramain , Karya Bestari , Resam Uthmani Bahasa Melayu, cetakan ke -9, julai 2016.






Berfikiran Positif

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Good luck ...

Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan anda. Sentiasa Lah berfikiran positif akan menerbitkan aura yang positif di dalam diri sendiri.

Happy holiday ... Smile always..






SIMPTOM-SIMPTON GANGGUAN JIN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.






“SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN”
================================

(SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI TANDA-TANDA INI DISARANKAN AGAR ANDA SEGERA DIRAWAT!!!)

Ketika tidur
==========

*Dihimpit sesuatu ketika tidur.
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur.
*Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll.
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
*Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.

*Mimpi tandas dan buang air

*Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.

Ketika jaga
==========

*Sakit tulang belakang tanpa sebab.
*Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.
*Takut tidak bersebab.
*Badan terasa berat dan malas.
*Sukar mendapat jodoh.

*Suka bercakap-cakap berseorangan.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
*Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.

*Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
*Pengsan atau sawan tanpa sebab dan STROK.

*Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.

*Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.S
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
*Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
*Sakit tulang empat kerat.
*Batuk yang berpanjangan dan kadang2 berdarah.
*Kuat berangan.
*Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
*Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
*Nafsu seksual yang melampau.
*Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.
*Mandul.
*Terasa diri selalu diperhatikan.
*Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
*Kerap melihat susuk penampakan jin di mana2. Dianggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata atau insomnia.
*Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.

*Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.

*Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
*Sakit dada dan kaki terutama waktu senja ke atas.
* Terasa benda bergerak di bawah kulit.
*Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
*Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
*Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
*Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
*Malas beribadah
*Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
*Nyanyuk ketika lanjut usia.
*Kanak2 hyperactive atau autisme.
*Sikap berubah secara mendadak.
*Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
*Kerap keguguran.
*Gagal melakukan hubungan kelamin.
*Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al Quran.
*Sakit mental atau gila.
*Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza


Kredit buat >>>> Sabun Bidara

10 November 2016

Toyota Namanya

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Sudah bertahun saya menyimpan impian untuk memiliki sebuah Mesin jahit elektrik dan portable yang mudah dibawah ke mana-mana sahaja. Hari ini saya dan cik hubby pergi Lah ke sebuah kedai yang sudah lama tidak dikunjung , Uncle Koo Long. Namanya sudah lama terpahat dihati ini sejak kecil lagi... Selalunya Emak dan ayah sahaja yang suka memberi alatan perabot dan elektrik di kedai Uncle Koo Long... Terubat sedikit rindu pada Uncle... Huhuhu...

" uncle, saya mahu cari sewing machine ? "

" toyota mahu ka?"

" Toyota ?"

" iye Lah Toyota brand... Ingat kereta aja ker jenama Toyota... "



Ini Lah dia TOYOTA MESIN JAHITNYA.


Aku tersenyum.

" Mari saya tunjukkan pada awak... "

Abis semua Uncle tunjuk kan cara2nya A~z pastu 1~ 15...



Toyota Mesin Jahit diberi nama



Adapter

Manual dan CD Mesin menjahit


Jenuh juga... " pandai juga uncle ni menjahit kain.... " 

Tapi uncle kata, "awak mesti n pandai... KREATIF ya..." 

:-) :-) :-)


harganya mampu milik Rm1000+++... Selepas ni Boleh Lah mengenjut apa yang patut.... Hihihi...


SINI






ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign