UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

13 Mei 2016

SALAM JUMAAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Salam Jumaat buat anda semua.
Bersyukurlah dengan nikmat nafas yang masih lagi diberikan... Masih lagi dapat nikmati Dunia... Masih lagi berpeluang menambah amalan untuk Akhirat Sana sebelum nanti sudah sampai masanya mata terpejam buat selama-lamanya...

Aamiinn Ya Rabbal Aalamiin





12 Mei 2016

LIMA AMALAN PEMBUKA REZEKI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


5 lima amalan pembuka
rezeki yang boleh kita amalkan setiap hari.

Image dari Mr google



1. Berdoa kepada Allah

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam selalu berdoa
memohon rezeki setiap selesai solat subuh, kenapa kita
tidak melakukannya?

“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat,
rezeki yang baik, dan amalan yang diterima” [HR. Ahmad]


2. Perbanyak istighfar dan taubat

Istighfar membuka pintu rezeki, kenapa kita tidak pernah
memperbanyak istighfar? Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam
mengucapkan istigfar kepada Allah sangat banyak, setiap hari.
Sementara baginda adalah manusia yang sudah dijamin syurga.


3. Menyambung Silaturahim

Amalan pembuka pintu rezeki selanjutnya adalah dengan menyambung
silaturahim kepada kerabat. Silaturahim di sini bukan dalam erti
berkunjung kepada teman atau tetangga, tapi kita menjalini hubungan
yang baik dengan saudara mara yang ada hubungan darahnya dengan kita.

Membiasakan diri silaturahmi boleh dilakukan sejak kecil sehingga
sekarang, bagi kita yang sudah berusia tua dan mempunyai anak mulai
sekarang segera perkenalkan anak-anak kita kepada saudaranya.
Dijelaskan dalam sebuah hadis shahih bahawa silaturahmi memperpanjang
umur dan memperbanyak rezeki.


4. Perbanyak Sedekah.

Sedekah atau sedekah bboleh dilakukan dengan wang mahupun makanan,
diberikan kepada seorang yang memerlukan. Hadits riwayat Abu Hurairah
menjelaskan bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta. Dengan begitu
makna yang tersirat adalah memperbanyak harta.

Allah tidak akan menahan rezeki bagi orang yang gemar bersedekah.
Hal itu bererti semakin banyak sedekah maka semakin sering pula Allah
memberikan rezeki. Pada zaman Rasulullah para sahabat berebut untuk
sedekah kerana mengetahui keutamaannya.


5. Solat Dhuha

Solat dhuha merupakan solat sunnah yang dilakukan pada waktu dhuha.
Waktu dhuha bermula 28 minit setelah waktu syuruk. dan habis 9 minit
sebelum masuk waktu zuhur.

Dijelaskan dalam sebuah hadis bahawa setiap ruas tulang di badan ini
dalam keadaan berhutang sedekah setiap hari, dan hutang itu boleh
dibayar dengan solat dhuha.

Demikian beberapa amalan pembuka pintu rezeki yang boleh kita lakukan
jika ingin rezeki terbuka luas. Namun, yang perlu diperhatikan bagi
kita bahawa beramal ibadah sebaiknya tidak mengharap imbalan dunia semata,
akan tetapi akhirat yang diutamakan;.

Maka kerjakan 5 amalan pembuka rezeki tersebut dengan ikhlas dan
mengharap pahala dari Allah SWT. Jika Allah memberikan rezekinya didunia
maka bersyukurlah.

INDAHNYA ISLAM

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Harap dipermudahkan segala urusan. Ini yang lebih baik dari segala-galanya. DIA tempat MENGADU



TEMPAT YANG MEMBUATKAN MEREKA BERKUNJUNG DI FREEPORT A'FAMOSA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Tidak lama lagi , anak-anak akan bercuti hujung bulanan Mei selama dua minggu tidak salah saya. Sempena cuti pertengahan tahun 28.05.2016 hingga 12.06.2016.

Cuti SekolahTarikh Mula & Tamat
Cuti pertengahan Penggal 112.03.2016 - 20.03.2016
Cuti pertengahan tahun28.05.2016 - 12.06.2016
Cuti pertengahan Penggal 210.09.2016 - 18.09.2016
Cuti akhir tahun26.11.2016 - 01.01.2017

Anda semua boleh membuat persediaan awal untuk membawa keluarga bercuti. Bolehlah Nak booking hotel ker atau home stay bagi membawa sanak saudara bercuti.

Selalunya saya sekeluarga pergi ke tempat yang berdekatan dengan rumah iaitu di Freeport A'Famosa Outlet yang kini menjadi buah mulut orang ketika ini. Jadi saya mengambil peluang untuk berkunjung di tempat tersebut buat kali keduanya.











Penat juga berjalan kaki masuk outlet tu.. Hihihihi..





11 Mei 2016

MEMBUAT UJIAN PAP SMEAR COLPOSCOPY DAN BIOPSI KE ATAS DIRI SENDIRI AKHIRNYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Pada Mac 2016 , saya telah membuat satu ujian pap smear. Masuk ini hampir 3 Kali membuat pap smear, sungguh ngilu rasanya pada ketika itu. Ala yang macam muncung itik tu. Tapi tidak mengapa Lah , saya buat ujian pap smear itu untuk mengetahui keadaan dalaman saya.

Saya pun ingin mengetahui bagaimana penyakit kanser pangkal Rahim. Akhirnya saya sudah mengalaminya sendiri. Dan semalam saya bertemu dengan doktor pakar di hospital Seremban untuk membuat follow up selepas buat pap smear bulan Mac 2016. Ini Lah pengalaman saya semalam.




Alatan untuk buat pap smear


Kanser Pangkal Rahim (Serviks)

Apa dia pangkal rahim?

Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.

Apakah jenis kanser pangkal rahim?

Keabnormalan sel pangkal rahim sebelum menjadi kanser

 Atypia - merujuk kepada sedikit perubahan pada sel. Boleh dikesan melalui ujian pap smear. Perubahan pada sel ini mungkin menjadi bertambah teruk atau pulih seperti biasa. Jika keputusan ujian pap smear menunjukkan perubahan atipikal, wanita itu akan dinasihatkan supaya mengulangi ujian "pap smear" dalam masa enam bulan lagi untuk melihat samada perubahan sel atipikal tiada.

 Dysplasia - sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).

Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu

 Squamous cell carcinoma
    Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

 Adenocarcinoma.
    Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Apa faktor risiko kanser pangkal rahim?

Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:

    Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) - faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.

    Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim.

    Herpes - wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim.

    Ubatan - anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim.

    Merokok - meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.

Apakah gejala kanser pangkal rahim?

Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain. Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:


  •     Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
  •     Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
  •     Pendarahan selepas putus haid
  •     Sakit semasa hubungan seksual
  •     Penambahan lelehan dari faraj


Jika anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor dengan segera.

Bagaimana anda diagnosakan kanser pangkal rahim?

    Ujian pap
    Dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim sebelum barah terbentuk. Contoh sel dari permukaan pangkal rahim dihantar untuk analisa patologi di bawah mikroskop. Keputusan selalunya boleh diperolehi dalam masa seminggu selepas ujian. Doktor akan memasukkan sejenis alat iaitu spekulum ke dalam faraj di mana ia membuka ruang faraj bagi membolehkan pangkal rahim dilihat. Doktor akan menggunakan alat seperti spatula untuk mengambil sel dari pangkal rahim. Wanita disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua tahun.

    Colposcopy
    Doktor mungkin melakukan prosedur colposcopy untuk memeriksa kawasan pangkal rahim yang luar biasa. Alat khas yang dipanggil colposcopy (alat membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop) digunakan. Ia memberikan cahaya serta pembesaran imej tisu faraj dan pangkal rahim. Colposcopy adalah selamat digunakan pada wanita yang hamil. Walau bagaimanapun pesakit perlu memberitahu doktor jika dia berkemungkinan hamil kerana pesakit ini mungkin memerlukan rawatan yang berlainan.

COLPOSCOPY

Biopsi

    Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya dengan cara diagnosa dapat dibuat dengan tepat. Semasa prosedur, doktor mengambil sedikit sampel tisu dan dihantar ke makmal untuk analisa.

Alatan untuk Biopsi


    Cystoscopy dan proctosigmoidoscopy
    Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.

    Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT)
    Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X
    Magnetic Resonance Imaging
    Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap

Apakah rawatan untuk kanser pangkal rahim?

Rawatan untuk dysplasia.

Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.

Rawatan untuk barah pangkal rahim.

Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.

    Pembedahan
    Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:
        Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim

        LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.

        Hysterectomy - pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.

    Radioterapi
    Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.

    Kimoterapi
    Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah. Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.

 Rawatan paliatif
    Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.

Vaksin HPV (Human Papillomavirus)

Vaksin ini boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Ada 2 jenis vaksin pada masa ini, iaitu Gardasil dan Cervarix. Vaksin ini menghalang seseorang wanita itu dari dijangkiti kuman HPV isitu penyebab utama kanser pangkal rahim. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berkesan untuk wanita yang telah dijangkiti virus ini. Sebaiknya vaksin ini di beri ke wanita remaja dari umur 13 tahun atau wanita yang belum pernah mengadakan hubungan seks. Ia kurang berkesan untuk wanita yang berumur lebuh dari 26 tahun.



Semoga ia memberikan manfaat buat anda.

Maafkan saya sekiranya kisah ini membuatkan anda berasa hati tapi saya berkongsikan pengalaman ujian colposcopy dan biopsi dan juga pap smear kerana ia sungguh penting untuk penjagaan Rahim kita buat selama ini. Saya sudah lama menyimpan rasa simpati ke atas diri saya selama ini.

Sekian.
Terima kasih.


Sumber:

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA







9 Mei 2016

SOLAT TANPA SAKIT LUTUT ADALAH SATU NIKMAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...


Banyak juga testimoni JMK ... kali ini : SOLAT TANPA SAKIT LUTUT ADALAH SATU NIKMAT terutama sekali ibu kita sering kali mengadu :

" lutut mak ini sakit sangat bila nak mengerjakan solat.."

" nak naik tangga pun begitu juga..."





DOA KEBAHAGIAAN DAN KEMULIAAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Ya Allah, indahkanlah cintaku, lancarkanlah REZEKIKU, BAHAGIAKANLAH KELUARGAKU, dan MULIAKANLAH KEHIDUPANKU.

Aamiinn Ya Rabbal Aalamiinn..


6 Mei 2016

ADAKAH ANDA BOLEH BACA INI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....

Hanya untuk suka-suka sahaja..
Anda Boleh baca tak dibawah ini :



Well done if you can read ....

DOA UNTUK IBUKU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Pagi semalam , selepas meminta kebenaran pulang untuk melihat ibuku dirumah Sana sempena cuti Hari israk mikraj ... Abam Darwish pun cuti juga... Pergilah saya sekeluarga melihat ibuku. Cik Suami ada kerja Kat Alor Gajah.

Sesampai sahaja ibuku sedang memipil isi perut ikan bilis satu dulang dihadap oleh ibuku. Sayup sahaja wajahnya ketika itu. Disuruhnya saya ke dapur untuk memasak lauk untuk makan tengahari semalam.



Wahai ibuku, inilah doaku buatmu :


DOA UNTUK IBUKU:

Ya Allah , Engkaulah yang melihatnya ( mengetahui keadaan ibuku ).

Jika Kau melihat ibuku dalam keadaan berdosa, maka Kamu ampunkanlah dosa ibuku.

Jika Kau melihatnya dalam keadaan bersedih , maka Kau gembirakanlah hatinya.

Jika Kau melihatnya keadaan bergembira, maka sempurnakanlah kegembiraannya.

Jika Kau melihatnya sakit, maka Kau sembuhkanlah sakitnya.

Jika Kau melihatnya bimbang, maka jauhkanlah kebimbangannya.

Jika Kau melihatnya letih, maka Kau sampaikanlah berita gembira tentang ganjarannya yang sangat besar.

Aamiinn Ya Rabbal Alamin.







MARI BERUBAT DENGAN AL QURAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Semalam saya terima sebuah buku Islamik dari cik Suami. Buku tersebut dari pemberian seorang kawan cik Suami juga. Sedekah katanya. Boleh juga baca ketika ada kelapangan.


Tajuknya : MARI BERUBAT DENGAN AL -QURAN 

Terjemahan : Abdullah Al -Qari b. Haji Salleh ( A.Q.Has )

Disemak oleh : Dr. Mohd. Puzhi bin Usop.

Diterbitkan oleh : Al-Hidayah Publication
Diedarkan oleh : Ar-Risalah Product SDN.BHD.
Dicetak oleh : Percetakan Zafar Sdn.Bhd.
ISBN 983-9188-49-6
website : www.hidayah.com.my


Antara isi kandungannya




Banyak ayat-ayat Al Quran dijadikan UBAT PENAWAR SEGALA PENYAKIT.






" Dan kami turunkan dari pada apa yang menjadi penyembuh ( UBAT ) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."
Maksud ayat Al - Isra :82 



In Sya Allah...

Semoga ia memberikan manfaat buat anda sekalian.


Sekian.

Terima kasih.

SALAM JUMAAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu



Salam Jumaat Penghulu Segala Hari.

" Ya Allah lancarkanlah urusanku Hari ini. Indahkanlah dengan SILATURRAHIM yang BAIK. Dan limpahilah dengan REZEKI yang BERKAT."


Aamiinn Ya Rabbal Aalamiin...




5 Mei 2016

GEMBIRA YANG TIDAK TERKATA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Petang ini , saya juga berkongsikan sedikit testimoni JMK dari salah seorang Ibu yang inginkan zuriat Sekian lama berusaha dan berdoa. JMK ini banyak juga khasiatnya seperti SINI dan SINI













4 Mei 2016

MENCARI BUAH APRIKOT KERING DI PASARAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Akhirnya , saya Telah menjumpai buah aprikot ini:



Aprikot Asli





Aprikot kering kaya dengan B17

Saya dapat tahu ia membantu mencegah penyakit kanser.

Keratan Majalah



SEJARAH DI SEBALIK PENEMUAN BIJI APRIKOT

Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak. Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.





KEHEBATAN SI BIJI APRIKOT DALAM MENCEGAH KANSER
KHASIAT SI BIJI APRIKOT


Apricot di percayai mempunyai khasiat seperti berikut:

1. Penggunaan biasa dan anti penuaan:  (1-4 biji setiap 4 jam)

2. Rawatan :

Latihan sukan (2-8 biji setiap 4 jam)
Ketahanan badan (2-8 biji setiap 4 jam)
meningkatkan sistem imuniti (3-8 biji setiap 4 jam)
Kardiovaskular dan masalah peredaran darah (3-8 biji setiap 4 jam)
Kencing manis (3-8 biji setiap 4 jam)
Sawan(3-8 biji setiap 4 jam)
Kanser (8 biji- 15 biji setiap 4 jam)
Keletihan kronik (3-8 biji setiap 4 jam)
Detoksifikasi hati (6-8 biji setiap 4 jam)
Penyakit autoimmune/SLE (6-8 biji setiap 4 jam)
Asma/alahan (6-8 biji setiap 4 jam) k. Tekanan atau stress (2-6 biji setiap 4 jam)
Pengsan (5-8 biji setiap 4 jam), radang paru-paru (5-8 biji setiap 4 jam)

3. Kecantikan: Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar. Hasilnya,kulit terlihat lebih berseri,segar dan permukaan wajah lebih halus.

4. Kewanitaan: Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis. ( 8-15 biji setiap pagi dan petang sahaja).

Amalan Pemakanan Seharian Biji Aprikot

PROTOKOL 1

Cara makan 1 :      Di kunyah 65 kali kunyahan sehingga sebati dengan air liur. Sewaktu kunyah pastikan air liur keluar dengan banyak. Ini akan membantu menuteralkan bahan aktif yang ada dalam kandungan biji apricot tersebut.

PROTOKOL 2
Cara makan 2 :     8-15 biji di blender dengan 1 gelas air dengan salah buah buahan appel hijau, angur, pec, pisang, lobak merah. Paling di galakan khusus bagi pesakit kanser atau barah adalah buah nenas dan buah betik disarankan minum di waktu dibawah ini:

4 pagi
 8 pagi 
12 Tengahari
 4 petang
 8 Malam 
12 malam


*** nota buat saya setelah menjumpai aprikot pemakanan sunnah jugak...







PRE LOVED FIXI NOVEL GIVEAWAY

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah


 PRE LOVED FIXI NOVEL GIVEAWAY
KLIK BANNER UNTUK JOIN


GOOD LUCK ...

DOA MURAH REZEKI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


30 April 2016

REZEKI-NYA DALAM PELBAGAI BENTUK

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Sekadar renungan sahaja:



RAHMAT DISEBALIK DUGAAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

RAHMAT DISEBALIK DUGAAN





Ketika kita sakit....

Allah tarik 3 perkara:

Allah tarik keceriaan wajah kita.
Allah tarik selera makan kita.
Allah tarik dosa kita.

Apabila sudah sembuh, Allah hanya hantar 2 perkara :

Allah hantar balik keceriaan wajah kita.
Allah hantar balik selera makan kita.
Tapi Allah TIDAK HANTAR BALIK dosa kita..
Allahuakhbar.... sayangnya Allah pada kita
Sebarkan jika anda yang terbaik

 MENGELUH.  - Sedikit tazkirah untuk perkongsian:

Ketika kita mengeluh: “ishh, aku penat sangat."
 ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)

Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku.
" ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
 “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286)

 Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa.
" ALLAH menjawab :
 ( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
 “ Hanya dgn mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)

Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia sia.
" ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

Ketika kita mengeluh: “ takde sorang pun yang nak tolong aku." ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
 (Al Ghafir : 60)

Ketika kita mengeluh : “ Aku sedih sangat.” ALLAH menjawab:
( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)

Janganlah banyak merungut dan berkeluh-kesah. Banyakkanlah bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa dan tawakkal.
Semoga menjadi insan yang bertakwa.
Hadapi dengan tenang.
Semoga berjaya.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

28 April 2016

JMK BANTU HILANG KEPUTIHAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Ada lagi testimoni tentang JMK dari Blossom Kak Liza  dan fan page Jaga Peranakan / Rahim Anda.

Antaranya:






Alamat Kak Liza Zainan:

Blossom Spa, No 23-1, Jalan Dinar E U3/E, Taman Subang Perdana, Shah Alam, Selangor, Malaysia

HQ JUS MUTIARA KASEH, 

Untuk Order @ Pertanyaan Boleh Whatsapp/Telegram Ke 012-405 3380 

Atau 

Hubungi saya : 
Fiza +60173245640
Cod area Tampin, Pulau Sebang , Negeri Sembilan

Syarikat -Blossom Beauty Herbs & Marketing (002377000-U)

40 HARI AKAN MENJELMA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Tidak lama lagi kita semua akan menyambut bulan yang amat dinanti-nanti oleh seluruh Islam di serata dunia.

Diharap diberikan kesempatan yang terakhir untuk kita melakukan ibadat tersebut. Pada hari yang sama juga , saya dilahirkan pada bulan Ramadhan. Saya dilahirkan dalam bulan yang penuh berkatNya. Saya bersyukur sesangat. Banyak keistimewaannya Bulan Ramadhan.




Saya mohon maaf jika ada silap dan salah dari anda sekalian. Dari hujung rambut hingga hiking ibu jari. Halalkan semuanya ilmu dan apa-apa sahaja tanpa saya sedari.



DOA MOHON KEBAIKAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Tuhan kami, berikan kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa api neraka

( Al - Baqarah : 201 )

Aamiinn Ya Rabbal Aalamiin...

JOM TENANG KAN HATI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Jom kita berQUIZ sekejap... Boleh hilangkan TEKANAN. Boleh buat anda tersenyum.


KLIK SINI



Senyum senyum senyum lah selalu...


Jangan marah ye...



26 April 2016

KENAPA AKU?

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Sekadar renungan sahaja...


Semoga Allah swt permudahkan segala urusan

COFFEE SCRUB SOAP DARI BLOSSOM

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



<<Beli 1 Coffee Scrub Soap FREE 1 Pome Soap>>

Best tau ..
~ Kulit Halus & Lembut .
~ Parut Pun Makin Pudar.
~ Kulit Semakin Cerah.
~ Menaikkan Seri Wajah.
~ Mencerahkan Bahagian Celahah Yang Gelap.
~ Daki Daki Mudah Tanggal.
~ Mengurangkan Selulit.
Insya Allah nampak perubahan,sekiranya digunakan secara kerap.

Sabun dari BLOSSOM semuanya HOMEMADE  yer.
Kami gunakan gliserin berkualiti tinggi (Gred A) dari lemak Kelapa Sawit keluaran Malaysia.
SLS FREE tau😊 
Coffee Scrub Soap dibuat dari biji kopi asli & ditambah dengan Garam Himalaya  (Untuk Seri Wajah)

Pakai sekali pun , Insya Allah dah rasa kesannya.
Kena rajin tau.
Lembut & Halus jaa..

Sekarang ada harga PROMOSI 
RM 40 Termasuk Pos Semenanjung. 
Sabah/ Sarawak  RM45
- 1 Coffee Scrub Scrub (+-70 gm)
FREE 
-Poslaju 
- 1 Pome Soap/Sabun Delima   (+-10 gm)

Kalau nak whatsapp saya yer.

√ 017 3245640 fiza
√ 0173245640 fiza


Offer Sampai 15/5/16 Pukul 12 malam.
Jangan Lepaskan Peluang Tau.

25 April 2016

BERIKAN KESABARAN YANG KUAT DAN TABAH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Bismillahirrahmanirrahim



Aamiinn Ya Rabbal Aalamiin..

24 April 2016

SEGMEN 12 JAM BLOGLIST #20 MIALIANA.COM

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 April 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

GIVEAWAY MEI BY ANN DAN SPONSOR

Assalamualaikum wbt..hii
Bismillahirahmanirahim..

http://rennyenqop.blogspot.my/2016/04/giveaway-mei-by-ann.html

Klik banner untuk menyertai


Senarai Sponsor:
Ann , CikNurul , MissBanu , AmirahAzman , UmieYana , #JMbelog , Azira , Farrah


23 April 2016

MACAM BEST SAHAJA TENGOK GRAF KALI INI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....

Hari ini , saya tengok graf dan carta macam best sahaja... Tidak pernah tengok Graf Nuffnang begitu untuk Hari ini...




Sudi-sudikanlah klik iklan NUFFNANG saya tu ye... 
( jangan marah ye... :-) :-) :-) )

Sekian.
Terima kasih.

DOA BENTENG RUMAH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


Baca doa ini selepas subuh dan asar...In sya Allah selamat diri,harta benda dan dijadikan pagar rumah

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign